ads one

Thursday, February 28, 2013

Guilin Season and Weather

Assalamualaikum dan selamat sejahtera to all my blog readers ,

"Ni Hao Ma?"....Citer pasal Guilin lagik...
Citer ni keluar hasil dari entry Percutian Tidak Di Rancang

Beautiful of Two Lake Four River
Kenapa tetiba je JM keluarkan entri ni yer..Aha..ini bertujuan sebagai rujukan JM sendiri dan juga kepada kengkawan yang berhasrat untuk melancong ke Guilin. Kenapa Guilin.


Daripada sumber pembacaan JM (berita harian 2012), ramai pelancong ke Guilin memberi feedback yang amat baik ada yang terpesona dengan keindahan lanskap alam semulajadinya yang kaya dengan air dan struktur batu kapur. Guilin yang terletak di wilayah Guangxi Zhuang di selatan China, dianggap bandar raya tercantik di negara Komunis.

Di tengah-tengah bandar raya Guilin ada sekurang-kurangnya tiga kawasan tumpuan pelancong utama iaitu Taman Tujuh Bintang (Seven Star Park), Taman Bukit Belalai Gajah (Elephant Trunk Hill) serta menyusuri dua sungai dan empat tasiknya (Two River Four Lake) yang dianggap seperti oasis di tengah bandar.

Taman Tujuh Bintang seluas 120 hektar dianggap antara taman dalam bandar tercantik di China. Lokasi ini menjadi kunjungan pertama kami sebaik menjejakkan kaki ke Guilin. Pelancong boleh mengunjungi Gua Tujuh Bintang; Gua Longyin; Batu Bulan Sabit; Batu Zenggong; Batu Longyin; Jambatan Bunga dan mini zoo yang turut menempatkan beruang Panda, Menara Bulan Sabit, perkuburan tiga Jeneral dan 800 pahlawan serta Bukit Unta yang dianggap simbol taman ini.

Lebih menarik, sebuah masjid juga dibina di taman ini. Namun, masjid itu berada dalam keadaan tidak terurus kerana mungkin sedang diubahsuai. Taman Bukit Belalai Gajah pula menempatkan sebuah bukit batu kapur di tebing sungai yang dikatakan menyerupai bentuk seekor gajah sedang minum dan dianggap sebagai mercu tanda Guilin. Guilin juga mempunyai `saudara kembar' iaitu kawasan bukit di tepi laut bandar Ertretat, Perancis, yang mempunyai bentuk hampir sama dan pengisytiharan bandar kembar ini dibuat sejak enam tahun lalu.

Dua sungai dan empat tasik meliputi Sungai Li dan Sungai Taohua serta Tasik Rong, Shan, Gui dan Mulong yang bertemu di tengah bandar raya. Lebih menarik jika mudik kawasan ini dengan menaiki bot berbumbung pada waktu malam. Anda boleh menyaksikan sepanjang tebing dan jambatan dihiasi lampu berwarna-warni selain melihat air pancut berirama, tarian dan muzik tradisional dimainkan di pentas khas.

Yangshuo, pekan tradisional yang menyajikan keindahan tersendiri untuk pelancong. Di sini, acara yang tidak boleh dilepaskan ialah menyaksikan persembahan `Impression Sister Liu Light Show' yang diadakan di panggung terbuka yang mampu memuatkan kira-kira 3,000 penonton. Menjadikan Sungai Li sebagai pentas, berlatar belakangkan 12 bukit batu kapur dan langit sebagai bumbung, hati teruja menyaksikan persembahan hampir dua jam.

Pertunjukan membabitkan 600 penari, penyanyi dan pelakon itu membuat pengkisahan hidup masyarakat di Guilin yang banyak bermain dengan warna, cahaya, sistem bunyi dan keharmonian pergerakan, tarian dan suara nyata begitu menarik, tambahan pula ia adalah hasil `buah tangan' sutradara tersohor, Zhang Yimou.

Melawat Shangri-La Yangshuo, kawasan perkampungan budaya masyarakat minoriti yang dikelilingi tasik, sungai dan sawah padi berlatar belakang bukit batu kapur yang berceracak. Di sini kami terhibur dengan pelbagai tarikan seperti persembahan nyanyian, tarian, alat muzik dan hasil kerja tangan keturunan Yao, Miao dan Dong.

Antara tempat menarik yang lain adalah menaiki kereta kabel ke puncak Gunung Yao; melawat Gua Perak (Silver Cave) dan Gua Mahkota (Crown Cave) yang tersenarai dalam Guiness Book Of Records sebagai gua yang paling banyak laluan di dunia. Turut dilawati, Taman Tema Guilin Merryland Resort, Zhenyang Pedestrian Street dan Masjid lama Guilin yang berusia 277 tahun.

Ada dua masjid di Guilin yang terletak dalam lingkungan dua kilometer antara satu sama lain yang bukan saja memberikan kemudahan untuk beribadah malah restoran halal berhampirannya. Malah, di sesetengah hotel menyediakan bilik tidur khas untuk umat Islam yang mempunyai petunjuk arah kiblat, sejadah serta al-Quran terjemahan bahasa Cina serta bilik khas untuk pengunjung Islam menjamu selera. Ini tidak menghairankan kerana pada wang kertas Yuan China juga ada tulisan jawi yang menunjukkan pengiktirafan terhadap masyarakat Islam di negara.

Tidak sukar menjejaki Gulim kerana AirAsia menyediakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Guilin sebanyak empat kali seminggu yang penting ada pitihnya.

Ada sesapa yang teruja tak selepas baca entri berkenaan Guilin ni..kalau ada JM nasihatkan sebelum beli tiket tu..kenalpasti dulu Musim dan kedaan Cuaca yang sesuai yer..


Guilin Season (source from HERE)

 Spring
Spring, early March to middle April, is mostly sunny. At this time, northern China is still silvered with snow or frost, but Guilin has been full of tinges of spring – colorful flowers and green willows compete with each other for beauty of looks. Sometimes, there are spring drizzles, but something lighter like T-shirts with a raincoat will be comfortable. If you visiting there in spring, rain wear is also must.

 Summer
Guilin’s summer from late April to mid-August is a rainy season especially in May and June. The rainfall in summer reaches up to 1,000 mm, making up over 50% of the total rainfall per year. Always remember to bring an umbrella with you if you go there at this time. However, visiting there in rain and fog may make you feel as graceful as a fairy. It would be a great pity if you haven't enjoyed the misty rain of Li River during your Guilin travel. T-shirts with skirts, shorts or slacks are the best choice for summer when the temperature can be rather high. It would be wise to bring sun block with you, some medicine to prevent heatstroke and insect repellant Local herbal tea also helps travelers to become accustomed to the local weather and water.

 Autumn
Autumn, the golden season to visit that area, usually starts from late August and ends at the end of October. At this period of time, it is mostly clear and cool, and the water in the Li River is as smooth as a glass. So it is a best time to enjoy the reflections of the mountains. Comfortable, casual and light clothes such as long-sleeved T-shirts or shirts plus thin jackets would be enough.

 Winter
Winter in Guilin is from November to February when the whole city is covered with blossoming sweet-scented osmanthus giving off its fragrance everywhere. Traveling there in winter, you just have to take some spring and autumn clothes with one or two lightweight winter wear like thermal underwear and woolen sweaters. Snow is rare in that city, but there is the chance to enjoy the winter snow in or on the top of the mountains around the city during the coldest time before or after the Chinese Spring Festival.

Guilin Weather by month

Guilin Weather in January
January, the coldest month in Guilin, has occasional drizzles, cold spells and frosts, but with little snow. The temperature usually stays between 0-10'C(2-50'F)so the Li River doesn't freeze. However, Guilin is near the mountains and has many rivers and lakes, so it may feel colder than what the temperature actually appears. Sometimes, strong winds also attacks the city in combination with cold spells which creates a piercing coldness due to the high humidity in the air.

Data of Guilin Weather in January:
Average Temperature: 8'C/46'F
Average High Temperature: 12'C/ 54'F
Average Low Temperature: 5'C 41'F
Time of Sunrise: 07:23 ~ 07:25
Time of Sunset: 18:00 ~ 18:22

Guilin Weather in February
Guilin’s February is the transitional period from winter to spring and as such it is still a little bit cold, although the coldest month has gone. The weather is changeable, with great temperature fluctuations. Sometimes it is gloomy, but it will be nice once the sun is out. Most of the time it is cloudy and windy, with occasional drizzles.

Generally, it is the off-peak season, so special discounts are available for tourist attractions, hotels, restaurants and air travel, and out of season the city is less crowded. However, if the Chinese Spring Festival takes place during this month, Guilin could be busier which means prices will rise considerably, and advance reservations are necessary. Thus, the travel prices will rise considerably, and advance reservations are necessary. If it happens to be a warm winter, you will have a chance to enjoy the enchanting Li River in fog and drizzle.

Data of Guilin Weather in February: Average Temperature: 9'C/48'F
Average High Temperature: 13'C/55'F
erage Low Temperature: 7'C/45'F
me of Sunrise: 07:03 ~ 07:23
Time of Sunset: 18:22 ~ 18:40

Guilin Weather in March
The weather warms up in spring, with heavy humidity and occasional drizzles, but there are still sharp rises and falls of temperature in some days. It is damp with drizzles, and flowers come to bloom. It is warm and pleasant on the occasional sunny days. A coat and a light sweater are enough to cope with the weather, but thin sweaters and long-sleeve T-shirts are suggested when it becomes warmer during the day.

Data of Guilin Weather in March: Average Temperature: 13'C / 55'F
Average High Temperature: 16'C / 61'F
Average Low Temperature: 10'C / 50'F
Time of Sunrise: 06:31 ~ 07:02
Time of Sunset: 18:41 ~ 18:5

Guilin Weather in April
April is the second rainy month in Guilin. Sometimes, it may drizzle for most of the time especially in late April, but the temperature rises daily. The water in the Li River becomes deep enough for a cruise ship to pass through. Thus, Guilin comes to its tourist season gradually. Restaurants, hotels, tourist attractions and related industries are ready for the coming crowd, and most of them raise their prices at this time.

As spring advances, trees turn green. Various flowers bloom all over the parks, squares, mountains, dales and riversides. The Li River is also not to be left behind, presenting its most splendid beauty of the year with the cool weather, green scenery and mountain mists.

Data of Guilin Weather in April: Average Temperature: 18'C/ 64'F
Average High Temperature: 23'C / 73'F
Average Low Temperature: 16'C / 6'F
Time of Sunrise: 06:04 ~ 06:30
Time of Sunset: 18:55 ~ 19:09

Guilin Weather in May
In May, summer has come to Guilin, but it doesn’t feel hot at all due to the frequent rain. Normally, the temperature stays between 18-25 'C (64-77'F), very comfortable for outdoor activities. The weather records show that May is usually the most humid month of the year, with the most rainy days and the highest rainfall. The abundant rain also makes the air very fresh, and there is every chance that you will see a clear blue sky should you be lucky enough to visit on a fine day.

Data of Guilin Weather in May: Average Temperature: 23'C / 73'F
Average High Temperature: 27'C / 81'F
Average Low Temperature: 20'C / 68'F
Time of Sunrise: 05:49 ~ 06:03
Time of Sunset: 19:25 ~ 19:10

For weather from Jun  until December..you can refer from this SITE

Enjoy holiday at Guilin...

Air Asia : Booking

Assalamualaikum dan selamat sejahtera my frennnn,

Ada tak sesapa yang intai AirAsia website hari ni..JM kalau ada masa free..website ni lah jadi pilihan utama.





JM just nak tanya pendapat rakan travel yang pernah ke destinasi-destinasi ni....you all rasa murah tak harga tiket yang AA offer ni..

Kuala Lumpur - Medan (RM 126.00) return



Kuala Lumpur - Yogyakarta (RM166.00) return


Terdapat banyak lagi destinasi yang di tawarkan dengan pelbagai harga dan kalau ada yang berminat boleh refer website AA ehh..

Till then..annyeeonggg

Wednesday, February 27, 2013

Journey to HatYai : part1

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all my readersss....

"SAWADEEEKAAAA" ..ada sesapa rindu nak baca entri HatYai tak...heeeeeeeeee

Travel kali ni banyak betul dugaan dan drama....memula JM dapat surat blacklist sebab jadi penjamin kepada adik yang buat pinjaman MARA...dah settle bab tu..Pastu pada hari kami nak gerak ke HatYai..salah seorang kawan baru nak renew passport...pegi Imigresen dari pagi sehingga jam 4.00 petang..tetiba pegawai tu cakap sistem offline lah pulak..Cuak lah member JM sorang ni..mlm kang dah nak bertolak..passport tak renew lagi....duit dah tukar...takkan nak burn jer..

So JM suggest dia pergi kat UTC, Puduraya Central kerana perkhidmatan disediakan sehingga jam 10.00 malam. Alhamdulillah..urusan passport my friend selesai so sempat dia follow kami ke HatYai.. Let's go to HatYai..Sawadeekaaap..kap kung krap....meh makan karipap...hikssss

JM pergi tukar duit di Money Changer dapat rate 100 bhat = RM10.48....arghhh..agak mahal


Pada malam tu JM gerak dari Putrajaya Central ke KL Sentral dalam jam 8.30mlm (tiket RM9.50) dan tiba di sana lebih kurang jam 9.05mlm..

Ikut sign ni
Train dijadualkan pada jam 9.20 mlm..sekali announcement delay sehingga jam 9.50 mlm..tunggu punya tunggu sambil berborak..ada lagi announcement....sila turun ke platform 1 kerana train akan bergerak pada jam 10.10 mlm. Punya lah ramai orang pada mlm tu..tak percaya let's see the picture..gambar kurang kualiti sbb guna Samsung Galaxy Tab jerr..

Tunggu tren
Kami turun ke platform 1, cari doc L8 dan JM dapat bed no 40 betul-betul kat pintu keluar masuk ke tandas..haisshh..memamg tak leh tido lah malam ni...masuk je tren jadi jakun sekejap..iyolah pestime nak naik tren KTM ni. Ohh...begini ke rupa soft sleeper bed dalam train..saiz Soft Sleeper Bed (upper) lebih kecil berbanding lower bed dan harga juga berbeza. Upper bed (RM54.00) dan lower bed (RM60.00). Teruja dan snap picture sana sini...

Soft Sleeper bed dalam tren
Nak tido awal lagi..so JM dan rakan jengah ke kantin yang terletak beberapa gerabak ke hadapan dan perlu melalui gerabak hard sleeper. You ouallss jangan tak tahu..kat dalam tren ni ada servis jual makanan dan minuman seperti dalam AA tu..kepada sesiapa yang malas nak ke kantin..tunggu je di katil masing-masing..ambil order. Menu malam tu Teh Panas dan Meehoon goreng....harga?...berpeluh sekejap..dan yang paling JM tidak boleh terima akal..air milo sekotak RM8.00..fengsannnn

Teh : RM2.50 - Meehun :RM5.50
Selepas makan at late night (supper lah tue)...nak tido lah..mata pun dah mengantuk ni ha..sekali tak boleh terlelap dengan bunyi bising tren nye lagi..tut tutttttttttt...krenneeeggg...pastu dengar lak orang bukak pintu doc..kemudian pintu tak tutup rapat..bertambah bising..beberapa kali sedar tapi belum sampai...ntah waktu bila JM tido pun tak pasti..sedarnya dah siang...waktu tu dah sampai Alor Setar..Nasib JM baik kerana 'cuti solat' tak perlu risau nak cari arah kiblat semua.

Lebih kurang jam 9.00 pagi kami tiba di Stesen Padang Besar, kami di minta turun bawa bersama barang-barang berharga manakala luggage boleh tiggal dalam train untuk verify dan cop passport di Imigresen Malaysia..kemudian isi Arrival dan Departure form terus ke Imigresen Thailand pulak. Seperti yang dimaklumkan oleh rakan blogger..kat sini hanya terdapat satu-satunya kedai makan dan tiada pilihan walaupun harga agak mahal.

Turun untuk check passport
Selesai urusan passport semua..kami berempat singgah untuk sarapan dulu..sempat ke nak makan bagai..nanti terlepas tren pulak..tak perlu risau...gerabak tren tadi di bawa untuk pertukaran kepala tren Malaysia ke kepala tren Thailand dan lebih kurang 1 jam baru siap. Jom sarapan dulu...

Teh + Nasi Putih + Ikan Sambal + Daging Goreng RM8.50..pitammmm
Apabila perut dah kenyang..jom..continue our journey..

Kami sampai di HatYai train station dalam jam 10.00 waktu Thailand dan 11.00am waktu Malaysia, jadi pastikan set ke waktu yang betul..karang nak balik terlepas pulak train..


Ticket for travel Today..so if u want tomm..please buy tomm not today.. :-)

HaadYai or HatYai Train Station..hmmmm
Kalau korang nampak je sign mcm kat atas ni, maknanya korang dah sampai di pekan HatYai. Keluar jer dari stesen..banyak tut-tut sedang menunggu penumpang tapi kami ambil keputusan untuk jalan kaki je ke Grand Plaza Hotel sebab bila JM rujuk dalam MAP ihsan dari blogger FATT....dekat je hotel nyer..boleh jalan santai sambil melihat deretan kedai di sepanjang jalan dan ternampak Louis Lane..ehh..salah..Louise Guesthouse di sebelah kanan jalan..yang di ceritakan oleh Fatt..hotel tu agak 'screammmmyyy'..

Louise guesthouse
Direction to Grand Plaza Hotel
1. Keluar sahaja dari train statin, akan jumpa Rodfai Road and go forward
2. Kemudian akan jumpa Louise Guesthouse di sebelah kanan jalan
3. Terus jalan ke hadapan, dont belok-belok ke kiri atau ke kanan..jalan ke hadapan sehingga melintasi Niphat Uthit 1 Road
4. Selepas melintasi Niphat uthit Road 1, korang jalan kerus ke hadapan sehingga melepas Niphat Uthit Road 3
5. Terdapat Odean Department Store sebelah kiri..end of building akan jumpa Sanehanosorn Road (HatYai Walking Street)..korang  belok ke kiri
5. Selepas belok ke kiri..jalan terus ke hadapan akan jumpa Grand Plaza Hotel sebelah kanan...di sebelahnya adalah Lee Garden Hotel Plaza..tempoh berjalan lebih kurang 15min jer sambil santai-santai

Dalam perjalanan ke hotel, tiba-tiba kami di hentikan dengan bungi hon tut-tut..berlaku conservation between us and tut-tut driver

Pemandu : Where you want to go
Us : Grand Plaza Hotel
Pemandu : Over there
Us : Yeahh....we know
Pemandu : You want tut-tut to Floating Market
Us : How mush to get there
Pemandu : Around 500 bhat
Us : 500 bhat?..kami pandang sesama sendiri..pastu JM cakap kat member..mcm mahal jek..
Pemandu : Don't worry..u all my first customer..i will fetch u to Ice Dome, HatYai Cable Car, Chang Puak Camp dan Floating Market..all in 500 bhat ~ RM50.00 retun and no extra charge and all on one way..
Us : Wah itu sudah cukup baik...kami setuju (we agree)

Kami terus gerak ke hotel, lepas check in hotel, tukar baju semua..turun kat Lobby...terus gerak ke destinasi pertama.

Bilik agak besar
Ke mana destinasi kami yang pertama ni..tungguuuuuuu...sambungan nya nanti....

Thursday, February 21, 2013

Keputusan dari MARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan blogger dan pembaca semua..

Sambungan dari entri yang lepas...

Terlebih dahulu JM nak ucapan perkataan ni....I Lovee u olllllllllss kepada rakan blogger sudi memberi komen yang penuh katan-kata semangat berkaitan kes nama JM kena blacklist from MARA.

MARA oh MARA...Majlis Amanah Rakyat...

Kepada sesiapa yang baca entri JM sebelum ni mesti tahu kenapa tiba-tiba keluar kisah MARA ni..bukan MARALINER ye tapi pinjaman MARA...ada ke yang sambung belajar tapi tak buat pinjaman MARA..ehehe..JM lah tu...JM guna duit sendiri (kerja sambilan selepas SPM)....yo lah..time JM belajar dulu kat UITM jer...masa tu belanja tak banyak..boleh survive lagik..kalau zaman sekarang ni..nak belajar perlu buat pinjaman..kalau tidak melalui MARA mesti ada yang melalui PTPTN kan.


Tapi kalau dah tak buat pinjaman..kenapa nak risau kan...

Apa tidak nya..JM kan jadi penjamin kepada adik...pastu terima lak surat BLACKLIST sebab belum bayar tunggakan...kalau nak tahu lebih detail leh rujuk entri sebelum ni yer..

Kemudian hari ini JM boleh senyum LEBARRRRRRrrrrrrrrr...HOYEE..HOYEE...sebab apa..MARA call maklumkan bahawa selepas JM submit surat pengesahan yang adik masih belajar, so MARA boleh buat penangguhan pembayaran sehingga 6 bulan selepas adik JM tamat belajar dan nama dah release from blacklist...sukanya..sukanya..Alhamdulillah...syukur Ya Allah....dan juga sangat-sangat berterima kasih kepada semua rakan blogger yang memberi komen dan kata-kata perangsang kepada JM. Walaupun kita tidak pernah bersua muka, hanya berdialog di alam maya...korang sentiasa di hati JM tau..

Tiada yang suka nama kena blacklist kan...Geram betul ngan adik ni, memula belajar kat UTP pastu sambung pulak kat UITM..tapi dia tak maklumkan kepada MARA..so dorang akan hantar surat minta utang.

Jadi nasihat JM kepada semua peminjam..better bayar secara ansuran walaupun sedikit bagi mengelakkan kes macam JM ni eh..

Akhir kalam..JM boleh enjoy di HatYai nanti....cukup-cukup lah masalah yang datang tu...Amin...
Jumpa lagi selepas JM balik dari HatYai eh..jgn rindu rinduan tau...ahakksssssss
*Nak pegi tukar duit jap*

Wasalam...

Tuesday, February 19, 2013

Preparation to HatYai

Assamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ku sekalian,

HatYai....BEST tak?

3 Minggu sebelum bertolak my travel partner..aku mention nama korang kat sini eh..kasi glamour sikit..ehehe..Murni, Nida dan Ana....Murni selaku ketua rombongan katanya..ehehe..telah book hotel dan tiket..so aku just tranfer duit jer..

Sebelum membuat trip ke mana-mana tempat 2 perkara ni perlu di 'confirmkan' dulu Hotel dan Transportation.

Akhirnya percutian yang dirancang secara spontan like super spontan giteww :-) Percutian singkat selama 2H1M dengan menaiki keretapi bermula pada 22/02/2012 (Jumaat) jam 9.20 malam bergerak ke Hat Yai Station dan balik semula ke Malaysia pada  24/02/2013 (Ahad) jam 4.30 petang dan dijangka tiba di KL Central pada jam 5.30 pagi 25/03/2013 (Isnin).

Train timetable as below :

Tiket Train KTMB ( KL-Hat Yai ) :
Train Name : Senandung Langkawi
Date Departure : 22/02/2013 (Friday)
Time Departure : 9.20 pm
Time Arrival :  10.27 am
Class : Superior Night Class (Lower Beth) - RM60.00

Tiket Train KTMB ( Hat Yai - KL ) :
Train Name : Senandung Langkawi
Date Departure : 24/02/2013 (Monday)
Time Departure : 4.00 pm
Time Arrival :  05.30 am
Class : Superior Night Class (Lower Beth) - RM60.00

Kami akan menginap di Grand Plaza Hotel
Penginapan : Grand Plaza Hotel..booking online melalui Grand Plaza Hotel Hat Yai
Check in : 23/03/2013 (Saturday)  Time : 02.00 pm
Check out : 24/03/2013 (Saturday) Time : 12.00 pm
Room Type : Deluxe Room (Twin Bed)
Quantity : 2 Room
Price : RM210.00 (Include Service Charge and Tax) / 4 = RM52.50 per person

Lokasi : Lokasi amat menarik bersebelahan Lee Garden Hotel dan tempat shopping dan hanya 10 minit berjalan kaki dari Hat Yai Train Station

Address : 24/1 Sanaehanusorn rd., Hatyai, Songkhla
Rate    : RM105  per night include service charge and tax

Total Expenses Hotel + Transport = RM120 + RM52.50 = RM172.50

Oleh kerana percutian yang singkat dan sekadar drop by, so cadangan Itirinery adalah :

1. Floating Narket
2. Ice Dome
3. Cable Car HatYai

Why you go Hatyai Cable Car.
   You can see area The Hat Yai Municipal Park  and Hatyai City Panorama on the top hill.

How to go
- By tuk-tuk car infomation around Hatyai city from Hotel stay to hatyai Municipal Park.

Price Ticket
- Thai people 200 Bath / Child 100 Bath.
- Foreign tourists 300 Bath / Child 150 Bath.

Klonghae Floating Market is the only one and unique cultural floating market of the South. Located in the area of Klonghae Muncipality. Amphur Hatyai, Songkhla. The market provides local foods and products as well as agricultural produces on sale where local people are the sellers and service providers and make retro atmospher of ancient Thai by wearing Thai dress and using natural food containers such as bamboo  and coconut shells. It open on Friday – Sunday during 15.00 – 21.00 Hrs. The market provides  boat trip to nearby attractions such as Laem Bodhi Estuary. Mural paintings at Wat Khu Tao. And Songkhla Central Masjid.

How to go to Khonghea Floating Market
- Get Tuk-tuk Car arond Hat Yai City go to Khonghea

Friday - Sunday
15.000 - 21.00
Location : Klong Hea, Hat Yai
Fo more information about attractive places at Hat Yai, you can refer HERE

JM rasa dah ramai rakan blogger melancong kat HatYai ni...JM baru nk menyusul...

Walaupun semua persiapan telah dibuat...hari ini JM mendapat berita yang tidak mengembirakan hati...kenapa lah bulan ni asyik terima berita yang tak baik jer...Apalah nasib ku..

Surat dari MARA menyatakan bahwa "NAMA ANDA TELAH DI SENARAI HITAM kan" dari keluar negara kerana telah menjadi penjamin kepada....sekian..sekian..sekian...dan terdapat tunggakan sebanyak RM2,550. Adussss sakitnya rasa hati....jadi penjamin kepada adik sendiri sebab sambung belajar. Apabila MARA mohon bayaran balik pinjaman, beliau tidak memaklumkan kepada pejabat MARA bahawa masih melanjutkan pelajaran di Universiti dan penangguhan pembayaran boleh dibuat sebenarnya. Argghhh...memang bengang sangat...lepas satu masalah..datang lagi masalah..apalah nasib ku....

JM dengan segera memaklumkan kepada MARA berkenaan status adik masih belajar dan pihak MARA akan cuba proses terlebih dahulu..adakah mereka boleh relase mana JM dalam masa terdekat ni..tinggal 2 hari lagi nak berangkat...Dulu pada 15/02/2013 terpaksa melepaskan hasrat untuk menunaikan UMRAH kerana tiada MAHRAM...

Jika nasib JM baik...jika ada rezeki dan jika memang dah tercatat Allah membenarkan JM pergi Alhamdulillah...kalau sebaliknya...selamat tinggal RM172.50 (burn) begitu sahaja..selamat tinggal kawan-kawan..korang pergi tanpa JM....masih menunggu feedback dari MARA..adakah gembira atau mendukacitakan....Tunggu sambungan nya...

Bersambung...........

Monday, February 18, 2013

RM0 AirAsia Sale

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kengkawan semua,

Apa khabar you alllsss semua...still happy go lucky kerww...jgn sedih2..jagan susah hati dan jangan stress-stress yer...hidup mesti enjoy walaupun banyak masalah...mari kita enjoy...hoyeee.....eheheeheh

Kenapa JM epi sangat hari ni..iyo lah semalam rakan blogger Azra an Orga ada mention berkenaan dengan RM0 ticket fee AA dan hanya perlu bayar tax and fuel jer...so JM pun ambil peluang tunggu nak 'hunting' tiket murah tu..memang dapat tapi tak beli pun kerana ..yer lah kalau travel period Mac - Julai kan...jadual JM dah padat sebenarnya..pastu pitih pun makin kurang...mana leh jalan banyak..nanti bos marah kerja tak siap asyik nak berjalan je katanya...huhuhu

Sale lagik...
Pastu bahagian sumber manusia mengeluarkan surat berkenaan Pembekuan Cuti Rehat Sempena Pilihanraya Umum ke -13, di mana permohonan cuti rehat semua pegawai dan kakitangan hendaklah dibekukan mulai hari pertama Parlimen Malaysia dibubarkan sehinga satu (1) minggu selepas pilihanraya diadakan....kepada semua kakitangan awam....arggghhhhhhhh..TENSION seketika...apa tidaknya..semua hotel di Guilin, Guangzhou dan Shenzen dah tempah....dah CONFIRM...kalau cuti tak lulus macam mana..takkan nak burn jer tiket flight ngan hotel booking tu...UWWwaaaaaaaaaa....*mood sedih*

Rakan-rakan blogger dan rakan pembaca tahu ker tarikh pilihanraya akan diadakan..khaborkan ke JM ni....risau JM tidak dapat pegi obersea nanti..huhuhu..kesian pada tuan hambo ni haaa...

Tak nak sedih-sedih..jom layan citer korea...eheheh

Annyeeonggggggggg...

Wednesday, February 13, 2013

Percutian tidak dirancang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca semua,

Lama JM tak update kan..korang rindu kat JM tak?..ehehe..perasan..yer lah..cuti raya cina kan panjang..so JM pun bercuti dari menulis ..cheewahh...

Tengahari tadi partner travel datang...dia tanya nak pergi Melbourne tak dalam bulan April atau Mei nanti..pastu JM jawab..I ok jer..tapi perlu check tiket dulu ada sale ke tak..sekali AA dan MAS memang tak ada sale.

JM cakap kita pegi China nak tak..Shanghai ker, Guilin ke ..mana-mana lah janji dapat tiket murah..kawan on jer..tapi banyak juga yang kami bualkan pro and cons..berapa hari..tempat mana nak pegi...Pastu aku call partner travel  lagi sorang..dia pun on jugak..so hasilnya....taraaaaaaa.....

Kuala Lumpur - Guilin
Hong Kong - Kuala Lumpur
JM rasa tak lah murah tiket ni kerana boleh dapat lagi murah..tapi kaki dah gatal nak travel punya pasal..so pasrah je ngan harga. Pasni ni sibuk lah nak siapkan iterenary.

Ticket fee
KL- Guilin : RM284
Hong Kong - KL : RM254.82
Total Cost : RM539 return

Suggestion route Guilin - Guangzhou - Shenzen dan Hong Kong untuk tempoh 11h10m you ollssssss.....Kepada rakan blogger yang pernah ke sana boleh lah yer suggest tempat penginapan yang murah dan selesa.

Pendek je entri kali ni sebab sangat sibuk lately...jumpa lagi yer..Anyeonggg

Thursday, February 7, 2013

Lawatan sambil belajar ke China, KATAnya

Assalamualaikun dan selamat sejahtera kengkawan kesayangan,

Entri ini dikeluarkan sekadar ingin bertanya pendapat rakan pembaca sekalian. Opis JM ada menganjurkan trip ke Guangzhou dan Shenzhen pada bulan April nanti. Lawatan sambil belajar katanya..'rombongan shopping sebenarnya'.

Awal tahun ni belum ada trip mega lagi, cuma trip kecil pada ujung bulan 2 nanti itupun ke negara jiran yang berdekatan je.

Kaki dah rasa gatal-gatal nak berjalan nih...eheheeh
  
Yuexiu Park, Guangzhou
Window Of World, Shenzen
Suggested Itirenary :

Tarikh : 5 April - 9 April 2013 (5H4M)
Harga : RM1,810 termasuk tiket kapal terbang dan Makan (luggage sendiri)

4 April 2013 (Khamis) - Kuala Lumpur
- Berkumpul di Lapangan Terbang LCCT (AirAsia)
- Bertolak ke China

5 April 2013 (Jumaat) - Guangzhou, China
- Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhou
- Terus bertolak ke Shenzen

Shenzhen, China
- Jalan-jalan dan Shopping di Shenzen
- Singgah solat di Masjid
- Makan Malam
- Check in di Changan Hotel

6 April 2013 (Sabtu) - Shenzen, China
- Sarapan pagi di hotel
- Melaat Lotus Mountain Park
- Melawat Kilang Sutera dan Jade
- Makan tengahari dan solat
- Membeli belah di dewan Commercial Luohu
- Makan malam

7 April 2013 (Ahad) - Shenzen, China
- Sarapan di hotel dan terus check out
- Membeli belah di jalan Dongmen
- Makan tengahari dan solat
- Bertolak ke Guangzhou

7 April 2013 (Ahad) - Guangzhou, China
- Melawat Yuexiu Park
- Melawat kubur Saad bin Abi 'Waqas
- Makan malam
- Membeli belah di Beijing Road
- Chek in Duobao Hotel

8 April 2013 (Isnin) - Guangzhou, China
- Sarapan pagi
- Melawat Dr Sun Yat-Sen Memorila Hall
- Makan tengahari
- Solat di Masjid Guang Ta
- Membeli belah di Jln Shangxiajiu
- Makan malam

9 April 2013 (Selasa) - guangzhou, China
- Saparan dan check out
- Membeli belah
- Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhou
- Bortolak ke Kuala Lumpur, Malaysia

Apa pendapat you olllsssssss..berbaloi tak kalau JM ikut trip ni...JM masih membuat pertimbangan.. ..rasanya pergi sendiri lagi best, banyak lagi tempat menarik boleh explore..tapi itulah..bak kata JM di awal tadi..ini rombongan shopping kan..

Jumpa lagi..byeee..Anyeonggg... 

Monday, February 4, 2013

Kenangan di Pulau Perhentian

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua!!!!

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua follower dan semua pembaca yang sudi singgah kat blog aku...aku sangat menghargai kalian. Pertambahan bilangan pembaca memberi suntikan semangat untuk aku terus menulis dan berkongsi pengalaman percutian aku ke tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia dan juga Luar Negara.

Seperti semua sedia maklum, tujuan utama aku buat blog bukan untuk berkongsi pengalaman, memberi panduan, sebagai rujukan destinasi pilihan sekiranya ingin bercuti ke sana dan juga sebagai rujukan aku sendiri jika aku nak repeat lagi tempat yang pernah aku pergi seperti Hong Kong dan Macau. Kepada kawan-kawan yang belum pernah ke sana..aku cadangkan..masukkan dalam list travel korang..memang berbaloi....Boleh rujuk entri aku berkaitan Hong kong dan Macau yer..

Oh ya...hari ini aku ingin berkongsi pengalaman aku bercuti ke Pulau Perhentian Kecil pulak..sebelum ni Pulau Langkawi kan...siapa yang tak tahu Pulau Perhentian kat mana...eheheh..jangan buat-buat tak tahu yer. Perhentian Island terletak di negeri Terengganu..

Perhentian Island
Pulau Perhentian terdiri daripada Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar yang terletak sekitar 21 km dari Kuala Besut di pantai timur Semenanjung Malaysia dan boleh ke sanan dengan menaiki bot laju atau bot biasa dari jeti Kuala Besut, atau dengan chartered boat dari Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah. Setiap pelancong akan dikenakan RM5 sebagai caj pemuliharaan/levi taman laut.

**Untuk makluman bahawa tiada perkhidmatan ATM atau bank-bank di Kuala Besut atau di Pulau Perhentian. Visa dan Mastercard hanya diterima pada beberapa resort. ATMS terdekat adalah di Jerteh**

Kuala Besut terletak 50 km ke arah selatan kota bharu dan 110km di utara Kuala Terengganu. Terdapat pelbagai cara untuk ke Jeti Kuala Besut, Terengganu antara :

Getting there by AirPlane :
1. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmaan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu setiap hari seperti Air Asia, MAS dan Fireply (Subang Airport).
2. Bagi pelancong yang menggunakan perkhidmatan kapal terbang dan mendarat di Lapangan Terbang Sultam Mahmud Kuala Terengganu.
3. Dapatkan teksi atau bas ke Jeti Kuala Besut Kuala Terengganu
4. Dapatkan tiket di Kaunter Tiket jeti dengan menaiki bot laju

Fee :
- Speedboat RM70 return and RM40 for one way
- Estimate time : 30 - 45 minit
- Kekerapan bot : 4 -5 kali setiap hari
- Starting time : 07.00 in the morning

Selain daripada menaiki kapal terbang, pelancong boleh juga menggunakan perkhidmatan bas ekspres dan memandu dengan menaiki kenderaan sendiri.

Travel Tips
-Best time to visit adalah antara bulan Julai sehingga Ogos
-Monsoon seaasom between November to March severy year
-Tidak sesuai bagi bulan Oktober - February kerana keadaan cuasa hujan.

Penginapan/chalet /resort:
Perlu buat tempahan awal terutama pada musim cuti sekolah dan tempahan boleh dibuat melalui booking.com atau agoda.com

Things to do :
Apa yang seronok sangat kat Pulau Perhentian ni eh..iyolah kepada yang minat yang berjemur/ berjalan-jalan di tepi pantai dan pasir pantai yang bersih..ini tempatnya. Korang boleh :
- Mandi manda
- Jungle treking
- Menikmati kebiruan air laut
- Release tension.memenangkan jiwa
- Snorkeling
- Scuba diving
- Island Hoping

Argghh..malas nak citer panjang..jom ikut aku ke Pulau Perhentian..percutian aku pada tahun 2010 3H2M dengan menaiki kapal terbang dan tiker fligt RM45 all in dan aku bawak budget RM500 sahaja. Percutian aku bukan sahaja ke PP tetapi pada masa yang sama aku juga ke Kota Bharu dan Tasik Kenyir. Agak basi kerana percutian aku pada 2 tahun lepas tetapi aku tetap nak kongsi dengan rakan pembaca..hihihih.

Aku bersama 'my travel partner' bermalam 1 hari disini dan kami melakukan aktiviti snorkeling dan menikmati keindahan pulau ciptaan Allah s.w.t. ini. Aku malas nak story mory panjang and let's picture talk..katanya..eheeh

Speed boat
Pantai yang indah
My travel partner


Tuna Bay Island Resort
Jom kita snorkeling



Kami ke sini sebenarnya untuk aktiviti snorkeling dan hajat kami tercapai..memang best..siapa yang tidak pandai berenang pun boleh janji perlu pandai kawal pernafasan.

Itu sahaja kisah percutian aku di Pulau Perhentian Kecil dan kepada rakan pembaca yang belum pernah ke sana, aku ingin syorkan di sini..ini adalah destinasi pulau yang perlu di kunjungi kerana tempatnya menarik air laut yang biru, boleh snorkeling melibat terumbu karang yang cantik, memberi makan ikan dan pelbagai aktiviti menarik yang lain. MEME berbaloi :-)

C u alls on next entry...babai..