ads one

Saturday, August 31, 2013

Teaser lagi : Queen Victoria Building


Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua,

Sekarang  jam 12.30pm  dan cuaca dingin sekali, JM berada di Queen Victoria Building (QVB). Oleh kerana terdapat kemudahan Wifi Free..apa lagi JM ambil kesempatan untuk update blog :-) sebelum sambung jalan-jalan sekitar city.

Siapa berani shopping kat sini JM cuci mata sambil guna melihat kecantikan architechure nya.


Architechure in Queen Victoria Building (QVB)
JM senyum sorang-sorang lepas baca komen kawan-kawan dan JM akan reply lepas balik nanti. Enjoy sangat kat sini sampai tak ingat nak balik katanya. Kepada yg belum sampai Sydney dan akan datang ke sini dalam beberapa hari lagi, JM syorkan korang mesti datang..memang best.

Jam 5.00 petang nanti peru gerak ke airport coz flight jam 9.25 malam, ohhh tidak tak nak balik nak migrate ke sini boleh heee.

Jumpa lagi

Wednesday, August 28, 2013

Sydney Opera House

No other words

Memandang keindahan design Sydney Opera House

Teaser : Sydney Opera House

Assalamualaikum,

Khas buat kwn kwn JM di luar sana baru lepas bergambar di Sydney Opera House, gigih update di Mc D coz free WiFi dan nantikan full story lepas balik nanti, jap lagi nk ke Bondi Beach .... muahhh syg semua hee

View sekitar Circular Quay

Thursday, August 22, 2013

Preparation 4 : Itirenary - Gold Coast & Sydney

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua followers and readers,


"Last preparation & ready to flyyyyyyy"

Ewahhhhhhhhh...macam lah ramai sangat pembaca blog JM ni kan...ehehhe...tak kisah le ramai ke sikit yang penting ada pembaca setia..hoyeee...suka sangat...terima kasih you oulssssss...Kepada rakan-rakan di luar sana yang minat sangat bab-bab travel ni..ini lah blog yang paling sesuai untuk korang. Pada masa yang sama, rakan-rakan blogger JM pun minat travel dan kami berkongsi cerita yang sama.

Kepada yang sudah biasa travel sendiri, maksud JM yang suka travel tanpa travel agen, semua sedia maklum persiapan yang perlu dibuat seawal  mungkin supaya semua dirancang berjalan lancar. Berikut JM kongsi serba sedikit apa yang JM praktikkan selama ini sebelum travel ke satu-satu destinasi.

1. Tiket Penerbangan
Waktu bila nak beli tiket ni? Nak naik MAS ke Air Asia? atau MALINDO Air or Firefly? Tak kisahlah kan syarikat penerbangan yang mana satu pun yang penting tentukan dahulu hala tuju. Tanya pada diri sendiri nak pergi ke mana sebelum beli tiket. Kalau nak travel area Malaysia semua syarikat penerbangan menyediakan perkhidmatan tersebut tetapi sebelum buat keputusan perlu bandingkan dahulu harga tiket. Apabila dah berpuas hati baru buat tempahan dan cari tarikh dan masa yang bersesuaian.

Seperti JM katakan tadi, kalau nak travel ke negara yang mempunyai 4 musim tu pastikan pilih musim dan cuaca yang sesuai serta harga tiket yang di tawarkan berpatutan dan mampu beli (bukan rumah je mampu milik heeee).  Kalau musim di Gold Coast/Sydney/Melbourne :

Summer ( Disember - February)
Autumn (March - Mei)
Winter (June - August) - Suhu pada bln Ogos sekitar 10 - 22 darjah celcius
Spring (Sept - November)

Oleh kerana JM pernah merasai musim luruh di Perth tahun lepas so tahun ni JM nak merasai musim sejuk pulak di Gold Coast dan Sydney. Maybe tahun depan musim bunga di Melbourne...wooooowww berangan ko.

Bagi JM, Air Asia adalah teman setia kerana hanya mampu beli tiket penerbangan yang di tawarkan oleh syarikat tersebut.

Flight Detail - From From Gold Coast to Sydney
Flight Detail - From Kuala Lumpur to Gold Coast
Flight Detail - From Sydney to Kuala Lumpur
 Selain tiket penerbangan, berikut juga adalah antara perkara yang perlu disediakan: 

2. ETA and valid passport
3. Penginapan
4. Tiket Online
5. Tukar duit di Money Changer (rate on Julai : 1AUD = RM2.96 dan Early Ogos : 1AUD = RM3.00)
6. Bekalan makanan : boleh refer kat blog ni lebih detail...terima kasih Henry KakiBerangan Blog
7. Dapatkan waktu solat di Australia : Waktu Solat di Aussie
Inilah Australian Dollar tu..berapa byk JM tukar?..sikit jeee
8. Itirenary
Sebenar nya JM nak kongsi itirenary sepanjang percutian di GC dan Syd tapi dah 'tercerita' benda lain...hihih semua nak di kabor ye. Setiap kali nak travel je mesti sediakan itirenary kalau tak ada nanti susah nak manage time kang  ada pulak tempat-tempat menarik yang terlepas pandang kan.

Gold Coast
Day 1
- Arrive at Coolangatta Airport Gold Coast around 7.30 am
- Check in at Islander Resort Hotel, Surfers Paradise
- Brisbane (DFO Brisbane, Lone Pine Koala Sanctuary, City Botanic Garden)

Day 2
- Currumbin Wildlife Santuary
- Cruise Sigthseeing
- Gold Coast Sky Point Observation Deck

Day 4 
- Sea World

Day 5
- Check out hotel around 12.00 pm and tranfer to Airport
- Check in to Sydney, flight time 07.20 pm
- Arrive at Kingsford Smith Airport, Sydney around 08.45 pm
- Check in Hotel

Sydney
Day 1
- Circular Quay/Sydney Opera
- Queen Victoria Building
- Sydney Tower
- Sydney Harbour Bridge
- St Mary's Cathedral
- Hyde Park
- Royal Botanic Garden
- Bondi Beach
- Darling Harbour

Day2
- Blue Mountain
- Paddy's Market, shopping tine

Day 3
- Tarooga Zoo Sydney
- Featherdale Wildlife Park
- sydney Aquarium

Day 4
- Australian National Maritime Museum
- Art Gallery Of NSW
- PowerHouse Meseum
- Museum of Sydney

Ini semua perancangan sahaja sebagai guidline, bergantung juga kepada masa dan keadaan...mungkin akan berubah.

Apabila semua persediaan dah siap, so get ready to fly. Jangan rindu-rinduan pada JM tau...Maybe JM akan ketinggalan beberapa entri baru dari kengkawan but don't worry JM akan cover lepas ni. Kalau ada yang rindu tu boleh lah tengok gambar dalam blog ni...ahahaha..ada ker yang rindu?...

Holllaaa weeiiii...baru nak pegi Ostolia..dah heboh satu donia...org lain pun pegi jugak..diam2 je....tahu-tahu dah selamat landing kat Msia..kalau tak kecoh....tak heboh..bukan JM nama nya heeeeeeee

JM mohon kawan-kawan semua, doakan JM selamat pergi dan balik yer...iishh..cam nak pergi buat umrah pulak heee...Love you all girls n guysss

Bye-bye semua...

Tuesday, August 20, 2013

Preparation 3 : Buy Ticket Online

Assalamualaikum dan salam sayang buat follower dan readers semua,


Bersiaran kembali...belum habis lagi story preparation ke Aussie tu..sila jangan bosan ye..

Ahaaaa, semua orang dah tahu kan, sedikit masa lagi JM akan terobang ke Australia. Yer ini adalah kali kedua JM ke sana coz last time JM ke Perth then tahun ni akan merasai keseronokan di Gold Coast dan Sydney pulak.

Sebut sahaja GC (Gold Coast) mesti terbayang di fikiran beberapa theme park dan tempat yang menjadi tumpuan pelancong seperti Sea World, Warner Bros Movie World, Dream World, White Water World, Wet n Wild Water World, Currumbin Wildlife Park, Cruise Sightseeing, AquaDuck dan Skypoint Observation Deck.

Semua orang tahu nak masuk ke semua attraction place ni perlu ada tiket harga tiket agak mahal mencecah puluhan AUD dan kalau di tukar kepada Ringgit Malaysia boleh mencecah ratusan ringgit. Jadi bagi mengurangkan kos tiket adalah lebih baik beli tiket online secara pakej/combo pass. Apakah kebaikan beli tiket secara online ni?..aha..sudah tentu harga tiket lebih murah dan tidak perlu beratur panjang di kaunter dan JM nasihatkan agar ikut cara ni ye.

Hari ni JM nak kongsi dengan semua kat mana boleh dapatkan harga tiket yang lebih murah dan beli secara pakej. Dalam itirenary plan kami akan ke Currumbin Wildlife Park dan juga nak naik Cruise menyusuri Nerang River untuk menikmati keindahan GC town pada waktu malam. Jika beli tiket secara berasingan agak mahal. Sebagai contoh harga Currumbin Wildlife Park entrance fee AUD49 (Adult) dan AUD33 (children from age 4-14 years old). Boleh refer di url ini http://www.cws.org.au/getcloser/tickets_and_bookings/general_admission. Agak mahal bukan , jadi why not guna kemudahan yang ada untuk mendapat tiket yang lebih murah. Bagaimana caranya :

1. Pergi ke website experience OZ
2. Kalau nak lagi mudah, klik sahaja pada link http://www.experienceoz.com.au/gold-coast/attractions
3. Terdapat pelbagai pakej yang di tawarkan dan sebgai contoh Currumbin Wildlife Sanctuary from AUD33
Laman Web Expeience OZ
Melalui website ini juga JM telah mendapatkan tiket yang merangkumi Gold Coast Sightseeing Cruise dan Currumbin Wildlife Sanctuary Package dengan harga AUD49.95..murah bukan..boleh naik cruise dan juga tengok kanggaro. Selepas bayaran di buat, satu voucher dan bukti pembelian akan di hantar melalui email dan cetak voucher tersebut dan bawak bersama ketika ke Australia nanti.
Example of Ticket Voucher
Terdapat satu lagi website yang menawarkan harga tiket secara combo untuk masuk ke Theme Park seperti gambar di bawah. Sebagai contoh harga tiket untuk 3 theme park (Movie World, Sea World dan Wet n Wild Water World) adalah AUD89.99. Boleh juga dapatkan maklumat pakej yang ditawarkan di url ini http://goldcoast.godo.com.au/experience-theme-parks-activities-in-gold-coast
http://goldcoast.godo.com.au
Theme Park Ticket buy through http://goldcoast.godo.com.au
Kepada yang tidak berminat dengan pakej combo yang di tawarkan, tidak perlu gundah gulana. Pernah dengar tak Myfun.com...aha..kat sana pun boleh beli tiket secara berasingan dan pakej. Layari lawan web myfun.com.au . Pakej yang di tawarkan juga agak menarik so pilihan di tangan masing-masing dan buat lah pilihan secara bijak..okeyyyy..
myFun.com.au
Ini adalah info yang JM dapat ye dan kepada kawan-kawan di luar sana sekiranya terdapat info lain untuk mendapatkan harga tiket yang lebih murah dari ini boleh kongsi ye. Tinggalkan sahaja di ruangan komen di bawah dan boleh di jadikan rujukan kepada kawan-kawan yang lain.

Ada lagi next entry....last preparation....

Monday, August 19, 2013

Preparation 2 : Accom at Gold Coast & Sydney, Australia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,


Ishh..JM ni..tak abis-abis lagi ke citer pasal persediaan ke Aussie ni..last entry citer pasal ETA..hari ni nak story pasal tempat penginapan pulak. Alahh..noks..jangan lah marah..JM kan suka berkongsi info..manalah tahu di kalangan pembaca blog JM ni ada yang tengah mencari-cari tempat penginapan di Gold Coast dan Sydney, mereka boleh refer kat sini ye dok.

"Menerjah penginapan di Gold Coast dan Sydney Australia"

Moh kita sambung..JM dapat rasakan ramai sudah rakyat Malaysia yang telah melancong ke negara Kanggaroo iaitu AUSTRALIA seperti Melbourne, Sydney, Gold Coast, Brisbane dan Perth. Tempat-tempat ini bukan asing lagi di kalangan kaki travel seperti JM nih kan.

Ke mana sahaja kita boleh pergi dengan syarat ada kemahuan, keinginan dan kemampuan. Bila sebut sahaja Australia mesti terbayangkan..wah...kadar mata wang Australia tinggi lah... AUD1 ~ RM3.00 above..mahal tu..yer betul waktu JM pergi Perth pada Mei 2012, AUD1 = RM3.18. Tapi itulah, kadar matawang ni pun ada turun naik jugak seperti bulan Julai 2013, JM check AUD1 = RM2.96. So ikut nasib lah kan kekadang dapat rate rendah kekadang dapat rate tinggi.

Kadar matawang ini perlu diambil kira kerana ia melibatkan budget kita kan. Sebagai contoh..katakan kita budget nak spend dalam RM2000, berapa kita dapat dalam Australian Dollar (AUD) kalau rate dalam AUD1 = RM3.00, maybe dalam AUD666 jer. Maknanya AUD 666 akan digunakan untuk transport, makan, entrance fee dan shopping (belum termasuk budget penginapan lagi kan).

Tempat penginapan adalah aspek kedua terpenting yang perlu di ambil kira sebelum membuat sesuatu perjalanan. Maknanya, jika tiket flight sudah di beli, mesti pikir tempat untuk tido. Bila sebut sahaja Sydney atau Melboune tempat penginapan yang murah dan sesuai untuk budget travel adalah Malaysian Hall. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui info lanjut boleh rujuk di blog kegemaran JM ni kakiberangan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malaysian Hall Sydney AUD12 (RM36.00) per night..memang menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia..cheap..cheap..cheap. Baru-baru ini JM mendapat info dari rakan blogger DJ dan Henry Fox, mulai Mei or Jun 2013...rate telah berubah kepada AUD20..aha..maybe MH mendapat sambungan yang menggalakkan..maka rate pun dah berubah..tapi still murah ye dok...

Tempahan boleh di buat melalui laman web SINI
waktu operasi sehingga jam 4.00 petang

Kepada yang berhasrat untuk melancong ke Sydney dan ingin menginap di Malaysian Hall boleh rujuk direction di bawah yer..

Lokasi :
Dewan Malaysia Sydney
2A, Alison Road, Randwick
NSW 2031
http://www.msda.org.au

How to get there from Sydney Airport

1. By Bus
- Naik bas No 400 dari Terminal 3 (T3) : Sydney Domestic Terminal to Randwick Juntion
- Dari Randwick Juntion jalan ke arah Alison Road
- Fee : AUD5.70

2. By Train
- Dari Airport naik tren dan turun di Central Stration (10 minutes)
- Dari Central Station, naik bas No 372 untuk ke Alison Road
- Fee :  AUD15

Selain Malaysian Hall, tidak dinafikan terdapat banyakkkkkkkkkkkkk hotel, hostel dan apartment yang sediakan dengan kadar harga dalam lingkungan RM80 - RM600 per night. Kalau pergi bersama keluarga apartment adalah pilihan bijak kerana terdapat kemudahan untuk memasak. Kalau tinggal di hostel boleh dapat RM80 per night tapi dari segi furniture, dorm dan bathroom perlu di kongsi dan lokasi agak jauh dari bandar dan tempat-tempat menarik Jadi pilih lah penginapan mengikut kemampuan.

Senarai penginapan boleh di tempah melalui Agoda.com atau Booking.com. Biasanya tempah hotel ni kawan JM yang uruskan dan kalau sentiasa tempah melalui agoda akan dapat point yang boleh di redempt tapi bergantung kepada jumlah point yang di terima. Seperti kes kawan JM ni, dek kerana kekerapan tempah melalui agoda dan beliau telah sign-in sebagai member, semasa tempah hotel di Gold Coast beliau boleh redempt point tu...sebenarnya jumlah bayaran hotel untuk 5H4M di Islander Resort Hotel adalah RM1009 tetapi hanya perlu bayar RM927.48 (AUD290.61). Average rate adalah RM231.87 per night dan RM116 per person. So kat sini JM perlu spend lebih kurang RM464. Quiet expensive right. So pilihan di tangan masing-masing.

Detail Booking Information Islander Resort Hotel Gold Coast

Hotel Name:     Islander Resort
Address:     Cnr Beach Road & Surfers Paradise Blvd.
Area / City / Country:     Surfers Paradise/Gold Coast/Australia
No. of Nights:     4
No. of Rooms:     1
Max Occupancy:     2
Breakfast:     Not Included
Room Type:     Hotel Room
Special Notes:     All special requests are subject to availability upon arrival.
Promotion:     Early Booking Saver Rate includes 30% discount!
   
Total / Room Charge:     USD 315.61

Redeemed Rewards Points:     USD 25 (Redeemed Points: 12500)
Total Due / Charge to Credit Card:     MYR 927.48 (USD 290.61) ( Accrued Points: 5812 )

Nak tengok tak rupa hotel yang telah kami booking tu....


Hotel Description :
The Islander resort is an iconic building in the heart of Surfers Paradise. This centrally located resort offers great value for money, well appointed and modern functional rooms including plasma televisions. The Islander Resort is just minutes from life guard patrolled beach and the shopping precinct of Cavill Avenue and The Esplanade. Don’t leave The Gold Coast without visiting one of its now famous theme parks, The Sea World and Dream World. Facilities at the Islander Resort include 24-hr reception, swimming pool, spa and sauna, car rental, tour bookings and information on the seemingly endless list of things to do and see while visiting this spectacular part of the Queensland coast. 

Customer like this hotel for :
1. Nearest transportSurfers Paradise Bus Terminal (0.1 Km)
2. Distance to Airport : Gold Coast Airport (20.0 Km)
3. Top attraction in the area :
- Surfers Paradise Mall (0.1 Km)
- Surfer's Paradise (0.3 Km)
- QDeck (0.3 Km)
- Main Beach (2.3 Km)

4. Customer Comment : "Free transportation to airport and shopping areas", "Good location for shopping and dining", "Located in the heart of the city near shopping area"  
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi penginapan di Sydney kami memilih Breakfree on George Hotel..rate per night RM288

Detail Booking Information Breakfree on George Hotel, Sydney
 
Hotel Name:     BreakFree on George Hotel
Address:     653 George Street
Area / City / Country:     Chinatown/Sydney/Australia
No. of Nights:     4
No. of Rooms:     1
Max Occupancy:     2 
Breakfast:     Not Included
Room Type:     Studio Room 2+ Nts
Special Notes:     All special requests are subject to availability upon arrival.
Total / Room Charge:     USD 402.12
Redeemed Rewards Points:     USD 0 (Redeemed Points: 0)
Total Due / Charge to Credit Card:     MYR 1,270.52 (USD 402.12) ( Accrued Points: 8042 )  
Rate per person : RM159/per night, total 4 night = RM635.00 


Hotel Description :
This hotel provides apartment style comfort living for the touring family or a long term corporate stay. The hotel is close to Chinatown, Darling Harbor as well as the Sydney Convention and Exhibition Center. Sydney is there for you to explore with countless restaurants, bars, nightclubs and theatres within walking distance. The hotel includes a restaurant, Click 21 if you are looking for a quick bite to eat before you venture out. Not in Thailand, but the hotel offers Thai massage to relax the muscles after a stressful business meeting or to soothe tired feet. These apartments include a kitchenette so you can cook up a gourmet meal yourself.

Customer like this hotel for :
1. Nearest transportSydney Coach Terminal (0.4 Km)
2. Distance to Airport : Sydney (Kingsford Smith) Airport (7.0 Km)
3. Top attraction in the area :
- Market City (0.2 Km
- Queen Victoria Building (0.7 Km)
- Darling Harbour (0.9 Km)
- Harbourside Shopping Centre (1.0 Km)

4. Customer Comment : "Beautiful property", "Clean and functional rooms", "Nice city and harbor view" 

Jadi kesimpulannya JM telah peruntukkan RM1098.76 untuk penginapan selama 9H8M di Australia merangkumi Gold Coast dan Sydney.

Total cost secara keseluruhan termasuk tiket flight, penginapan, pengangkutan, visa dan shopping akan di kongsi selepas percutian JM di sana nanti..TUNgggguuuuuuuuuuu.....

Thursday, August 15, 2013

Preparation 1 : Permohonan ETA Australia

Assalamualaikum dan Salam Syawal,


Di awal bulan Syawal, kemeriahan hari raya masih terasa dan aktiviti kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi sudah menjadi tradisi masyarakatt melayu. Salam bersalaman di hari raya memohon keampunan atas segala kesilapan secara sengaja dan tidak sengaja sudah menjadi adat.

Penghujung bulan Syawal pula akan ada aktiviti rumah terbuka atau 'Open House"..part ni yang JM paling suka, pantang ada jemputan mesti takkan lepaskan peluang...boleh makan free katanya..di samping itu dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Ish..ish...Ish..dasyat ye ko JM..hari-hari keluar entry baru khenn..ahaaa..biasalah nok ..kalau ada benda nak di kongsi..kalau tak ada tu...sunyi je lah blog ni ahakssssssssss.

"Perlu ETA untuk memasuki Negara Australia"

Australian Country - source from google
Setiap kali Air Asia buat sale atau promo tiket murah, antara country yang menjadi kegilaan pelancong adalah Melbourne, Sydney, Gold Coast, Brisbane dan Perth dan terbaru Air Asia ada buat route ke Adelaide. JM jarang dapat info dari kaki travel yang pergi ke Darwin dan Hobart maybe AA tiada route ke sana.

Bila sebut sahaja Australian country, all visitors perlu ada ETA yang telah di luluskan sebelum masuk ke negara mereka. Ramai yang email kepada JM bagaimana nak dapatkan ETA tu..tak perlu risau meh JM kongsi info kat sini.

Electronic Travel Authority (ETA)
1. Imigresen Australia telah menetapkan bahawa ia merupakan salah satu syarat Wajib sebelum memasuki negara Australia
2. Malaysian passport holders are eligible to apply online for an ETA to visit Australia
3.  The short validity tourist and business entrant ETAs are each valid for 1 year or until the date of expiry of the passport (whichever is sooner). 
4. ETAs are valid for 12 months from the date of grant
5. Antara negara yang perlu apply ETA (visitors) secara online melalui laman web imigresen Australia adalah : Brunei, Hong Kong, Canada, Japan, Malaysia, Republic of Korea, Singapore, Taiwan dan United States. 
6. Permohonan secara online melalui immigresen Australia di kenakan service fee AUD20 di https://www.eta.immi.gov.au/ETA/etas.jsp

Mahal kan kalau nak apply secara online melalui imigresen Australia tu. Ok..kalau macam tu mesti korang nak harga yang lebih murah..betul tak?..so tak perlu risau ada 2 option kat sini. Jadi pilih yang mana menjadi pilihan hati ok.

Option 1 : Info ini JM dapat daripada blog DATT (Don't Afraid to Eat)

Dear, mohon kebenaran untuk di kongsi kat sini coz rakan opis JM dah apply melalui cara ni..satu hari dah siap. Bayaran yang di kenakan adalah RM20 per ETA. Person yang menguruskan dan memproses permohonan ini adalah Cik Intan Azlynna dari Travel Tours dan tak pasti sekarang masih Cik atau dah bergelar Puan :-)

Caranya :
1.Scan atau buat potocopy passport yang terpapar maklumat diri tu
2. Sediakan flight detail itirenary
2. Kemudian email dan kepilkan scanning passport, flight itirenary, Alamat kediaman, No Telefon dan Alamat Email kepada Cik Intan di alamat eta.australia@yahoo.com
3. Selepas di proses, ETA akan di hantar melaui email
4. Buat bayaran ke akaun (no akaun akan di beri selepas ETA siap)
5. Cetak ETA dan kepilkan di dalam passport untuk di bawa bersama ke Australia nanti.

Option 2 : Info yang JM terima dari salah seorang rakan travel

Sebenarnya semua travel agen boleh menyediakan ETA ni tapi jumlah bayaran adalah berbeza. JM pernah tanya di Dinar Holidays Sdn Bhd dan charge yang dikenakan adalah RM50 per ETA. Jadi option ke dua adalah permohonan di Poto Travel & Tours Sdn Bhd dan charge yang dikenakan adalah RM30 sahaja per ETA. Poto Travel juga merupakan sebuah agensi yang agak femes juga bagi mereka yang ingin travel secara berkumpulan. Pelbagai pakej menarik di tawarkan dan kalau nak tahu lebih lanjut sila layari http://www.pototravel.com.my/.

Pejabat HQ adalah di Taman Shamelin Perkasa Kuala Lumpur dan beberapa cawangan di Putrajaya, Segamat dan Johor Bahru. Tapi tak perlu risau nak buat ETA tidak perlu pergi ke pejabat berkenaan tetapi boleh buat melalui email sahaja.

Caranya :
1. Scan atau photocopy passport
2. Sediakan flight detail itirenary (pergi sahaja)
3. Payment receipt (bukti pembayaran) RM30 kepada akaun poto travel
4. Email semua dokumen tadi (passport, flight itirenary dan payment receipt) termasuk contact detail kepada ticketing@pototravel.com.my
5. After 1 hours pototravel akan call maklumkan ETA dan siap dan mereka akan email ETA tadi
6. Cetak ETA dan kepilkan dalam passport. Mudah bukan.

Kalau keberatan, sebelum buat permohonan boleh telefon dahulu pejabat berkenaan dan maklumkan bahawa ingin membuat ETA. No akaun dan no telefon boleh rujuk di bawah dan pastikan tranfer bayaran ke no akaun yag betul. Jika permhohonan di buat di Cawangan Putrajaya...jangan pulak tranfer bayaran ke akaun di Cawangan Segamat.

Pejabat HQ :
68-3-1, Aras 1, Dataran Shamelin,
No 68 Jalan 4/91,
Taman Shamelin Perkasa,
Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur.
Tel No : +603-9200 6640
Email : info@pototravel.com.my
RHB Bank : 264 179 0000 5069
Maybank : 5144 0480 2849

Cawangan Putrajaya :
No 64B, Tingkat 2,
Jalan Diplomatik,
Putrajaya Diplomatik, Presint 15,
62050 Putrajaya.
Tel No : +603-8888 8640
Email : putrajaya@pototravel.com.my
Maybank Akaun : 5144 0462 2776
Public Bank : 398 768 2903

Cawangan Segamat :
No 16 Tingkat 1, 
Jalan Susur Utama,
Taman Utama,
85000 Segamat, Johor
Tel No : +607-9326 640
Email : segamat@pototravel.com.my
Maybank : 50105782 2308

Cawangan Johor : 
No 38 Jalan setia Tropika 1/1,
Taman Setia Tropika, 
81200 Johor Bahru, Johor.
Tel No : +607-2346 640
Email : jb@pototravel.com.my
Maybank : 5010 5782 2308

Bagaimana rupa ETA tu...tadaaaaaaaaaaaa :

ETA yang dah siap - ready to fly
Kenapa tiba-tiba JM keluarkan entry ni..Yeee haaaaaaaaa..hujung Ogos nanti JM akan ke Australia..ETA dah Approved...In Sha Allah. Kaki dah mula gatal-gatal nak berjalan ni. Hamboi ko JM...suka betul...orang lain semua dah sampai sana..nko baru nk jejak kaki...tak per lah..setiap orang akan alami pengalaman yang berbeza kan...mana lah tahu untung sabut jumpa 'kekasih hati' kat sana ahahahaha.

Kalau nak baca prepation yang lain boleh baca on next entry hokeyyy.

Preparation 2 : Accomodation - Done
Preparation 3 : Buy Ticket Online - Done
Preparation 4 : Itirenary (Gold Coast & Sydney) - Done

Sekian dulu...byeeeee!!!

Wednesday, August 14, 2013

Teruja sangat Mak Noks!!!!!

Assalamualaikum dan Salam Syawal semua,


Masih mood raya mehh...tak percaya...tu haaaaa...blog JM masih berkumandang lagu raya tueeee

Teruja?.........Teruja?............Teruja?....apa yang buat JM teruja sangat tu....Nak tahu tak..meh sini JM nak story.

" RM903 return ticket form Kuala Lumpur to Osaka, Jepun...Muraahhhhhhh takkkkkk??"

Apa...MAHAL?.....kalau mahal tepuk dahi lah jawabnya sebab JM dah selamat rembat tiket tu semalam you oulsssssss

Pagi semalam rakan travel JM message...dia tu rajin jugak explore laman web Malaysia Airlines (MAS)..kalau JM ni meemang setia dengan Air Asia je. Pastu dia cakap nak tak kita ke Osaka next year return ticket RM903 (all-in..it's mean meal's & luggage) . JM berfikir sejenak...Osaka dengan MAS..pastu dengan harga tiket sampai seribu ringgit...murah lah kot...so tanpa berfikir panjang JM pun mula lah buat tempahan. Melalui berita TV3 next week MAS ada buat tawaran discount sehingga 50% dan sekiranya ada trip ke Osaka lebih murah dari tiket yang JM beli hari..mahu meraung air mata darah la..huhuhuh.

Ini pertama kali JM nak travel dengan MAS, selalu naik flight MAS atas urusan kerja ke Sabah dan Sarawak..itupun ofis yang uruskan bukan dengan duit poket sendiri. Oleh kerana terlalu excited nak ke negara matahari terbit tu JM pun buat lah tempahan.

1.  Flight Selection - pilih tarikh dan musin yang bersuaian



2. Passenger Information - Isi semua maklumat penumpang termasuk passport number


3. Add Payment Information and Purchase - Pilih Debit Card or Credit Card


Pada mulanya JM pilih Debit Card, bayar melalui Maybank2u...tungu punya tunggu keluar message macam ni..Page Error...Alamak macam mana ni..tak boleh jadi ni tukar kepada Credit Card pulak


Akhinya...Berjaya!!!!!!

Flight Confirmation
Tujuan JM keluarkan entri bukan untuk riak ke apa atau nak hebohkan satu dunia yang JM dapat tiket murah...ehh..murah ker..just nak kongsi dengan kekangkawan..kalau nak ke Osaka dan rasa harga tiket berpatutan boleh ke website MAS ok...

Moh..kita berCherry Blossom di Osaka 11 hari 10 mlm tu hambek ko...Walhal ramai rakan blogger dah sampai ke sana..so sekarang giliran JM lah fulak...hoyeee.....kepada kawan-kawan di luar sana..kalau rasa harga tiket ni murah..pegi book cepat!!!!

OSAKA...wait for me..arigato gozaimas :-)

*Tambah satu lagi kerja..perlu buat research tempat-tempat menarik di sana

Tuesday, August 13, 2013

Kad Raya from SomeOne?

Asssalamualaikum kengkawan semua,


Dah start kejer ke belum ni atau masih dalam mood beraya. Ahaaa..JM..raya ke 5 dah start keje you oulssssss..Kebanyakan ofismate JM mula kerja on 19 Ogos..lama kan dorang cuti. JM tak boleh cuti raya lama-lama..end of Ogos akan bercuti selama 5 hari so perlu berkorban kat situ.

Meh sini..dekat-dekat sikit JM nak kongsi satu berita gembira nih heeeeee...Apa yang gembira sangat tu..ye lah..kalau korang nak tahu dah bertahun-tahun JM tak hantar atau mengepos kad raya kepada kawan karib dan sahabat handai ni..bukan itu sahaja dah lama tak terima kad raya pun..seingat JM last sekali waktu belajar di Uitm dulu lepas tu semua ucapan di sampaikan melalui khidmat SMS, Facebook, Twitter dan seangkatan dengannya.

Zaman sekarang ni orang lebih suka menggunakan media sosial termasuklah BLOG kan untuk menyampaikan Ucapan Selamat Hari Raya tu..semua di hujung jari je.

Bila dah lama tak terima kad raya ni...baru-baru ni bila bukak je peti surat...taraaaaaaaaaaaa..surprise JM tau..secret admire mana pulak yang hantar nih...JM ada peminat ke...ahahah...perasan..JM..JM..kalau ko tu selalu kuar paper macam blogger kaki berangan tu..baru lah boleh nak berangan kan..heeee

Kad Ucapan Selamat Hari Raya
Mesti korang tertanya-tanya kan..siapakah gerangan yang hantar kad ucapan tu...ehehehe..tengoklah sendiri..ada tertera kat bawah tu..terima kasih beribu lemon kepada yang menghantar yer...Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin jugak kepada blogger dan isteri tersayang yer. Kad ni telah JM gantung di dinding partition kat opis ni haaa.

Terima kasih kepada blogger ituewww
Alahh..JM ni baru dapat satu je kad raya dah nak heboh satu dunia kan.....bukan macam tu..sebenarnya JM amat hargai akan pemberian dari kawan-kawan so JM nak kongsi lah kat sini...betul tak?...Jangan jelessss tau heeeee.

Hari raya tempoh hari sempat jugak JM bergambar bersama beberapa orang adik kesayangan JM tu, adik lelaki tu adik kembar yang no 7, dua orang lagi tu adik perempuan JM yang no 4 dan No 6. So siapa tahu JM ni anak yang ke berapa?...cer teka...cer teka...hihhihi..kalau betul pun tak hadiah tau...just suka-suka je

With my younger sister and brother
Salam sayang from JM...muaachhhh

Selamat Hari Raya Semua....selagi belum habis bulan Syawal..suasana raya masih terasa kan...

Sunday, August 11, 2013

Holiday : Ocean Park Hong Kong Part 2 & Last Day

Assalamualaikum dan Salam Aidil Fitri kawan-kawan,


Bagaimana raya tahun ni lebih meriah dari tahun lepas atau sama sahaja seperti tahun lepas. Kepada yang bujang kemudian waktu beraya sudah berkeluarga mesti akan terasa perbezaanya kan. Bagi JM raya tahun ni seperti raya tahun lepas jugak meriah seperti biasa kerana adik beradik ramai riuh rendah penuh rumah.

Hari ke 5 raya masih ramai lagi bercuti kan tetapi JM dah mula kerja dan suasana di ofis ni sunyi sepi je. Oleh kerana masih dalam mood raya, mood untuk update blog juga berkurang namun kuatkan jugak semangat kerana nak habiskan juga entry travel selama 10 hari 9 mlm bermula dari Guilin - Longsheng - Guangzhou - Shenzhen - Hong Kong bemula dari 23/03/2013 - 07/04/2013. Cuba korang bayang berapa bulan dah tapi entri ni belum berkesudahan. Jadi JM ambil peluang untuk habiskan cerita travel ni, tutup buku lama dan buka buku baru pulak. 

Ini adalah sambungan daripada entri lepas Ocean Park Hong Kong Part 1

Ingat tak dalam entri lepas JM ada kaborkan kami nak ride game yang lebih thrill. Turun sahaja dari Cable terus mengorak langkah mencari game yang menarik di hati. Kawasan tanah tinggi ni terdapat Polar Adventure, Thrill Mountain, Marine World, Rainforest dan Adventure Land.

Lokasi pertama kami ke Ocean Theatre untuk melihat pertunjukkan daripada ikan dolphin dan anjing laut. Sudah semesti perlu beratur panjang dan berasak dengan ramai orang tapi tak perlu risau tempat duduk banyak. Show time every one hour. Citer sahaja tak best kalau tak ada gambar kan.

Entrance ke Ocean Theatre
Nampak tak...penuh
Main Sage
Aksi-aksi dari Ikan Dolphin dan Anjing Laut
Persembahan lebih kurang 1 jam dan JM begitu teruja dan tertarik dengan kebijaksanaan ikan dolphin dan anjing laut yang pandai menerima arahan. Kita yang dewasa pun terpegun dengan persembahan tu..budak-budak bertambah lagi lah kan...selesai sudah show ni..jom kita Rainforest untuk ride The Rapids. 

Rainforest Entrance
Matahari mula menyinari...so dah kurang sejuk
The Rapids
Inilah rupa the Rapids Ride tue
Naik benda alah ni tak mencabar sangat..just ride tu akan berpusing dan mengikut arus air, pada masa yang sama akan ada orang sembur air dari atas..memang basah kalau naik bendar ni..so get ready ngan baju hujan. Kami belasah jer..basah..pun basah lah...kejap lagi kering lah kan....tapi enjoy jugak lah naik ni.

Bersebelahan dengan The Rapids adalah Hair Raiser..hahahha..dengar nama pun dah gerun kan...kalau yang tak bertudung tu..memang rambut akan terpacak dan bergebang lah jadinya..kalau yg betudung pulak mahu leh tercabut tudung tu hehehe. Kami bergambar je kat depan entrance coa malas nak beratur panjang. Kalau tak percaya seperti yang JM kaborkan tadi..cer tengok gambar kat bawah.

Cer tengok kalau tak percaya heee
Wokehh..let's go to the next stop is Whirly Birds, Rev Booster, Bumper Blaster, Artic Blast, Clown Corner, The Flash, Summit Station (to the waterfront) and Polar Adventure. Tak nak cerita panjang..meh la layan gambar lagi best.

Clown Corner and Whirly Bird
The Flash
Polar Adventure
Artic Blast...memang best naik ni..tapi perlu sabar beratur kerana ramai orang
Summit Station
Rev Booter
Aha..betul tak cakap JM..banyak betul games kat sini..memang berbaloi kalau datang jauh-jauh dan try semua game yang ada..tapi make sure jangan datang hujung minggu...ramai orang....itu belum habis lagi tau..ada lagi ni ha...jom JM sambung lagi..Dari Pola Adventure kami terus gerak ke Adventure Land san Marine Land. Hoyeee..belum puas lagi kiranya kan...Apa yang ada di Adventure Land nih...aha...Space Wheel, Raging River, Mine Train, Escalator terpanjang, Pacific Pier dan Ocean Park Tower. Seperti biasa JM tak pernah missed untuk ambil gambar setiap sudut yang nampak menarik di hati dan seperti biasa juga hasil kurang memuaskan. Perlu try semua ride yang ada ni..kalau tak memang rugi heee.

Space Wheel- Nampak tak JM kat dalam ride tu..best naik ni..tapi bila turun rasa pening sikit
Ride ni pun best jugak - Raging River....asyik menjerit je bila nak..eheheh
Inilah escalator terpanjang tu
Tinggalkan jejak di Pacific Pier
Ocean Park Tower
Selesai sudah di Adventure Land, terus gerak ke Marine World yang terdapat The Abyss, Crazy Galleon, The Dragon, Ferris Wheel dan Flying Swing. Ahaaa...kan dah cakap satu hari baru cukup untuk spent masa kat sini. Hishh..JM ni tak penat ker ko pusing semua tempat kat dalam ni..penat tu penat jugak tapi enjoy nyer pasal..hilang rasa penat tu. Sabar ye kawan-kawan sebab banyak sangat gambar yang nak di kongsi..layan je lah yer.

The Abyss
The Dragon
Ferris Wheel
Selesai sudah satu hari bertawaf di ocean park dan jam di tangan sudah pukul 5 petang, tunggu apa lagi jom naik cable car untuk turun ke tanah rata. Kemudian naik semula bas untuk balik ke Admiralty Station dan dari sana naik tren ke Tsim Tsha Tsui. Singgah beli makan malam, balik hotel berehat dan tido selepas kepenatan satu hari di OP.

Di pendekkan cerita, esok dam 9.00 pagi kami meraya-rayau di sekitar TST mencari sobiner dan perfume..kalau datang HK tak beli perfume memang rugi coz harga yagn murah..pure lagi. Lebih kurang jam 12.00 tgh check out hotel, naik bas A21 untuk bergerak ke Terminal 2 Hong Kong Airport balik ke Malaysia. Bagaimana nak ke aiport, JM dah kongsi info tu dalam entry JM ke HK untuk kali pertama..so jangan malas..boleh refer kat sana ye.

Dah sampai Airport Hong Kong - Ready to check in

Surau - tak perlu risau kerana surau di sediakan bersebelahan 7 eleven
Dalam waiting room - tiba2 nampak Qantas Airways - Spirit Of Australia..rasa macam nak ke sana pulak hehehee

Habis sudah entry 10h9m menjelajah beberapa negara dan hampir 3 bulan baru khatam entri ni. Terima kasih kepada semua pembaca kerana tidak jemu-jemu sudi membaca setiap entri yang di keluarkan walaupun agak bosan kan..Belasah je.

Ke mana pulak JM lepas ni..aha...ada beberapa rakan blogger dah tahu ke mana JM kan...hihihih...ia bukanlah rahsia lagi.

Sekian...byeeeeee