ads one

Tuesday, December 31, 2013

Happy New Year : 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,



"Selamat Tahun Baru 2014"



Hari pertama tahun baru ni kawan-kawan ke mana?...JM lepak je kat rumah kerana rumah ku syurga ku ahaha...alasan je tu...sebenarnya JM ni tak suka sangat bersosial TAPI kalau ada member ajak keluar ON je.

Walau di mana sahaja kawan-kawan berada JM nasihatkan sentiasa berhati-hati dan enjoy your life. Hidup hanya datang sekali jadi penuhi lah dengan perkara-perkara yang di redhai Allah agar kita selamat di dunia dan di akhirat...tiba-tiba je kan heee.

Ramai rakan ofis JM ambil cuti sehingga 05 Jan 2014 kerana menguruskan persekolahan anak-anak dan sunyi sepi je opis pada waktu ni. Bagi yang bujang datang kerja seperti biasa tetapi ada juga yang ambil peluang cuti tersepit ni untuk pergi melancong. Sebut pasal melancong, mesti ramai rakan travel JM dah ada schedule yang padat untuk tahun ni kan...alaahh..kata orang..JM pun sama kan ehehhehe

Meh JM bagi 'hint' sikit...semua tempat yang JM akan pegi ni kebanyakan semua rakan travel dah pergi ke sana..so sekarang turn JM pulak...it's not about destination BUT it's about journey kan..setiap orang akan mengalami pengalaman travel yang berlainan walaupun destinasi yang sama. Semoga Allah panjangkan umur dan permudahkan segala urusan agar JM sampai ke destinasi impian ni Aminnn. Kita hanya merancang Allah yang tentukan sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah.

Semua gambar adalah ihsan dari google.com

Januari 2014

Destinasi 1
Destinasi ke -2

Februari 2014

Destinasi - 1
Destinasi - 2

Mac - April 2014

Destinasi - 1
Destinasi - 2
Destinasi - 3
Destinasi - 4

September 2014

Journey for 16 days

Oktober 2014

Destinasi - 1
Destinasi - 2
JM pasti ramai yang dah tahu lokasi yang JM maksudkan ini dan ia bukan lagi RAHSIA...semoga semua berjalan lancar seperti di rancang...Amin...Kepada kawan-kawan travel di luar sana teruslah mengembara kerana dengan cara itu kita boleh melihat kebesaran Allah.

Ayat yang sentiasa bermain di minda JM "Jika kita permudahkan urusan orang lain..Allah akan permudahkan urusan kita..Amin"

Akhir kalam bukan niat JM nak menunjuk-nunjuk tapi sekadar perkongsian info dan maklumat....kepada pembaca setia blog JM..keep on reading and i love u guys..kepada follower baru..thanks all..

Jumpa lagi byeeeeeee

Sayonara 2013 :Travel Summary

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca budiman blog JM ni,


Hari terakhir untuk tahun 2013 ni JM nak buat travel summary...macamlah banyak sangat travel tahun ni..ahaha..biarlah sikit pun..janji ada dari nan hado kan...Ini dah menjadi kebiasaan..bila sampai hujung tahun je mesti ada entri penutup...kalau tak ada rasa tak lengkap je hidup gitewwww heeee.

TAPI sebelum tu JM nak kongsi sedikit rasa gembira di sini kerana JM dapat sobiner lagi dari rakan blogger..Wahhh...murah hati betul mereka....Yang pertama datang nya dari blogger Liza, nak tahu yang mana satu boleh baca Solo Traveller . Thanks Liza ingat juga sama JM yer...

Tengok dalam peti surat bungkusan begini je tak ada setem tak ada pengirim...cuak jugak mula2 tu
Bila bukak....taraaaa....Fridge Magnet dari Cambodia dan Rome...thanks Liza.....suka sgt tauuu

Ahakss...bertambah lagi lah koleksi FM di peti sejuk JM tu :-)
Bukan itu je..balik rumah ada surat dari pos laju...ada barang perlu di tuntut...suspend lagi...

Pos Laju bersebelahan je dengan ofis..apa lagi..laju-laju lah JM pegi ambil barang tu
Mesti korang nak tahu apa isi kat dalam tu kan..JM pun berdebar gak bila nak membukanya tau
Comel tak...boleh JM buat beg isi barang-barang makeup....ahaha...makeup lah sgt..lipstik pun tak pakai
Ini adalah pemberian pembaca blog JM...Kak Aneeta...terima kasih akak..walaupun kita baru kenal dalam beberapa hari je tapi akak menghadiahkan barang begitu bernilai pada JM...ini lah tanda persahabatan tanpa batasan, walaupun tidak pernah berjumpa hanya beberapa kali sahaja berbalas email...tapi ikatan roh itu cukup kuat mewujudkan kemesraan antara kita..JM sayang sama kamu kakak...heeeeeeeeeee

OKEYYY...let's go kita lihat summary travel bagi tahun 2013. Tahun ini JM tak banyak sangat travel biasa-biasa je kerana kekangan cuti dan masa. Jika bekerja sendiri boleh aje nak terbang sana sini sesuka hati tapi dek kerana bekerja makan gaji bulan-bulan ni perlu lah redho kan.

Travel Summary 2013 :

Februari : Hatyai, Thailand
Mac - April : Guilin - Guangzhou - Shenzhen - Hong Kong, China
Mei - Jun - Julai : duduk diam-diam kat umah
Ogos - September : Gold Coast, Brisbane - Sydney, Australia
Oktober : Ho Chi Minh untuk kali ke 3, Vietnam (entri ni belum publish)
November : USS Singapore
Disember : simpan duit untuk travel next year :-)

Hatyai : 26 - 28 Februari 2013
Guilin - Guangzhou - Shenzhen - Hong Kong, China : 28 Mac - 07 April 2013
Gold Coast - Brisbane - Sydney, Australia : 23 Ogos - 01 September 2013
Ho Chi Minh, Vietnam : 25 - 27 Oktober 2013
USS, Singapore : 17 - 19 November 2013
Travel Summary 2012 :

1. Langkawi, Kedah
2. Ho Chi Minh, Vietnam
3. Perth, Australia
4. Hong Kong - Macau, China
5. Ho Chi Minh untuk kali ke 2
6. Langkawi untuk kali ke 2
7. Jakarta

Langkawi, Kedah : 03 - 05 Februari 2012
Ho Chi Minh, Vietnam : 25 - 28 Februari 2012
Perth, Australia : 01 - 07 Mei 2012
Hong Kong & Macau, China : 06 - 10 Julai 2012
Ho Chi Minh, Vietnam : 27 - 29 September 2012
Langkawi, Kedah : 27 - 29 November 2012
Jakarta, Indonesia : 02 -05 Disember 2012
Travel Summary 2011 :

1. Kota Kinabalu, Sabah
2. Seoul, Korea
3. Bandung, Indonesia
4. Bukit Tinggi, Indonesia

Kota Kinabalu, Sabah : 21 - 24 Jan 2011
Seoul : 19 - 25 April 2011
Bandung : 18 - 21 Jun 2011
Bukit Tinggi, Indonesia : 01 - 03 Dis 2011
Untuk pengetahuan semua, JM mula berjinak-jinak dengan dunia travel mulai tahun 2011 apabila dapat seorang travel partner yang sporting siapa lagi kalau bukan Hani dan selepas beliau berkahwin, peluang untuk travel bersama agak terbatan dan di gantikan pula dengan kehadiran partnet baru..ke mana sahaja kami pergi mesti berdua je...almaklumlah dua-dua bujang kan. Kalau kita travel tanpa tourist guide perlu cari partner yang sporting baru percutian jadi lebih menarik.

Tahun 2013 meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis dan begitulah asam garam kehidupan di mana langit tidak selalu cerah dan mendung tidak bererti akan hujan kan.

Sentiasa berdoa kepada Allah agar tahun 2014 memberi sinar baru dalam hidup JM. Amin!!!

Jumpa lagi next year...Sayonara 2013

Sunday, December 29, 2013

Bersuka ria di USS : Actual Day

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca budiman,


Almost two week JM tak publish new entry...nak tahu kenapa?

Di samping rutin kerja harian, terdapat pelbagai hal dan masalah yang perlu di selesaikan...pada masa yang sama JM demam selesema...hari ni pun kepala masing pusing-pusing, hidung masih berair dan suara masih serak-serak basah....tapi tangan ni tetap menari-nari atas keyboard kerana ramai rakan pembaca setia dan new reader menunggu-nunggu entri baru sebelum kedatangan tahun baru 2014.

Fikiran masih kosong tak tahu bagaimana nak memulakan cerita ni...buntu sekejap..dulu selang 3-4 hari mesti ada je entri baru tapi sekarang hujung-hujung tahun mood makin merudum...alahh..Cik JM..I tahu kenapa u malas nak menulis...dah tak ada tempat travel yang u pergi kan..so tak ada yang nak di kongsi tul tak (ini suara hati yang satu lagi)...wit..wit..cam ada split personality pula kan..ahahah...sudah...sudah moh kita tembali ke alam nyata...

Dek kerana JM lama tak publish entry baru dan dek kerana ramai feminat tertanya-tanya, request dan sabar menunggu entri baru (habislah lepas dorang baca ni) JM kena kutuk..hahahha...ramai peminat lah sgt...maka tercipta lah satu entry yang terakhir untuk tahun 2013.

Tak ada idea nak menulis katanya...sekali intro pun dah panjang lebar kan..


Pada 18 November 2013 adalah tarikh JM bersama ibu, adik bongsu dan seorang rakan travel ke USS dengan menaiki bas dari Tune Hotel. Kenapa bas menjadi pilihan?...CEPAT, MUDAH DAN SENANG...nak tahu perlu baca entri ni sehingga ayat terakhir hee....

Pada jam 7.15 pagi kami turun ke lobi, masuk 7-eleven sekejap mencari makanan seperti roti, air kotak, dan mineral sebagai bekalan untuk sarapan pagi dalam bas nanti.

Lebih kurang jam 7.30 pagi terdapat 3 buah bas sedang parking di pintu masuk ke Tune Hotel dan masing-masing beratur menunggu giliran untuk menaiki bas. Sebelum itu Roslina (person in charge) akan berikan setiap seorang sekeping Imigresen Card untuk di lengkapkan dan di serahkan semasa tiba di Imegresen Singapore nanti. Tak ramai penumpang ketika itu lebih kurang 20 orang je dalam sebuah bas

Bus to USS from Tune Hotel
Apabila naik je bas, FREE SEAT..so pilih je tempat duduk mengikut selera masing - masing. Sebelum bas bergerak, Roslina akan memberi sedikit briefing supaya semua berjalan lancar dan antara pesanan beliau adalah:

1. Isi imigresen kad dengan lengkap beserta No Bus
2. Pastikan passport di bawa bersama dan belum tamat tempoh
3. Make sure balik dari USS naik bas yang sama dan pastikan ingat No Bus
4. Bas akan berhenti di Imigresen Malaysia, semua penumpang perlu turun dari bas dan  untuk semak passport dan selesai urusan di Imigresen, naik semula bas yang sama. Bas akan menunggu di pintu keluar
5. Bas agak bergerak terus ke Imigresen Singapore dan bas akan berhenti sekali lagi untuk menurunkan penumpang bagi tujuan Cop Passport dan bawa bersama barang-barang persendirian.
6. Selesai urusan cop passport, bas akan terus bergerak ke Universal Studio Singapore, Sentosa Island so duduk diam-diam kat dalam bas tu.
7. Bas akan berhenti di basement parking USS dan beliau akan mengingatkan waktu bertolak balik ke Msia.
8. Dari basement terus naik escalator untuk ke USS

Ini lah bas yang kami naik - JPD 7076
Bas terus bergerak dan melepasi sempadan Johor - Singapore dah akhirnya lebih kurang jam 9.30 pagi kami tiba di tempat yang di tuju. Hoyeee...hati mula berbunga-bunga seperti kanak-kanak riang eheheheh.

Dari basement tu..naik je Escalator untuk ke USS..gambar gegar..ahaha...
Opening time : 10.00 am - 07.00 pm, so haruslah bergambar dulu kat tempat WAJIB ni...kalau tak bergambar kat sini seperti makan nasi tanpa lauk...gitewww

Ramai betul orang kat depan Globe ni...
Ambil lah dulu sekeping - ini adalah adik JM yang bongsu ..korang nk tahu ni adik JM yang ke - 9
With my mum
Nampak tak...setiap sudut kat globe ni ada orang...so sabar je menunggu...sementara tu adik JM nak ke bilik air..nasib baik JM dah sediakan botol mineral kosong..ye lah..ini Singapore bukan Malaysia..bila masuk je tandas, makcik - makcik kat dalam tu semua dah bising....kenapa tak ada paip..macam mana mau buang ni..makcik!!!..ini Singapore hokey (ckp dalam hati je)....

Bila selesai lepaskan hajat, cepat-cepat ambil gambar depan Globe bila nampak agak kosong di situ....rupanya masing-masing dah beratur nak masuk ke dalam USS...bergambar dulu.......

Welcome to Universal Studio Singapore
Jom kita beratur, keluarkan tiket yang telah di cetak di atas kertas A4 seperti yang JM maklumkan dalam entri sebelum ini dan kepada mereka yang datang bersama anak-anak tak perlu risau bawak bersama bekalan makan dan simpan dalam backpack korang..in shaa Allah selamat kerana mereka tidak check/selongkar beg yang di bawak masuk. PERINGATAN : jangan lupa untuk ambil Studio Guide/Map dan Show timetable di pintu masuk supaya tidak terlepas show yang di adakan.

USS Studio Guide
Ini lah ahli jemaah tu
Korang perasan tak dalam map tu ada beberapa seksyen, so kawan travel pesan kalau ko ke USS, pastikan naik Transformers Ride dulu coz ride tu antara yang paling menarik dan best berbanding ride yang lain dan perlu cepat kerana biasanya ramai orang. So kami pun terus gegas ke sana.

TRANSFORMERs The Ride : The Ultimate 3D Battle (dengar pun dah menarik kan)
Join Optimus Prime and the AUTOBOTS as you become a freedom fighter in the ultimate 3D Battle againts the forces of evils.

Transformers Ride - the ultimate 3D battle
Sampai sahaja kami terus beratur, ibu JM tinggal kat luar coz ride ni tidak sesuai untuk beliau, nasib kami baik kerana tak perlu tunggu lama dah sampai turn. Perlu pakai spek 3D dan terus arghhhh, weeeee, wahhhhhh...terus menjerit-jerit keseronokan kat dalam tu. Ride ini yang SANGAT BEST dan membuatkan JM dan adik naik ride ni 2 kali..ulang suara....dua kali kami naik...bila dah naik ride ni yang lain-lain tu biasa-biasa je.

Hajat di hati nak naik Battestar GALACTICA tapi tidak beroperasi..dulu JM datang tahun 2010 pun still sama je...adakah under construction.

Battlestar Galactica
 

Kemudian try naik Accelerator - test your intergalactic stamina on this whirling twirling atttraction. Sekali naik...hahahah...tak mencabar langsung...tapi amat sesuai untuk kanak-kanak

Accelerator
Let's go kita ke Ancient Egypt untuk naik ride Revenge of the Mummy - ride ni agak mencabar kepada mereka yang tidak biasa naik roller coaster atau jenis yang gayat, lemah jantung dan asma di larang naik kerana ia agak extreme. Sebelum naik pastikan simpan semua barang yang di bawa di dalam locker yang disediakan dan oleh kerana ibu JM tak naik, maka beliau jagi mangsa untuk menjaga beg-beg kami...heeee

Kepada mereka yang tak naik ride tu boleh bergambar kat luar 
Berhadapan dengan Revenge of the Mummy ada ride Treasure Hunter - Young explorers scan drive their own desert jeep through an abondoned Egyptian  Excavation site. Oleh kerana ibu JM belum mencuba lagi ride yang ada ada, so JM ajak lah try naik ride ni..hheheheeh...kelakar pun ada...ride yang paling bosan..penat je menunggu turn tapi dek kerana nak kasi ibu JM merasa keseronokan tu..bertabah je la..

View dari ride Tresure Hunter
Treasure Hunter ride - view di sekitar
Te Lost World - kat sini banyak attraction antaranya :

Jurassic Park Rapids Adventure  - Enjoy a thrilling river raft ride through primeval dinosaur habitats where you will get wet and possibly soaked. Ride ni agak menarik tapi pastikan bawa bersama raincoat kerana nanti akan basah...

Canopy Flyer - Enjoy a prehistoric bird's - eye view as you soar over Jurassic Park

Dino - Soarin : Children can pilot their own Pteranodon, soaring up into the clear blue sky or down into the cooling shadows

Amber Rock Climb - Scale the walls of The Lost World to explore precious stones and fossilised insects

Water World - Witness death - defying stunts, awesome explosions and thrills at this sensational 'live' water show

Jurassic Park - banyak ride yang menarik kat sini
Water World Show - jangan lepaslkan show ni kerana agak menarik dan melucukan
Selepas selesai show ni kami mula gerak mencari lokasi surau kerana jam sudah pukul 2.30 petang. Nak tahu lokasi surau tu..senang aje..terletak bersebelahan Revenge of the Mummy dan Sci-fi City seperti gambar di bawah. Pastikan bawa telekung sendiri bagi perempuan ye.

Lokasi surau - boleh rujuk dalam Studio guide Map
Kepada muslim tak perlu risau kerana terdapat berberapa kedai makanan HALAL dan gift shop di sediakan, ini jugak boleh rujuk dalam map.

Antara kedai makan dan gift shop
Moh ikut JM kita ke Far Far Away untuk lihat Show Shrek 4-D Adventure, Donkey Live dan seterusnya ke seksyen Madagascar, Hollywood dan New York untuk melihat show Light, Camera Action!

Far far Away - Shrek 4D show yang menghiburkan
Musical show ni jugak agak menarik
Oleh kerana JM sibuk nak tengok Musical show yang bermula pada jam 6.10 petang, JM terlepas dengan sesi Character meet dan Greet pada jam 6.30 petang...frust tul kalau tak boleh bergambar dengan Autobots, people of earth, Shrek happily ever after dan pelbagai karektor lagi.

Nampak tak seharian kami di sini kalau tak percaya cuba lihat gambar globe di bawah. Jam 6.45 petang kami gerak naik bas yang sedang menunggu di basement parking dan sebaik sahaja naik bas semua terlelap tido keletihan.

View pada waktu malam
Trip kali ni JM hanya tukar duit 50SGD sahaja dan tiada aktiviti membeli sobiner dan juga gift kerana pernah ke sini sebelum ini..bye...bye..USS....

Kepada mereka yang pertama kali ke taman tema seperti ini mesti agak mengujakan..tapi dek kerana JM pernah ke sini untuk kali ke dua dan juga pernah Movie World - Gold Coast, Everland - Seoul dan Ocean Park & Disneyland- Hong Kong makan JM boleh bagi 2 bintang (seperti juri Maha Raja Lawak kan).

Esok 19 Nov 2013 check - out, minta receptionist call teksi untuk hantar ke Senai Airport jam 12.00 tgh terus fly balik ke Kuala Lumpur...habis sudah story bersuka ria di Singapore..jumpa lagi dalam entri yang akan datang pada tahun 2014

Wasalam...