ads one

Monday, September 30, 2013

Journey to Gold Coast, QLD : Movie World part 2

Assalamualaikum dn selamat sejahtera semua,


Perkongsian pengalaman bercuti ke Gold Coast, Australia di teruskan lagi. Ini adalah sambungan daripada entry yang lepas di mana pada hari ke tiga kami ke Movie World. Last entry JM cerita pengalaman naik roller coaster tu..memang best gile...kiranya seronok sangat lah tu...nanti kalau dah agak berusia maybe tak naik dah kot..time muda remaja ni lah nak merasa aksi-aksi yang thrill ni...ahahah...muda lah sangat kan!!

Let's start the journey..entry yang penuh dengan gambar

Pastikan ambil Park Map di pintu masuk utama
Dari entrance tu arah ke kanan, kawasan berbumbung kerana kami akan melihat show Hollywood Stunt Driver pada jam 11.00 am dan kalau terlepas waktu ni ada lagi pada jam 1.50 pm. Jika rasa tak puas tengok boleh repeat pada sebelah petang tu.

Jalan terus ke hadapan sehingga jumpa entrance Hollywood Stunt Driver
Hollywood Stunt Driver Entrance
Hollywood Stunt Driver
The smell of burning rubber, the screeching of brakes, the roar of engines. Watch in awe how a movie set scene is put together right in front of your eyes. Performed by professional stunt drivers.

Show Times: 11am and 1:50pm

Ringkasan : Show ini memaparkan aksi polis menawan dan menangkap penjenayah, terdapat aksi kejar mengejar motor dan kereta, di selitkan juga aksi-aksi kelakar yang boleh membuatkan penonton ketawa. Jangan terkejut kita kalian akan dapat melihat kereta terbakar. Jom..citer je tak best..meh JM kongsi sedikit gambar boleh dapat sedikit gambaran nanti.

Kawasan persembahan
Ramai penonton hari itu..untuk 2 orang untie berkaca hitam..SMILeeeeee
 Meh kita tengok aksi-aksi pemandu profesional ni.

Aksi kejar mengejar antara polis dan penjenayah - terdapat kereta terpotong dua
Ada sesiapa yang boleh tiru aksi ni
Dan kemuncak persembahan adalah KERETA MELETUP

Kemuncak persembahan
Di luar tempat persembahan terdapat beberapa watak  dan mascot cartoon yang comei-comei tetapi perlu bayaran untuk sesi bergambar. So kami ambil je gambar dari jauh.

Maskot cartoon yang comei
Apa yang menarik kat gambar nih :-)
Jom, ikut JM kita tengok The 4D Experience of Ice Age Dawn of the Dinosaurs

Manny, Ellie and Diego are back in another sub-zero adventure as they stumble into a strange, subterranean world; meanwhile Sid the Sloth has found three eggs left out in the cold and decides to help them hatch and raise them himself. When the eggs hatch, the adventure really gets cracking in this mysterious world of dinosaurs. Shown in amazing 3D with all your favorite voices straight from the movies (Ray Romano, John Leguizamo, Denis Leary and Queen Latifah),

Ice Age Dawn of the Dinosaurs – The 4D experience is set to deliver chills and thrills along with a mammoth-sized serving of laughs for the whole family!

Ice Age Dawn of the Dinosaurs
Kepada ibu bapa yang bawak anak-anak tidak perlu guna gulana, selain dari show 4D ni, terdapat game untuk kanak-kanak di kawasan Warner Bros Kid seperti Sylveter & Tweety Cages, Yosemite Sam Railroad, Taz Hollywood Cars, Kid's WB Fun zone, Speedy Ginzales Tijuana TAxis, Looney Tunes Splash Zone, Looney Tunes Carousel dan Road runner Rollercoaster.

Warner Bros Kid's Zone
BATMAN - Shadows of Gotham
The Scarecrow and his henchmen are plotting against Gotham again – is all hope lost? Will the city fall, or will BATMAN show up in time to save the day? See all the action LIVE on Main Street! .
Show time: 1:00pm

Batman - Shadow of Gotham show
Moh, kita tengok Scooby Doo Disco Discovery

Will the mysterious Phantom disrupt Scooby Doo and The Mystery Inc's attempt at a film shoot, or can they save the day! Join the live set to see what happens.
Show time: 2:40pm

Scooby - Doo Disco Detective
Moh layan gambar-gambar ni pulak

Layan jewwww
Jom ikut JM naik Scooby Doo Spooky Coaster

Is based on the movie shoot at Movie World Studios on the Gold Coast.

It is completely indoors and features loads of scary ghosts and other strange creatures as you travel through an amazing journey full of weird dimensional turns and cutting edge special effects - and spooky.

Riders must be a minimum 110 cm
Children 110 cm - 120 cm must be accompanied by an adult

Scooby -Doo Spooky Coaster
Coaster ni dalam tempat tertutup dan gelap, pastu di pasang lampu seperti tempat disco tu..argghhh..memang menjerit-jerit kami kat dalam tu...dah la gelap, pastu boleh pulak coaster tu gerak ke belakang...ya ampun..seram...pastu stop secara mengejut...arghhh...eeeeeeeeeeeee....rasa hilang stress bila keluar..eheheh.

Kalau ke MW tidak perlu risau kerana terdapat SURAU yang disediakan bersebelahan Scooby - Doo Spooky Coaster tu. So dalam bergembira jangan lupa ye tanggungjawab kepada yang maha ESA.

Musolla or Prayer Room
Kemudian kami terus gerak ke Wild West Fall Adventure Ride tapi SAYANG, TUTUP sebab under reconstruction, so pose ala-ala retis je lah kat situ hahahaha...perasan tak habis-habis.

Wild West Adventure Ride
Oleh kerana tak dapat naik Wild West Adventure Ride tu kami pulang dengan perasaan HAMPA
Untuk pengetahuan semua pada jam 3.30 pm All Star Parade akan keluar untuk sesi bergambar di Street Ice Cream. Sementara menunggu, kami menghabiskan duit untuk beli beberapa keping souviner sebagai kenangan.

Don’t miss the 'All Star Parade', where you can see all your most beloved Warner Brothers characters, from Scooby-Doo and the gang to Bugs Bunny and all the rest of the Looney Tunes favorites! For a limited time, the parade includes even more of your most loved superheroes and villainous evildoers. The Parade begins by the Big Screen, marches down Main Street and returns. For everyone’s safety, we do ask that you remain at your Parade viewing spot until the Parade has passed you twice.

Antara souviner yang dijual
All Star Parade presented by Streets Ice Cream
Pada jam 5.00 petang baru kami balik ke Surfers Paradise dan singgah sebentar di Woolworth untuk beli sedikit barang dapur untuk masak malam nanti.

Expences for 3rd day :
1. Buss fee to Movie World : AUD4.11
2. Bus fee from Movie World to Surfers Paradise : AUD5.13
3. Locker Rent : AUD6
4. Groceris at Woolworth : AUD6.45

Total cost : AUD21.69

End of day 3...next day kami ke SEA WOLRD...

Wednesday, September 25, 2013

Journey to Gold Coast, QLD : Movie World part1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Adakah anda semua masih setia membaca blog JM ni..kalau yer..mari teruskan pengembaraan JM di bumi Australia....wahhh...ayat heeeeeeeee...tak boleh blah kan..

Okey kawan-kawan hari ketiga JM di Gold Coast, kami akan bersuka ria di salah satu theme park or taman tema yang ada di sini...mana lagi kalau bukan Movie World. Taman tema ni tak ada banyak bezanya dengan taman tema di Everland Korea, USS Singapore, Disneyland dan Ocean Park Hong Kong..setiap taman tema ni mesti ada Roller Coaster. Ada sesiapa yang takut/gayat bila naik roller coaster tu..kalau ada jangan susahkan diri yer..nanti tak pasal-pasal turun je pening. JM pun penakut jugak tapi partner JM ni seorang yang berani, so JM pun tumpang keberanian beliau...ahahah..boleh pulak macam tu kan..ye lah kalau naik sorang-sorang tak best...perlu jerit sama-sama baru hilang stress.

Ok..let's start from here...

Pagi tu selepas solat subuh, JM sediakan dulu saparan..nak tahu JM masak apa pagi ni..nasi goreng sardin..siapa pernah makan...kalau belum pernah boleh cuba...oleh kerana malam tadi ada nasi lebih so recycle je apa yang ada..save budget. Kiranya sepanjang bercuti di Gold Coast ni tak keluarkan duit makan kat luar..semua masak sendiri...belasah je janji perut kenyang.

Menu : Nasi goreng sardin dan sambal ikan bilis Brahims
Oleh kerana masih awal pagi, kami bercadang nak bersantai-santai sekejap di Surfers Paradise Beach sebelum gerak ke Movie World. Kalau nak ke Surfers Pradise ni just 5 min walk from Islander Hotel. Untuk pengetahuan semua, semasa kami di sini, terdapat construction bagi pembinaan Gold Coast Light Rail yang dijangka siap dan beroperasi pada 2014. Lokasi betul-betul di hadapan entrance hotel. Let's me show the picture.

The future transport is coming - Gold Coast Light Rail
 How to get there - Surfers Paradise from Islander Resort Hotel :
1. Keluar sahaja dari entrance hotel tu, jalan menyusuri/bersebelahan Woolworth Mart
2. Jalan je terus ke hadapan sehingga jumpa Surfers Paradise sign seperti gambar di bawah.

Welcome to Surfers Paradise Beach - JM memang fall in love dengan langit yang biru tu
Meh..kita zooming sikit
Hoyee..dah sampai..apa lagi sesi bergambar pun bermula..jalan menyusuri tepi pantai sambil melihat bangunan-bangunan yang tinggi dan terdapat beberapa orang sedang berjogging, ada yang jalan-jalan menghidup udara tepi laut yang segar, ada yang menikmati keindahan laut yang luas terbentang sambil mendengar deruan ombak yang membelah pantai dan ada juga yang sedang surfing. Ia..surfing adalah aktiviti utama di sini kerana lambungan ombak yang cantik dan amat sesuai sekali untuk melakukan aktiviti tersebut. Walaupun matahari memancar tetapi udara nyaman dan sejuk...

Dah sampai...haruslah tinggalkan jejak..yer dop
View sekitar Surfer Paradise
Kami kat sini tak lama just ambil angin je belum merasai pasir pantai yang halus tu...belum ada aksi baring kat atas pasir ni, so next entry JM cerita lagi bekenaan pantai ni eh...Moh ikut JM kita ke Movie World..dan dalam perjalanan ke bus stop tu haruslah bergambar dulu...heeee dasar suka bergambar betul..

View sekitar Ripley's Believe it or not - kami tak masuk pun
Ok..kalau nak ke Movie World perlu naik bas di bus stop berhadapan Apple Park dan bersebelahan Vibe Hotel yer.

Direction to Movie World :
1. Tunggu bas di bus stop berhadapan dengan Apple Park dan bertentangan dengan bangunan Circle on Cavill
2. Naik bus No TX2 - Movie World (kekerapan bus yang tinggi tak perlu risau)
3. Tambang bas : AUD4.11 just touch je Go Card pada mesin ticket
4. Bus akan stop betul-betul di Movie World stop..just jalan kaki beberapa langkah untuk sampai ke entrance Movie World tu

Bus to Movie World - TX2
Laluan bus ke Movie World - Bus No TX2
Nampak tak lokasi Movie World dalam picture kat atas tu...so kenapa kami naik bus no TX2 kerana bus ini akan melalui Surfers Paradise dan kepada sesiapa yang tidak menginap di area ni boleh jugak naik bas TX1 dan TX5. Perjalanan jadi mudah kalau bijak baca laluan bas..tak perlu risau senang je dan kepada sesiapa yang pernah baca route subway di Guangzhou, Shenzhen dan Seoul dan MTR di HK memang tak ada masalah. Alah..kalau festime tengok laluan ni pun mudah faham kan.

Bus stop at Movie World
Info berkenaan Movie World source from Wikipedia

Warner Bros. Movie World (more commonly referred to as Movie World) is a popular movie related theme park on the Gold Coast in Australia. It is owned and operated by Village Roadshow since the take over from Time Warner and is the only movie related park in Australia. It opened on 3 June 1991.

The park contains various movie-themed rides and attractions ranging from motion simulators to roller coasters and slow river rides. In addition, costumed character performers also patrol the park, allowing visitors the chance to take photos with them. These include Batman, Austin Powers, Marilyn Monroe, Scooby Doo, The Mystery Inc. Gang and various Looney Tunes characters. Minor street shows including skits and singing performances are also present. The All-Star Parade showcases costumed characters alongside vehicles and movie-themed floats.

There are a number of active film studios within the Movie World complex. House of Wax, the first Scooby Doo film, the 2003 Peter Pan film, Ghost Ship, The Condemned and Fortress are amongst the many films and television series produced at Warner Roadshow Studios, adjoining Warner Bros. Movie World.

Opening time : 9.30 am - 5.30 pm
Addmission Fee : AUD84.99 Adult, AUD49.99 Child from 3 - 13 years

Lebih kurang jam 10++  pagi kami sampai dan oleh kerana tiket telah di beli online boleh refer SINI  so tak perlu beratur panjang di kaunter, terus sahaja ke entrance, tunjukkan voucher yang telah di cetak, dorang scan bar code terus masuk...pantas!!

Ticket Counter
Movie World entrance
Kalau sampai sini rugi kalau tak bergambar kat depan ni..
Semasa di kaunter check tiket tadi jangan lupa dapatkan 'park map'  dan 'show time' sebagai panduan kat dalam nanti. Masuk sahaja kawasan MW akan nampak Superman Escape terus teringat kepada blogger SuperMeng, pastu sebelah kiri BATWING Spaceshot dan GREEN LANTERN Coaster. Mesti korang tertanya-tanya kan bagaimana nak baik semua ride yang tu kalau penuh di tangan dengan handbag, kamera semua bagai kan..tak perlu risau bersebelahan Green Lantern tu ada locker yang boleh disewa untuk simpan beg dengan kadar bayaran AUD2 for 1 hour. So kami simpan semua beg ke dalam locker sebab nak naik Green Lantern Coaster.

Green Lantern Coaster
The new GREEN LANTERN Coaster is shining a brand new light upon Warner Bros. Movie world. This new coaster gives galaxy sized thrills as you dare to experience the steepest inverted drop in the whole Southern Hemisphere!
 
Perasaan sebelum naik Ride ni rasa berdebar-debar jugak tapi dek kerana rakan JM ni jenis berani, dia beri sikit kata-kata semangat terus JM setuju. So ready...naik je menjerit-jerit apa tak nya berpusing-pusing kepala ke bawah kaki ke atas..tapi akhirnya puas hati..seronok pun ada..kalau anda seorang yang berani..(ahahah..mcm lah JM ni berani sangat)....sila naik..memang best...

Jom ..kita naik Green Lantern Coaster
Next..nak naik Batman Space Shot - yang ni pun best...boleh try

Movie World's high adrenalin ride to compliment Superman Escape and Green Lantern Coaster. Riders pull about the same amount of G's (4.5) as the other two. Only this time it's straight up - then straight down again - real fast. 

Batman Space Shot
Kemudian dari jauh dah nampak ni...Superman Escape..memang thrill giler tapi sayang kami tak naik sebab miscommunication di situ. Kalau blogger SuperMeng yang naik..tak ada hal..ini semua biasa je bagi dia kan heeee....matilah kalau dia baca entry ni

Is a thrilling theatrical roller coaster ride based on being rescued by super hero Superman.You board a train in a Metropolis subway, only to be caught in the middle of an earthquake. As the situation worsens and to the sound of Police cars hissing about in the rubble, Superman suddenly and in the nick of time arrives to push your open carriage up and out to safety - and he's not lying when he says he'll do it REAL fast. 0 to 100km/h in just 2 seconds! What follows is 760 metres of frightening climbs, drops and adrenalin enhancing twists and turns.

Superman Escape yang boleh luruh jantung
Kalau JM stop dulu entri ni dan akan di sambung ke part 2 aci tak...sebab banyak lagi nak di kongsi sebenarnya..kalau tulis dalam 1 entry..mahu 1 jam belum habis baca lagi heeee (itupun kalau baca lah  hikss).....so kita kasi suspend dulu...sebab banyak lagi story menarik dalam part 2 nanti...so perlu tungguuuuuuuuuuu!!!!!

JM nak rehatkan jejari manis ni jap....ahakssssss

Monday, September 23, 2013

Journey to Gold Coast, QLD : Wyndham Cruises Sightseeing

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat dan rakan pembaca semua,


Apa khabar semua kawan-kawan JM di luar sana, semoga sihat semua hendaknya yer..kalau tak sihat nanti dah ada mood nak baca celoteh JM kat blog ni heee....Sehingga hari ini baru JM tahu rupanya ramai betul silent reader blog ni..terima kasih kepada semua, JM amat hargai...dengan ini semakin bersemangat nak kongsi cerita dan pengalaman menjelajah negara orang. Maybe kekerapan nak update blog agak berkurang di samping tugas-tugas harian so sabar ye menunggu entry baru.

Sebelum JM meneruskan story hari ini, salah seorang rakan blogger (Zura Lee) minta iklan kan berkenaan voucher ticket ke Fraser's Hill 2D1N yang beliau beli melalui MyDeal.co.my tetapi tak dapat pergi kerana suami bekerja pada hujung minggu, so terpaksa korban kan voucher ni. Kepada sesiapa yang berhasrat untuk ke sana boleh dapatkan voucher ni daripada Zura, maybe dapat discout coz dari harga RM170.00 beliau bagi harga RM150.00. Jika berminat boleh berhubung melalui blog link kat atas tu. Kalau JM ada partner leh je rembat voucher ni.....tapi dek kerana sorang...so JM bagi peluang kepada kawan-kawan yang lain.

Fraser's Hill Voucher
Details :
- Harga RM150 (weekend rate)
- Puncak Inn Apartment (Studio Suite)
- Valid from Now until 30 November 2013 ( Not Valid for Public Holiday)
- Kepada yang berminat boleh berhubung dengan Zura dan bank-in ke Akaun Maybank : 166 010 243 560 ATAU CIMB : 144 200 739 23 526 (Zuraini binti Ghani)

*JM tolong war-warkan sahaja kepada sesiapa yang berminat boleh berhubung terus dengan Zura ye



Seperti biasa setiap agak panjang..kalau rasa bosan..tengok gambar je lah ye...

Meh sambung story percutian ke Gold Coast...masih pada hari ke dua. Siapa ingat lagi last entry adalah perjalanan JM ke Currumbin Wildlife Sanctuary sehingga jam 2.00 petang lebih kurang..pastu dari sana kami tak terus balik hotel kerana kami akan naik Cruise pada jam 3.00 petang. Okey..mesti semua orang tertanya-tanya kat mana tempat untuk naik Cruise tu..ahaaa..tak perlu risau kerana lokasi jeti adalah berdekatan Apple Park. Jalan sahaja menyusuri Apple Park akan jumpa Wyndham Cruise Jetty Point.

Seperti yang JM kaborkan sebelum ni..lokasi Islander resort amat strategik sekali berdekatan Surfers Paradise, bas stop, gift shop, Hard Rock Cafe, Woolworth supermarket dan juga kaunter tiket untuk naik Cruise tu.

Lokasi Wyndham Cruises Ticket Counter :
1. Kalau dari Islander Resort Hotel - jalan ke main road terletak bertentangan dengan bus stop untuk ke Currumbin Wildlife Santuary tu...mudah bukan
2. Oleh kerana kami turun di hadapan Apple Park, just jalan terus sahaja ke hadapan arah balik ke hotel akan jumpa kaunter tiket di tepi jalan dan entrance seperti gambar dibawah.

Sightseeing Cruise Ticket Counter
Camna kami boleh gambar berdua ni..aha kalau nak tahu org Australia ni baik-baik..siap offer diri utk ambik gambar kitaorang
Kalau nak naik Superduck Adventure boleh beli tiket di kaunter bersebelahan
Untuk pengetahuan rakan pembaca semua, JM telah beli tiket untuk naik cruise ni secara pakej bersama tiket masuk ke Currumbin Wildlife Sanctuary tu..kiranya harga tiket untuk 2 tempat ni AUD49.95. Kalau beli secara berasingan entrance fee untuk Currumbin AUD49 dan Cruise ticket AUD35 total AUD84..rugi kan..bagaimana nak beli secara pakej tu boleh rujuk kat  SINI.

Tiket yang telah di beli secara online boleh di sahkan di kaunter tiket dan di beri Boarding Pass sebagai pengesahan sebelum naik Cruise tu.

Cruise Ticket Counter
Cruise Ticket Price - ada pelbagai type..boleh pilih
Wyndham Cruises Boarding Pass
Mesti timbul pertanyaan di kotak fikiran kan...wahh ayat...heee..perlu ke naik Cruise tu..seronok ke..berbaloi ker....pada pendapat JM adalah berbaloi kalau beli tiket secara pakej tetapi kalau beli tiket semata-mata nak naik cruise dengan harga AUD35 tu tak perlu la kot. Sightseeing tu merangkumi Surfers Paradise Skyline, Home of the rich and famous, Marina Mirage, Palazzo Versace & Sea World. Kami telah memilih untuk naik Afternoon Cruise Savoury depart from Surfers Paradise jam 3.00pm dan return jam 4.30pm dan di dalam Cruise nanti akan di sediakan minum petang air coffee or nescafe, biskut dan buah anggur.

Sementara menunggu jam 3.00 petang, haruslah bergambar dahulu di sekitar tu sebelum naik Cruise. Jom layan scenary kawasan sekitar.

View sekitar Wyndham Point
Aha..kawan-kawan dah ready ke nak tour dengan cruise bersama JM ni..let's go...

View dalam Cruise - ada deck atas untuk lihat view dari luar
View pertama yang kami nampak adalah perumahan orang-orang kaya di CG....kalau kita kat Malaysia..nampak orang parking kereta BMW ke..Mercedes ker..boleh di kategori kan sebagai orang kaya lah kan..kiranya jutawan lah..TAPI di sini...mereka parking boat berharga jutaan ringgit..korang mampu heeee.... moh tengok...

Parking boat bersepah kat depan rumah
Bila dah bayak duit..petang-petang boleh santai-santai atas bot macam ni...korang mampu heeee
Kemudian kami menikmati keindahan kawasan sekeliling dengan udara yang nyaman, langit yang membiru....argghhh..syurga dunia..pastu feeling-feeling seperti naik Titanic....ahahahah.....berangan...tak percaya....cer tengok gambar nih

Merenung jauh sambil mensyukuri nikmat ciptaan Allah
View Surfers Paradise dari kejauhan - kalau waktu malam view lagi cantik
Surfers Paradise
View sekitar Marina Mirage
Cruise ini juga akan melalui taman tema Sea World
Seperti yang JM maklumkan sebelum ini minum petang juga disediakan

Minum petang - JM cuma makan biskut dan buah anggur
Yeayyy...we are here
Selama 1 jam 30 min berada di atas Cruise tu..setelah puas menikmati keindahan ciptaan Allah dan puas bergambar dalam pelbagai posisi, tiba lah masa nya untuk pulang ke daratan. 

View sekitar jam 4.30 petang
Nampak tak..korang jalan terus sahaja je hadapan cross main road akan jumpa Islander Resort Hotel
Dari sini kami singgah dulu pasaraya Woolworths untuk beli barang-barang dapur untuk masak malam ni dan singgah sebentar di Hard Rock Cafe Surfers Paradise. Lokasi pasaraya ni dalam beberapa meter je dari hotel..kiranya keluar dari entrance tu akan nampak pasaraya ni...

Pasaraya Woolworths
Korang nampak tak iklan This week's Specials tu...di kawasan sekitar paradise banyak papan iklan seperti ini 2 Adults AUD20..so kami curious jugak..pesal murah sangat tiket masuk ke taman tema ni kan..so kami pun tanya lah..rupanya harga ni di tawarkan kepada residense from New Zealand dan Australia sahaja..untunglah dorang kan.

Jom tengok apa yang kami beli kat sini, beli sayur, seafood, telur, air mineral, strawberry, beras dan roti. Puas JM makan strawberry kat sini 3 peket...bekas plastik warna putih tu yang biasa kita beli RM7.00++ (sepeket) kan tapi kat sini AUD3.99 je..memang puas lah makan.

Bershopping barang makan di obersea
Hasilnya...taraaaaaaaaaaaa

Penuh troli you oulsssss
Dah habis shopping, keluar dari Woolworths tu singgah sebentar di Hard Rock Cafe, kawan JM masuk usah-usah tapi tak ada yang berkenan di hati, bergambar sekejap buat kenangan terus balik hotel.

Tak beli T-Shirt dapat bergambar depan Hard Rock Cafe pun jadi lah heee
Ini adalah menu kami pada malam tu....beras Australia ni seperti beras Korea..siapa pernah makan boleh bayangkan rasanya
Total cost this evening beli barang dapur :  AUD13.63

Selesai sudah misi hari ke dua di Gold Coast. Nak tahu ke mana kami pada hari ke tiga..tunggu entry seterusnya..

Enjoy reading yer....byeeeeeeeeeee!!!!