ads one

Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

Happy New Year : 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,



"Selamat Tahun Baru 2014"



Hari pertama tahun baru ni kawan-kawan ke mana?...JM lepak je kat rumah kerana rumah ku syurga ku ahaha...alasan je tu...sebenarnya JM ni tak suka sangat bersosial TAPI kalau ada member ajak keluar ON je.

Walau di mana sahaja kawan-kawan berada JM nasihatkan sentiasa berhati-hati dan enjoy your life. Hidup hanya datang sekali jadi penuhi lah dengan perkara-perkara yang di redhai Allah agar kita selamat di dunia dan di akhirat...tiba-tiba je kan heee.

Ramai rakan ofis JM ambil cuti sehingga 05 Jan 2014 kerana menguruskan persekolahan anak-anak dan sunyi sepi je opis pada waktu ni. Bagi yang bujang datang kerja seperti biasa tetapi ada juga yang ambil peluang cuti tersepit ni untuk pergi melancong. Sebut pasal melancong, mesti ramai rakan travel JM dah ada schedule yang padat untuk tahun ni kan...alaahh..kata orang..JM pun sama kan ehehhehe

Meh JM bagi 'hint' sikit...semua tempat yang JM akan pegi ni kebanyakan semua rakan travel dah pergi ke sana..so sekarang turn JM pulak...it's not about destination BUT it's about journey kan..setiap orang akan mengalami pengalaman travel yang berlainan walaupun destinasi yang sama. Semoga Allah panjangkan umur dan permudahkan segala urusan agar JM sampai ke destinasi impian ni Aminnn. Kita hanya merancang Allah yang tentukan sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah.

Semua gambar adalah ihsan dari google.com

Januari 2014

Destinasi 1
Destinasi ke -2

Februari 2014

Destinasi - 1
Destinasi - 2

Mac - April 2014

Destinasi - 1
Destinasi - 2
Destinasi - 3
Destinasi - 4

September 2014

Journey for 16 days

Oktober 2014

Destinasi - 1
Destinasi - 2
JM pasti ramai yang dah tahu lokasi yang JM maksudkan ini dan ia bukan lagi RAHSIA...semoga semua berjalan lancar seperti di rancang...Amin...Kepada kawan-kawan travel di luar sana teruslah mengembara kerana dengan cara itu kita boleh melihat kebesaran Allah.

Ayat yang sentiasa bermain di minda JM "Jika kita permudahkan urusan orang lain..Allah akan permudahkan urusan kita..Amin"

Akhir kalam bukan niat JM nak menunjuk-nunjuk tapi sekadar perkongsian info dan maklumat....kepada pembaca setia blog JM..keep on reading and i love u guys..kepada follower baru..thanks all..

Jumpa lagi byeeeeeee

Monday, December 9, 2013

JM terima sobiner lagik!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Entry kali ini tiada kaitan dengan travel tetapi berkenaan barang yang JM terima dari rakan yang travel.

Terlebih dahulu JM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi follow, baca dan komen blog JM ni...terima kasih tidak terhingga juga kerana sudi meluangkan masa membaca celoteh dan bebelan JM ni...sayang kamu semua...

JM nak kongsi sedikit perasaan gembira dan senang nya dalam hati bila balik rumah, tengok dalam peti sejuk surat ada benda ni...TERUJA sangat you oulssss...JM dapat something from someone...ehh..secret admire ke...ahaks...perasan lah tu kan..

Poskad!!!...korang mesti dah tahu daripada siapa kan?
Siapa lagi kalau bukan dari TT Boy yang travel seorang diri ke kepulauan Borneo tu...alahh..agak frust kat situ ..ingatkan ada secret admire ahahaah...jangan marah ye TTBoy....gurau jek
Terharunya dapat poskad..jauh datang nya tu..terima kasih TT Boy..
Thank you very much TT Boy...i'm really appreciate it. 

Belum habis di situ kerana nampak pulak sampul berwarna putih yang tebal..ehh..apa pulak ni...tengok-tengok..jeng..jeng....ada lagiiiiiiiiiiiiiiii.....

Kepada Jejari Manis katanya..ahaks...jari je yang manis....
Daripada siapa yer...korang kenal tak?

Yer..dari Emy Takeshi..salah sorang rakan blogger JM ni...thanks dear :-)
Nak tahu apa yang ada dalam sampul tu..sudah tentulah fridge magnet kan...suka..suka..suka...terima kasih Emy kerana ingat pada JM...bukan sekeping tapi berkeping-keping, hampir penuh peti sejuk kat umah yang comei itu.

FM dari Hong Kong, Penang, Macau dan Cambodia
Terima kasih Emy...I'm realy like it..

Ada sambungan lagi...semalam tarikh yang paling cantik 11.12.13 (Rabu) JM terima lagi surat you oulsss.....dah mula senyum lebar..nak tahu dari siapa tak?


Sampul surat daripada kak Ita
Kak Ita...siapa tak kenal kak Rozita penulis blog http://kasihrozita.blogspot.com boleh baca kat blog ni...banyak cerita travel menarik yang di kongsi. Apa yang JM dapat..sudah tentu lah Fridge Magnet kan....terima kasih Kak Ita ...sayang sama kamu XOXO heeeee.


Fridge Magnet from Melbourne
Belum dapat pergi Melbourne..dapat FM pun dah syukur...Alhamdulillah..ingat jugak akak pada JM..... :-)

Nak tahu citer ke USS best ke tidak..Tungggggggggguuu!!!

Tuesday, August 13, 2013

Kad Raya from SomeOne?

Asssalamualaikum kengkawan semua,


Dah start kejer ke belum ni atau masih dalam mood beraya. Ahaaa..JM..raya ke 5 dah start keje you oulssssss..Kebanyakan ofismate JM mula kerja on 19 Ogos..lama kan dorang cuti. JM tak boleh cuti raya lama-lama..end of Ogos akan bercuti selama 5 hari so perlu berkorban kat situ.

Meh sini..dekat-dekat sikit JM nak kongsi satu berita gembira nih heeeeee...Apa yang gembira sangat tu..ye lah..kalau korang nak tahu dah bertahun-tahun JM tak hantar atau mengepos kad raya kepada kawan karib dan sahabat handai ni..bukan itu sahaja dah lama tak terima kad raya pun..seingat JM last sekali waktu belajar di Uitm dulu lepas tu semua ucapan di sampaikan melalui khidmat SMS, Facebook, Twitter dan seangkatan dengannya.

Zaman sekarang ni orang lebih suka menggunakan media sosial termasuklah BLOG kan untuk menyampaikan Ucapan Selamat Hari Raya tu..semua di hujung jari je.

Bila dah lama tak terima kad raya ni...baru-baru ni bila bukak je peti surat...taraaaaaaaaaaaa..surprise JM tau..secret admire mana pulak yang hantar nih...JM ada peminat ke...ahahah...perasan..JM..JM..kalau ko tu selalu kuar paper macam blogger kaki berangan tu..baru lah boleh nak berangan kan..heeee

Kad Ucapan Selamat Hari Raya
Mesti korang tertanya-tanya kan..siapakah gerangan yang hantar kad ucapan tu...ehehehe..tengoklah sendiri..ada tertera kat bawah tu..terima kasih beribu lemon kepada yang menghantar yer...Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin jugak kepada blogger dan isteri tersayang yer. Kad ni telah JM gantung di dinding partition kat opis ni haaa.

Terima kasih kepada blogger ituewww
Alahh..JM ni baru dapat satu je kad raya dah nak heboh satu dunia kan.....bukan macam tu..sebenarnya JM amat hargai akan pemberian dari kawan-kawan so JM nak kongsi lah kat sini...betul tak?...Jangan jelessss tau heeeee.

Hari raya tempoh hari sempat jugak JM bergambar bersama beberapa orang adik kesayangan JM tu, adik lelaki tu adik kembar yang no 7, dua orang lagi tu adik perempuan JM yang no 4 dan No 6. So siapa tahu JM ni anak yang ke berapa?...cer teka...cer teka...hihhihi..kalau betul pun tak hadiah tau...just suka-suka je

With my younger sister and brother
Salam sayang from JM...muaachhhh

Selamat Hari Raya Semua....selagi belum habis bulan Syawal..suasana raya masih terasa kan...

Monday, August 5, 2013

Salam Syawal 1434H dari JM

Assalamualaikum dan Salam Syawal semua,


Kepada semua pembaca blog JM dan juga rakan blogger sekalian,

Sumber : google - tak sempat nak create sendiri

Di kesempatan ini, JM ingin mengucapkan Salam Syawal, Salam Lebaran dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma tidak berapa hari lagi. Kemeriahan sudah terasa di sana-sini dan lagu-lagu raya mula berkumandang di corong-corong radio termasuklah di dalam blog JM ni heeeee

Kepada rakan pembaca dan pengkomen dan follower setia yang tak jemu-jemu baca dan komen blog JM ni..dengan hati yang tulus Ikhlas ingin memohon maaf dari segala kekhilafan, kata-kata yang menyinggung perasaan korang semua samada JM sedar atau tidak. Seperti semua sedia maklum kita hanya manusia biasa dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Walaupun perkenalan hanya melalui alam maya, tetapi kemesraan jelas terasa. JM amat terharu kerana mendapat sokongan daripada semua..

Meh JM senaraikan beberapa nama yang JM ingat antaranya Ayu Fatarina, Henry Fox aka John, Janggel, Kak Anash, Orga, En Mie, Shidah Ramli (SR), Dila Bangi, Zila, Yong ASP, Pencerita Maya, Aza (White Moon Riders), Zette, Lieya Von Jay, DJ, Dekdaa, Linda Yusoff, Mrs. Smile, Azra, Time Traveller, Syieda, Norh, DATT, Kak Haneem, Nina Hamdan, Farel, Kak MP, Kak Cho Zila, Kak Ita, Putri Maryam, BibiEr Karim, Emy tak kecik, Zaraab, Hang Dhanim, Zura Lee, Gadis Bunga, Supermeng, Irfa, Cik Viva, Wak Gelas, Fatt, Kak Nori, Intan Lavender, Zilla, Cik Da, Kak Kiah, Ciku, Ako, Dzuchan, Liza, Liz, Faricika, Myra Elmira, Hani, Bunda, Maya Dhira, Hafizah Ayu, Dedemoxx, Maya Dhira, TravellogAku, BlogMalas, Zura Ahmad, Syaral, Beb dan ramai lagi...kalau nama tak tersenarai kat sini JM mohon maaf dan kaborkan yer

Kepada silent reader di luar sana terima kasih sudi singgah dan baca blog yang tidak seberapa ini dari segi penyampaian dan olahan bahasanya..apa-apa pun JM harap korang semua enjoy dengan blog ni ye.

Kepada yang pulang ke kampung, hati-hati semasa memandu dan jangan lupa mulakan perjalanan dengan doa menaiki kenderaan semoga Allah pelihara sehingga sampai ke destinasi.

Akhirnya kalam..JM love you oulssss dan Selamat Hari Raya Aildil Fitri.

Jumpa lagi..bila tuan blog cuti..so tiada entri baru maybe sehingga raya ke -4 nanti. Kalau ada rakan pembaca dan blogger ada buat open house, sudi-sudilah jemput JM yer..hihihih...buat muka tebal nih

Wasalam.

Thursday, February 21, 2013

Keputusan dari MARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan blogger dan pembaca semua..

Sambungan dari entri yang lepas...

Terlebih dahulu JM nak ucapan perkataan ni....I Lovee u olllllllllss kepada rakan blogger sudi memberi komen yang penuh katan-kata semangat berkaitan kes nama JM kena blacklist from MARA.

MARA oh MARA...Majlis Amanah Rakyat...

Kepada sesiapa yang baca entri JM sebelum ni mesti tahu kenapa tiba-tiba keluar kisah MARA ni..bukan MARALINER ye tapi pinjaman MARA...ada ke yang sambung belajar tapi tak buat pinjaman MARA..ehehe..JM lah tu...JM guna duit sendiri (kerja sambilan selepas SPM)....yo lah..time JM belajar dulu kat UITM jer...masa tu belanja tak banyak..boleh survive lagik..kalau zaman sekarang ni..nak belajar perlu buat pinjaman..kalau tidak melalui MARA mesti ada yang melalui PTPTN kan.


Tapi kalau dah tak buat pinjaman..kenapa nak risau kan...

Apa tidak nya..JM kan jadi penjamin kepada adik...pastu terima lak surat BLACKLIST sebab belum bayar tunggakan...kalau nak tahu lebih detail leh rujuk entri sebelum ni yer..

Kemudian hari ini JM boleh senyum LEBARRRRRRrrrrrrrrr...HOYEE..HOYEE...sebab apa..MARA call maklumkan bahawa selepas JM submit surat pengesahan yang adik masih belajar, so MARA boleh buat penangguhan pembayaran sehingga 6 bulan selepas adik JM tamat belajar dan nama dah release from blacklist...sukanya..sukanya..Alhamdulillah...syukur Ya Allah....dan juga sangat-sangat berterima kasih kepada semua rakan blogger yang memberi komen dan kata-kata perangsang kepada JM. Walaupun kita tidak pernah bersua muka, hanya berdialog di alam maya...korang sentiasa di hati JM tau..

Tiada yang suka nama kena blacklist kan...Geram betul ngan adik ni, memula belajar kat UTP pastu sambung pulak kat UITM..tapi dia tak maklumkan kepada MARA..so dorang akan hantar surat minta utang.

Jadi nasihat JM kepada semua peminjam..better bayar secara ansuran walaupun sedikit bagi mengelakkan kes macam JM ni eh..

Akhir kalam..JM boleh enjoy di HatYai nanti....cukup-cukup lah masalah yang datang tu...Amin...
Jumpa lagi selepas JM balik dari HatYai eh..jgn rindu rinduan tau...ahakksssssss
*Nak pegi tukar duit jap*

Wasalam...