ads one

Wednesday, February 27, 2013

Journey to HatYai : part1

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all my readersss....

"SAWADEEEKAAAA" ..ada sesapa rindu nak baca entri HatYai tak...heeeeeeeeee

Travel kali ni banyak betul dugaan dan drama....memula JM dapat surat blacklist sebab jadi penjamin kepada adik yang buat pinjaman MARA...dah settle bab tu..Pastu pada hari kami nak gerak ke HatYai..salah seorang kawan baru nak renew passport...pegi Imigresen dari pagi sehingga jam 4.00 petang..tetiba pegawai tu cakap sistem offline lah pulak..Cuak lah member JM sorang ni..mlm kang dah nak bertolak..passport tak renew lagi....duit dah tukar...takkan nak burn jer..

So JM suggest dia pergi kat UTC, Puduraya Central kerana perkhidmatan disediakan sehingga jam 10.00 malam. Alhamdulillah..urusan passport my friend selesai so sempat dia follow kami ke HatYai.. Let's go to HatYai..Sawadeekaaap..kap kung krap....meh makan karipap...hikssss

JM pergi tukar duit di Money Changer dapat rate 100 bhat = RM10.48....arghhh..agak mahal


Pada malam tu JM gerak dari Putrajaya Central ke KL Sentral dalam jam 8.30mlm (tiket RM9.50) dan tiba di sana lebih kurang jam 9.05mlm..

Ikut sign ni
Train dijadualkan pada jam 9.20 mlm..sekali announcement delay sehingga jam 9.50 mlm..tunggu punya tunggu sambil berborak..ada lagi announcement....sila turun ke platform 1 kerana train akan bergerak pada jam 10.10 mlm. Punya lah ramai orang pada mlm tu..tak percaya let's see the picture..gambar kurang kualiti sbb guna Samsung Galaxy Tab jerr..

Tunggu tren
Kami turun ke platform 1, cari doc L8 dan JM dapat bed no 40 betul-betul kat pintu keluar masuk ke tandas..haisshh..memamg tak leh tido lah malam ni...masuk je tren jadi jakun sekejap..iyolah pestime nak naik tren KTM ni. Ohh...begini ke rupa soft sleeper bed dalam train..saiz Soft Sleeper Bed (upper) lebih kecil berbanding lower bed dan harga juga berbeza. Upper bed (RM54.00) dan lower bed (RM60.00). Teruja dan snap picture sana sini...

Soft Sleeper bed dalam tren
Nak tido awal lagi..so JM dan rakan jengah ke kantin yang terletak beberapa gerabak ke hadapan dan perlu melalui gerabak hard sleeper. You ouallss jangan tak tahu..kat dalam tren ni ada servis jual makanan dan minuman seperti dalam AA tu..kepada sesiapa yang malas nak ke kantin..tunggu je di katil masing-masing..ambil order. Menu malam tu Teh Panas dan Meehoon goreng....harga?...berpeluh sekejap..dan yang paling JM tidak boleh terima akal..air milo sekotak RM8.00..fengsannnn

Teh : RM2.50 - Meehun :RM5.50
Selepas makan at late night (supper lah tue)...nak tido lah..mata pun dah mengantuk ni ha..sekali tak boleh terlelap dengan bunyi bising tren nye lagi..tut tutttttttttt...krenneeeggg...pastu dengar lak orang bukak pintu doc..kemudian pintu tak tutup rapat..bertambah bising..beberapa kali sedar tapi belum sampai...ntah waktu bila JM tido pun tak pasti..sedarnya dah siang...waktu tu dah sampai Alor Setar..Nasib JM baik kerana 'cuti solat' tak perlu risau nak cari arah kiblat semua.

Lebih kurang jam 9.00 pagi kami tiba di Stesen Padang Besar, kami di minta turun bawa bersama barang-barang berharga manakala luggage boleh tiggal dalam train untuk verify dan cop passport di Imigresen Malaysia..kemudian isi Arrival dan Departure form terus ke Imigresen Thailand pulak. Seperti yang dimaklumkan oleh rakan blogger..kat sini hanya terdapat satu-satunya kedai makan dan tiada pilihan walaupun harga agak mahal.

Turun untuk check passport
Selesai urusan passport semua..kami berempat singgah untuk sarapan dulu..sempat ke nak makan bagai..nanti terlepas tren pulak..tak perlu risau...gerabak tren tadi di bawa untuk pertukaran kepala tren Malaysia ke kepala tren Thailand dan lebih kurang 1 jam baru siap. Jom sarapan dulu...

Teh + Nasi Putih + Ikan Sambal + Daging Goreng RM8.50..pitammmm
Apabila perut dah kenyang..jom..continue our journey..

Kami sampai di HatYai train station dalam jam 10.00 waktu Thailand dan 11.00am waktu Malaysia, jadi pastikan set ke waktu yang betul..karang nak balik terlepas pulak train..


Ticket for travel Today..so if u want tomm..please buy tomm not today.. :-)

HaadYai or HatYai Train Station..hmmmm
Kalau korang nampak je sign mcm kat atas ni, maknanya korang dah sampai di pekan HatYai. Keluar jer dari stesen..banyak tut-tut sedang menunggu penumpang tapi kami ambil keputusan untuk jalan kaki je ke Grand Plaza Hotel sebab bila JM rujuk dalam MAP ihsan dari blogger FATT....dekat je hotel nyer..boleh jalan santai sambil melihat deretan kedai di sepanjang jalan dan ternampak Louis Lane..ehh..salah..Louise Guesthouse di sebelah kanan jalan..yang di ceritakan oleh Fatt..hotel tu agak 'screammmmyyy'..

Louise guesthouse
Direction to Grand Plaza Hotel
1. Keluar sahaja dari train statin, akan jumpa Rodfai Road and go forward
2. Kemudian akan jumpa Louise Guesthouse di sebelah kanan jalan
3. Terus jalan ke hadapan, dont belok-belok ke kiri atau ke kanan..jalan ke hadapan sehingga melintasi Niphat Uthit 1 Road
4. Selepas melintasi Niphat uthit Road 1, korang jalan kerus ke hadapan sehingga melepas Niphat Uthit Road 3
5. Terdapat Odean Department Store sebelah kiri..end of building akan jumpa Sanehanosorn Road (HatYai Walking Street)..korang  belok ke kiri
5. Selepas belok ke kiri..jalan terus ke hadapan akan jumpa Grand Plaza Hotel sebelah kanan...di sebelahnya adalah Lee Garden Hotel Plaza..tempoh berjalan lebih kurang 15min jer sambil santai-santai

Dalam perjalanan ke hotel, tiba-tiba kami di hentikan dengan bungi hon tut-tut..berlaku conservation between us and tut-tut driver

Pemandu : Where you want to go
Us : Grand Plaza Hotel
Pemandu : Over there
Us : Yeahh....we know
Pemandu : You want tut-tut to Floating Market
Us : How mush to get there
Pemandu : Around 500 bhat
Us : 500 bhat?..kami pandang sesama sendiri..pastu JM cakap kat member..mcm mahal jek..
Pemandu : Don't worry..u all my first customer..i will fetch u to Ice Dome, HatYai Cable Car, Chang Puak Camp dan Floating Market..all in 500 bhat ~ RM50.00 retun and no extra charge and all on one way..
Us : Wah itu sudah cukup baik...kami setuju (we agree)

Kami terus gerak ke hotel, lepas check in hotel, tukar baju semua..turun kat Lobby...terus gerak ke destinasi pertama.

Bilik agak besar
Ke mana destinasi kami yang pertama ni..tungguuuuuuu...sambungan nya nanti....

No comments:

Post a Comment