ads one

Showing posts with label Singapore. Show all posts
Showing posts with label Singapore. Show all posts

Sunday, December 29, 2013

Bersuka ria di USS : Actual Day

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca budiman,


Almost two week JM tak publish new entry...nak tahu kenapa?

Di samping rutin kerja harian, terdapat pelbagai hal dan masalah yang perlu di selesaikan...pada masa yang sama JM demam selesema...hari ni pun kepala masing pusing-pusing, hidung masih berair dan suara masih serak-serak basah....tapi tangan ni tetap menari-nari atas keyboard kerana ramai rakan pembaca setia dan new reader menunggu-nunggu entri baru sebelum kedatangan tahun baru 2014.

Fikiran masih kosong tak tahu bagaimana nak memulakan cerita ni...buntu sekejap..dulu selang 3-4 hari mesti ada je entri baru tapi sekarang hujung-hujung tahun mood makin merudum...alahh..Cik JM..I tahu kenapa u malas nak menulis...dah tak ada tempat travel yang u pergi kan..so tak ada yang nak di kongsi tul tak (ini suara hati yang satu lagi)...wit..wit..cam ada split personality pula kan..ahahah...sudah...sudah moh kita tembali ke alam nyata...

Dek kerana JM lama tak publish entry baru dan dek kerana ramai feminat tertanya-tanya, request dan sabar menunggu entri baru (habislah lepas dorang baca ni) JM kena kutuk..hahahha...ramai peminat lah sgt...maka tercipta lah satu entry yang terakhir untuk tahun 2013.

Tak ada idea nak menulis katanya...sekali intro pun dah panjang lebar kan..


Pada 18 November 2013 adalah tarikh JM bersama ibu, adik bongsu dan seorang rakan travel ke USS dengan menaiki bas dari Tune Hotel. Kenapa bas menjadi pilihan?...CEPAT, MUDAH DAN SENANG...nak tahu perlu baca entri ni sehingga ayat terakhir hee....

Pada jam 7.15 pagi kami turun ke lobi, masuk 7-eleven sekejap mencari makanan seperti roti, air kotak, dan mineral sebagai bekalan untuk sarapan pagi dalam bas nanti.

Lebih kurang jam 7.30 pagi terdapat 3 buah bas sedang parking di pintu masuk ke Tune Hotel dan masing-masing beratur menunggu giliran untuk menaiki bas. Sebelum itu Roslina (person in charge) akan berikan setiap seorang sekeping Imigresen Card untuk di lengkapkan dan di serahkan semasa tiba di Imegresen Singapore nanti. Tak ramai penumpang ketika itu lebih kurang 20 orang je dalam sebuah bas

Bus to USS from Tune Hotel
Apabila naik je bas, FREE SEAT..so pilih je tempat duduk mengikut selera masing - masing. Sebelum bas bergerak, Roslina akan memberi sedikit briefing supaya semua berjalan lancar dan antara pesanan beliau adalah:

1. Isi imigresen kad dengan lengkap beserta No Bus
2. Pastikan passport di bawa bersama dan belum tamat tempoh
3. Make sure balik dari USS naik bas yang sama dan pastikan ingat No Bus
4. Bas akan berhenti di Imigresen Malaysia, semua penumpang perlu turun dari bas dan  untuk semak passport dan selesai urusan di Imigresen, naik semula bas yang sama. Bas akan menunggu di pintu keluar
5. Bas agak bergerak terus ke Imigresen Singapore dan bas akan berhenti sekali lagi untuk menurunkan penumpang bagi tujuan Cop Passport dan bawa bersama barang-barang persendirian.
6. Selesai urusan cop passport, bas akan terus bergerak ke Universal Studio Singapore, Sentosa Island so duduk diam-diam kat dalam bas tu.
7. Bas akan berhenti di basement parking USS dan beliau akan mengingatkan waktu bertolak balik ke Msia.
8. Dari basement terus naik escalator untuk ke USS

Ini lah bas yang kami naik - JPD 7076
Bas terus bergerak dan melepasi sempadan Johor - Singapore dah akhirnya lebih kurang jam 9.30 pagi kami tiba di tempat yang di tuju. Hoyeee...hati mula berbunga-bunga seperti kanak-kanak riang eheheheh.

Dari basement tu..naik je Escalator untuk ke USS..gambar gegar..ahaha...
Opening time : 10.00 am - 07.00 pm, so haruslah bergambar dulu kat tempat WAJIB ni...kalau tak bergambar kat sini seperti makan nasi tanpa lauk...gitewww

Ramai betul orang kat depan Globe ni...
Ambil lah dulu sekeping - ini adalah adik JM yang bongsu ..korang nk tahu ni adik JM yang ke - 9
With my mum
Nampak tak...setiap sudut kat globe ni ada orang...so sabar je menunggu...sementara tu adik JM nak ke bilik air..nasib baik JM dah sediakan botol mineral kosong..ye lah..ini Singapore bukan Malaysia..bila masuk je tandas, makcik - makcik kat dalam tu semua dah bising....kenapa tak ada paip..macam mana mau buang ni..makcik!!!..ini Singapore hokey (ckp dalam hati je)....

Bila selesai lepaskan hajat, cepat-cepat ambil gambar depan Globe bila nampak agak kosong di situ....rupanya masing-masing dah beratur nak masuk ke dalam USS...bergambar dulu.......

Welcome to Universal Studio Singapore
Jom kita beratur, keluarkan tiket yang telah di cetak di atas kertas A4 seperti yang JM maklumkan dalam entri sebelum ini dan kepada mereka yang datang bersama anak-anak tak perlu risau bawak bersama bekalan makan dan simpan dalam backpack korang..in shaa Allah selamat kerana mereka tidak check/selongkar beg yang di bawak masuk. PERINGATAN : jangan lupa untuk ambil Studio Guide/Map dan Show timetable di pintu masuk supaya tidak terlepas show yang di adakan.

USS Studio Guide
Ini lah ahli jemaah tu
Korang perasan tak dalam map tu ada beberapa seksyen, so kawan travel pesan kalau ko ke USS, pastikan naik Transformers Ride dulu coz ride tu antara yang paling menarik dan best berbanding ride yang lain dan perlu cepat kerana biasanya ramai orang. So kami pun terus gegas ke sana.

TRANSFORMERs The Ride : The Ultimate 3D Battle (dengar pun dah menarik kan)
Join Optimus Prime and the AUTOBOTS as you become a freedom fighter in the ultimate 3D Battle againts the forces of evils.

Transformers Ride - the ultimate 3D battle
Sampai sahaja kami terus beratur, ibu JM tinggal kat luar coz ride ni tidak sesuai untuk beliau, nasib kami baik kerana tak perlu tunggu lama dah sampai turn. Perlu pakai spek 3D dan terus arghhhh, weeeee, wahhhhhh...terus menjerit-jerit keseronokan kat dalam tu. Ride ini yang SANGAT BEST dan membuatkan JM dan adik naik ride ni 2 kali..ulang suara....dua kali kami naik...bila dah naik ride ni yang lain-lain tu biasa-biasa je.

Hajat di hati nak naik Battestar GALACTICA tapi tidak beroperasi..dulu JM datang tahun 2010 pun still sama je...adakah under construction.

Battlestar Galactica
 

Kemudian try naik Accelerator - test your intergalactic stamina on this whirling twirling atttraction. Sekali naik...hahahah...tak mencabar langsung...tapi amat sesuai untuk kanak-kanak

Accelerator
Let's go kita ke Ancient Egypt untuk naik ride Revenge of the Mummy - ride ni agak mencabar kepada mereka yang tidak biasa naik roller coaster atau jenis yang gayat, lemah jantung dan asma di larang naik kerana ia agak extreme. Sebelum naik pastikan simpan semua barang yang di bawa di dalam locker yang disediakan dan oleh kerana ibu JM tak naik, maka beliau jagi mangsa untuk menjaga beg-beg kami...heeee

Kepada mereka yang tak naik ride tu boleh bergambar kat luar 
Berhadapan dengan Revenge of the Mummy ada ride Treasure Hunter - Young explorers scan drive their own desert jeep through an abondoned Egyptian  Excavation site. Oleh kerana ibu JM belum mencuba lagi ride yang ada ada, so JM ajak lah try naik ride ni..hheheheeh...kelakar pun ada...ride yang paling bosan..penat je menunggu turn tapi dek kerana nak kasi ibu JM merasa keseronokan tu..bertabah je la..

View dari ride Tresure Hunter
Treasure Hunter ride - view di sekitar
Te Lost World - kat sini banyak attraction antaranya :

Jurassic Park Rapids Adventure  - Enjoy a thrilling river raft ride through primeval dinosaur habitats where you will get wet and possibly soaked. Ride ni agak menarik tapi pastikan bawa bersama raincoat kerana nanti akan basah...

Canopy Flyer - Enjoy a prehistoric bird's - eye view as you soar over Jurassic Park

Dino - Soarin : Children can pilot their own Pteranodon, soaring up into the clear blue sky or down into the cooling shadows

Amber Rock Climb - Scale the walls of The Lost World to explore precious stones and fossilised insects

Water World - Witness death - defying stunts, awesome explosions and thrills at this sensational 'live' water show

Jurassic Park - banyak ride yang menarik kat sini
Water World Show - jangan lepaslkan show ni kerana agak menarik dan melucukan
Selepas selesai show ni kami mula gerak mencari lokasi surau kerana jam sudah pukul 2.30 petang. Nak tahu lokasi surau tu..senang aje..terletak bersebelahan Revenge of the Mummy dan Sci-fi City seperti gambar di bawah. Pastikan bawa telekung sendiri bagi perempuan ye.

Lokasi surau - boleh rujuk dalam Studio guide Map
Kepada muslim tak perlu risau kerana terdapat berberapa kedai makanan HALAL dan gift shop di sediakan, ini jugak boleh rujuk dalam map.

Antara kedai makan dan gift shop
Moh ikut JM kita ke Far Far Away untuk lihat Show Shrek 4-D Adventure, Donkey Live dan seterusnya ke seksyen Madagascar, Hollywood dan New York untuk melihat show Light, Camera Action!

Far far Away - Shrek 4D show yang menghiburkan
Musical show ni jugak agak menarik
Oleh kerana JM sibuk nak tengok Musical show yang bermula pada jam 6.10 petang, JM terlepas dengan sesi Character meet dan Greet pada jam 6.30 petang...frust tul kalau tak boleh bergambar dengan Autobots, people of earth, Shrek happily ever after dan pelbagai karektor lagi.

Nampak tak seharian kami di sini kalau tak percaya cuba lihat gambar globe di bawah. Jam 6.45 petang kami gerak naik bas yang sedang menunggu di basement parking dan sebaik sahaja naik bas semua terlelap tido keletihan.

View pada waktu malam
Trip kali ni JM hanya tukar duit 50SGD sahaja dan tiada aktiviti membeli sobiner dan juga gift kerana pernah ke sini sebelum ini..bye...bye..USS....

Kepada mereka yang pertama kali ke taman tema seperti ini mesti agak mengujakan..tapi dek kerana JM pernah ke sini untuk kali ke dua dan juga pernah Movie World - Gold Coast, Everland - Seoul dan Ocean Park & Disneyland- Hong Kong makan JM boleh bagi 2 bintang (seperti juri Maha Raja Lawak kan).

Esok 19 Nov 2013 check - out, minta receptionist call teksi untuk hantar ke Senai Airport jam 12.00 tgh terus fly balik ke Kuala Lumpur...habis sudah story bersuka ria di Singapore..jumpa lagi dalam entri yang akan datang pada tahun 2014

Wasalam...

Tuesday, December 17, 2013

Bersuka ria di USS Singapore : Day1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca budiman,


Ini adalah sanbungan story dari entry Tiket Murah ke USS dan kepada sesiapa yang belum membaca boleh refer sana yer.

Tengok ko...tajuk bukan main kan...bersuka ria di Universal Studio Singapore...seperti kanak-kanak ribena pulak sedangkan umur pun dah menjangkun ehem..ehem..ehem..biarlah RAHSIA asalkan hati muda baru nampak muda seperti Rozita Che Wan tu heeeeeeeeee. Tapi tak boleh lah compare JM dengan beliau jauh panggang dari api dari segala segi katanya.

Ok..malas nak celoteh panjang-panjang sebab hampir seminggu JM tak keluarkan entri baru..ada sesiapa tertunggu-tunggu tak nak baca new entry ni...harap maaflah ye..nama blog pun Jari Manis : Travel List haruslah citer pasal travel je..kalau tak ada travel ke mana-mana tak adalah citer nak di kongsi..so duduk je lah diam-diam tak gitu heeee.

Oh yer sebelum terlupa JM nak kongsi kegembiraan di sini kerana semalam pada 16/12/2013 (Isnin) JM terima POSKAD from ISTANBUL you oulsss.....sejak JM bergiat aktif dalam dunia blogging ni (ahaha...aktif lah sangatkan) dan kenal ramai kawan-kawan di alam maya, JM telah menerima beberapa keping poskad dari mereka seperti poskad dari Armsterdam (Ayu Fatarina), daripada TTBoy (poskad dari Borneo) dan terkini daripada Syieda..beliau sedang menjelajah Europe dan tak pasti dah balik Ms'a ke belum. Thanks Syieda coz ingat pada JM..eee..sayang ketat2 sama kamu. Kepada mereka yang tidak kenal siapakah orang nya..boleh skodeng kat SINI. Meh JM kongsi gambar poskad tu..belum dapat jejak kaki ke sana..dapat poskad pun jadi lah kan....

Thanks a lot Syieda..bila lah turn JM pulak nak said Instanbul aku datang
Kisah percutian ke USS ni dah lama sebenarnya iaitu pada bulan November bulan kelahiran JM..konon nya nak sambut besday di sana bersama anak saudara yang lahir pada hari yang sama dengan JM tu. Tapi misi itu tidak kesampaian kerana ibunya baru sahaja lepas bersalin, so burn je lah tiketnya. Jadi kami berempat sahaja yang avalaible iaitu adik bongsu, mak dan sorang rakan travel JM. Ini adalah trip kali ke 2 JM ke sana so tak lah begitu excited sangat.

Bertolak dari LCC Terrminal seawal jam 7.25 pagi dan dijangka tiba di Senai International Airport, Johor Bahru pada jam 8.15 pagi. Penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 45min memang tidak terasa kebosanan nya kerana belum sempat nak habiskan suapan meal yang di order dan dapat isyarat akan landing....ahaha...kelakar...

View sekitar Senai International Airport, Johor Bahru
Ada pelbagai cara sebenarnya nak ke USS Singapore ni, so pilih lah sahaja option yagn ada seperti :

1. Naik bas dari Kuala Lumpur - Stesen Larkin, JB..naik bas dari sana masuk Singapore then stop di stesen MRT, naik tren terus ke USS
2. Drive sendiri dari KL ke USS
3. Naik flight ke Senai Airport JB, naik bas dari Tune Hotel (ni cara yang JM buat)
4. Naik flight ke Singapore, naik train ke USS

Jika ingin info yang lebih detail klik di Panduan ke USS

Keluar sahaja dari arrival hall terus cari kaunter yang menjual tiket teksi ke Tune Hotel dengan harga RM44 sebuah teksi. Jarak perjalanan lebih kurang 30 min bergantung kepada traffic. Semua sedia maklum ye kalau booking tune hotel ni tidak seperti hotel-hotel lain harga sebilik adalah all in, tapi kalau tune hotel harga mengikut apa yang kita nak sebagai contoh kalau bilik berkipas tanpa aircond harga lain dan jika tanpa toiletories harganya lain. So kiranya bayar apa yang kita nak je.

Sampai di hotel jam 10.00 pagi jadinya belum boleh check-in kerana early check-in jam 2.00 petang. Alamak, apa kami nak buat ni almost 4 hours baru leh check in, bila minta check-in je terus perlu bayar RM15..tak kisah lah kan leh lepak dalam bilik, sekali check bilik yang kami booking jenis Quad room belum di kemaskan lagi dengan alasan tak cukup houskeeper..haish ..geram betul.

Tune Hotel, Danga Bay, Johor Bahru
Oleh kerana tiket bas ke USS esok belum dibeli, so keluar dari pintu hotel tu aaa Syarikat Odessey yang terletak betul-betul bersebelahan kedai 7-eleven. JM beli tiket untuk 4 orang pergi dan balik dengan harga RM30 seorang dan jika beli melalui Tune Hotel semasa booking bilik boleh dapat harga RM25.00 seorang. Jadi esok pagi seawal jam 7.30 pagi kami perlu menunggu di pintu masuk hotel kerana bas akan bertolak dari sana.

Kaunter syarikat bas Odyssey tu terletak di bawah tangga tu
Beli tiket bas kat sini. Mereka juga menyediakan tiket untuk ke Legoland. Kalau belum belim tiket ke USS pun boleh beli kat sini tapi agak mahal
Sekiranya risau tiket bas habis kalau nak beli on the spot boleh booking dulu :

ODYSSEY LUXURY LINER
Shuttle Service/Package Universal Studio
From Tune Hotel - USS - Tune Hotel

Alamat :
Tune Hotel Danga BAy
Lot PTB 22819, Jalan Skudai Mukim
Bandar Johor Bahru
80200 Johor Bahru

Person In Charge : Roslina
Phone No : 017 - 718 5022
Email : rosefashionista@gmail.com

Terdapat 2 pilihan masa bas bergerak ke USS samada 7.30 pagi (pergi) - 7.30 mlm (balik) atau 10.30 pagi (pergi) - 10.30 mlm (balik). Sudah semestinya naik baik seawal pagi kan sbb USS pun tutup jam 6.30 petang.

Selesai urusan beli tiket, tanya pada recceptionist di kaunter apa yang menarik di sekitar JB ni kerana belum boleh masuk bilik mahu ronda-ronda kawasan sekitar kemudian beliau menyatakan bahawa tiada tempat yang menarik selain Legoland dan shopping mall. Maybe ada tempat menarik tapi beliau tak tahu..JM pun tak pasti. Bila di tanya berkenaan Dangan Bay, beliau tidak syorkan kerana dalam proses penambakan...tidak berbaloi untuk ke sana.

JM tengok waktu tu masing-masing mata dah kuyu je sebab pagi tadi bangun jam 4.00 pagi dek kerana nak naik flight jam 7.15 pagi. So kami decide nak tidur di surau yang di sediakan di aras 1 sehingga waktu check in.

Jam 2.00 petang check-in dan terus lah lepak dalam bilik sehingga ke malam dan buat aktiviti bebas. Keluar cari makan tengahari dan makan malam je di kedai-kedai yang berdekatan dengan hotel.

Sekiranya korang tak nak menginap di Tune Hotel boleh juga cuba KOZI Hotel yang terletak di kawasan berhampiran. Jika mahu maklumat lanjut boleh rujuk di KOZI Hotel. Selain dari itu terdapat beberapa lagi hotel di kawasan yang sama seperti Hotel Budget di Danga Bay JB. Mohon jasa baik tuan punya blog JM letak link blog beliau di sini.

Kalau korang tak nak menginap di hotel pun boleh, drive dan parking je di kawasan Tune Hotel tu, terus je naik bas ke USS.

End of day 1 tanpa aktiviti menarik yang di lakukan.

Jumpa lagi dalam next entry bila JM ada kelapangan ye..babai!!

Wednesday, December 4, 2013

Tiket MURAH ke Universal Studio Singapore!! Betul ke?

Assalamualaikum dan salam sayang semua!!!!


Siapa ingat lagi entry ni : Last Trip in 2013 : Pergi tak jauh


Tiket flight Air Asia telah di beli pada 15 Jan 2013 dengan harga RM38 return ( RM0 fare dan cuma bayar airport tax dan fuel surcharge) dari KL - Johor Bahru. Semasa beli tiket tu tak pikir apa yang menarik kat JB tu selain dari LegoLand kan. Travel sebenar pada 17/11/2013 - 19/11/2013.

Apabila di pikir-pikir semula, pergi Universal Studio Singapore je lah....oleh itu bermula lah misi mencari tiket masuk ke USS tu. JM mendapat info dari sebuah blog INI terima kasih kepada tuan blog kerana kongsi info ni.

Cara untuk  membeli tiket masuk ke Universal Studio Singapore (USS)

1. Beli secara  ONLINE melalui website Resort World Sentosa

Harga tiket Online
Ticket Type :
One Day Pass : SGD74 (~RM193 - Adult (Age 13 to 59)
                       : SGD54 (~RM140 - Child (Age 4 to 12)

Korang rasa MURAH ke MAHAL harga tiket tu....tapi kalau beli time promosi maybe lebih murah kan sebab harga tiket mengikut musim sama ada peak season atau low season.

PERCAYA atau TIDAK....JM dapat harga tiket RM150 untuk dewasa dan RM115 untuk kanak-kanak...bagaimana caranya..ahaaa...begini..

2. Cara kedua adalah beli melalui Agent

Rosmanizah Abdul Rahman
ARISSA Trading (001958108-k)

Hp No : 012-394 9154 (Viber, Whatapps, Tango, Lime)
Tel No : 03-8925 9852

Facebook: Rosmanizah Abdul Rahman

Account No :
CIMB - 12370003839200 Rosmanizah Abdul Rahman
Maybank - 562021611134 Rosmanizah Abdul Rahman
Maybank - 112026898614 Rosmanizah Abdul Rahman

Apa yang JM buat adalah :

i. Mula-mula JM call Puan Rosmanizah melalui no talian yang disertakan dan memaklumkan berkenaan pembelian tiket ke USS
ii. Kemudian beliau minta hantar maklumat detail berkenaan tarikh masuk ke USS dan bilangan tiket yang ingin di beli (bilangan dewasa dan bilangan kanak-kanak), email kepada lan_ieza@yahoo.com
iii. Beliau akan email kembali berapa harga tiket seorang dan buat bayaran ke akaun seperti yang di nyatakan di atas.
iv. Selepas bayaran dibuat, beliau akan hantar attachment ticket melalui email 2 hari sebelum tarikh ke USS
v. Cetak ticket yang telah di email menggunakan kerta A4 dan tiket itu nanti akan di scan di pintu masuk USS

Ticket USS for Adult
Ticket USS for Child
Senang, mudah dan murah bukan....kalau ada peluang lagi ke USS, JM akan booking terus ticket melalui beliau dan Highly Recommended!!!

So tunggu apa lagi...kalau sesiapa yang ada keinginan untuk ke USS dan masih mencari-cari harga tiket yang murah sila ikut cara JM ni...

Nak tahu kisah JM bercuti ke USS...tunggu next entry ye...

Friday, November 15, 2013

Last Trip in 2013 - Pergi tak jauh

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Bording Pass - pegi JB pun naik flligt?

Pergi tak jauh ..JB jer...oleh kerana return tiket RM38 return so rembat je lah...

Betul ke gi JB je....alang - alang dah sampai sempadan Singapore tu....pegi je lah ke USS Studio tu..ahaksssss...ssshhhhhhh

Jumpa lagi.....babai!!