ads one

Friday, November 1, 2013

From GC to Sydney, NSW : Royal Botanic Garden

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog JM yang di kasihi,


"HAAaalllooooooooooooooo....anybody home"

Waduh...waduh...lama betul tak update blog dan nak blogwalking kawan-kawan pun tak sempat....arghhh.....rindu dendam sama kalian semua.....curik-curik masa pepagi dan time rehat je jengah blog kawan-kawan tu...mesti korang pun dah tak ingat akan kewujudan JM ye dok....jangan lah macam tu JM masih setia di sini.

Story percutian di Sydney belum habis lagi dan sekarang dah masuk bulan November 

Siapa ingat lagi..last entry JM stop at Botanic Garden kan..okey...meh kita sambung story...Alahh..JM ni citer Sydney dah basi lah..ada lagi ke orang nak baca?...alah..biar lah..manalah tahu ada segelintir pembaca di luar sana memang menanti-nanti sambungan entri ni kan..

Dari Sydney Opera House tu boleh ke Royal Botanic Garden just bersebelahan je dan tempat ni memang ramai orang berjoging, bersantai dan ada yang duduk lepak-lepak bersama pasangan (part ni yang JM Paling suka ehehehe).


Royal Botanic Garden : From Opera House Gate to Mrs Macquaries Point
Sebenarnya dari Opera House Gate kami nak ke Mrs Macquaries Point sebab dari sana boleh dapat view OPH dengan lebih jelas dan nak bergambar di depan Mrs Macquaries Chair. Cuba lihat gambar kat atas tu kedudukan  Mrs Macquaries Point.

Mrs Macquaries Point : Vantage point for photographing the Opera House and Harbour Bridge
Mrs Macquaries Chair : An early 19th century carved rock ledge seat from where Elizabeth Macquarie, the Governor's wife, watch the Harbour (ahahahha..sbb tu JM nk ke sini...berangan like Governor's wife)

Tak jauh dari OPH gate to Mrs Macquaries Point ni dalam sepoloh minit je..walaupun cuaca panas...dingin je tak perlu pakai jaket..

Tu ha..10 minit je nak ke Mrs Macquaries Point
Kalau nak ke tempat lain..follow je sign yang ada tu ha
Sambil jalan-jalan tu...snap lah gambar barang sekeping dua buat kenangan....Ini lah gambar dan suasana di Botanic Garden tu.

Walaupun jam 11.30 pagi..cuaca panas tapi dingin...ramai je orang berjoging
Nampak tak...walaupun tengah boleh tido santai-santai lagi
Luas garden ni...penat jugak lah kalau nak round semua
Jalan...jalan..jalan...sambil santai-santai akhirnya sampai lah tempat yang dituju...

Turun ke bawah nati akan jumpa Mrs Macquaries Chair tu
Mrs Macquaries Chair dari sisi
Nampak tak Chair tu..aha..
Dari sini lah Mrs Macquaries tu dapat melihat Sydney Opera House dengan jelas...TAK PERCAYA?...meh JM buktikan...ini adalah bakal isteri Gabenor mana ntah...jadi model...ahahah

Aha..betul tak..boleh nampak dengan jelas kan..sila abaikan model itu.
Jom kita lihat lagi apa yang ada di sekitar Mrs Macquarie's Point ni.


Apalah yang menarik tentang toilet ni...siapa tahu?..apa? tak tahu..ok tak per lah..jom ikut JM kita ke destinasi seterusnya.ke mana lagi kalau bukan ke Bondi Beach. JM lihat jam di tangan pukul 2.00 petang, so terus gerak ke stesen bas yang terletak di Circular Quay train sation. perlu patah balik ke SOP (Sydney Opera House). Seperti yang JM pernah khabarkan sebelum ni walaupun jam 2.00 petang masih ramai lagi orang berjoging dan beramas mesra...SEBAB APA?..sebab cuaca yang sejuk dan nyaman..

View sekiar luar OPH : Ada orang berjoging, berdating, makan tengahari dan membaca
Akhirnya kami sampai semula di Circular Quay train station..bukan nak naik train tapi nak naik bas ke Bondi Beach. Kat sini ada banyak bus stand dari A sampai E kalau tak salah JM dan setiap bas stand tu ke destinasi yang berlainan.

Circular Quay Train Station
View sekitar Circular Quay Train Station
Bus Stand menyediakan informasi jadual perjalanan dan destinasi bas
Okey...kawan-kawan...untuk story perjalanan ke Bondi Beach...bagaimana nak ke sana, which bus and bus stand nak tunggu, bus no berapa dan kat mana nak stop...boleh tak JM sambung dalam next entry...boleh la...boleh la....dah penat JM mengarang ni heee....macam lah panjang sangat menulis nyer...gambar je yang banyak..

So akhir kalam...nanti JM sambung yer....selamat berhujung minggu & happy deepavali...pesta CAHAYA

Thursday, October 24, 2013

Awayyyy Again!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Minggu ni dan minggu hadapan tahap kebizian JM sampai ke tahap maksima dan kiranya tiada masa untuk update blog dan blog walking. 

Esok JM akan pergi bercuti selama 3hari 2 malam, jadi kawan-kawan di luar sana jangan rindu-rinduan pada JM tau. Meh JM kasi flying kiss sikit kepada semua reader yang setia ituewwww...Ramai sangat tak tersenarai kat sini ..giteww...eheheeh.

Doakan JM selamat pergi dan kembali yer....macam nak pergi Mekah pulak...Ini adalah trip untuk kali ke -3 ke sana dan kebanyakan rakan pembaca boleh agak kat mana kan...dah tak suspend lah eheheheh

Siapa tahu kat mana tempat ni - sumber : Google
Ahhahahaha...mesti tahu yer tempat yang femes di kalangan rakyat Malaysia terutama golongan wanita tu. Eh cukup ke 3 hari 2 mlm tu..alahh..cukup lah tu pergi semata-mata nak shopping jer ..pastu lak ni kan trip kali ke-3 you oulsss.....nak shopping lah sangat..macamlah duit berkepuk-kepuk..tidak sebenarnya..just lebih kepada sebagai tourist guide kepada kawan JM yang sorang ni..festime ke sana...Tourist Guide lah sangat heeeee

Tunggu sambungan cerita trip ke Sydney selepas JM balik nanti ye...

Bai..tata titi tutu heeeeeeeeeeee

Sunday, October 20, 2013

From GC to Sydney, NSW : Sydney Opera House & Harbour Bridge

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Kenapa lah sejak akhir-akhir ni JM agak kemalasan nak update blog...TAPI rajin sangat baca blog kengkawan. Percutian ke Sydney sebulan sudah berlalu, tapi story belum bermula lagi. Aduhai..JM..JM..kalau lah malas nak makan kan bagus..boleh kuruskan sikit berat badan kan..ini tidak....kalau bab makan rajin je.....

Oleh kerana masih dalam MOOD malas, so di pendek kan cerita moh ikut JM...ke mana kami pada hari pertama di Sydney. Last entry JM story akan ketibaan di sini kan, so hari ni nak story aktiviti pada hari kedua pulak.

Seperti biasa bangun seawal pagi, selepas solat teruskan sediakan sarapan pagi. Ye lah...dah disediakan kitchen, rice cooker pun dah ada...kita masak dulu. Apa menu kami pagi ni...meh tengok.

Nasi putih dan sambal ikan bilis brahim's..pedulikan rupa pinggan tu..kalau masuk master chef ni mesti fail


Selesai makan, JM pergi ke balkoni untuk lihat view kat luar.. sekali nampak bangunan Market City...so terdetik lah dalam hati..wahhhh ini sudah cukup baik..dekat dengan pasar basah..boleh beli barang-barang dapur untuk masak nanti.

Market City - View from balcony
View Sydney City from balcony
Apabila semua dah ready..jom kita gerak ke destinasi pertama hari ini..ke mana lagi kalau bukan ke Circular Quay di mana terletaknya Sydney Operasa House dan Harbour Bridge tu. Turun sahaja ke lobi hotel..minta pada receptionist Sydney City Map..kat atas map tu terdapat information detail about attraction place and location serta no bas yang boleh di naiki...mudah bukan. Pagi tu cuaca agak sejuk..haruslah JM menerai winter coat yang baru di beli di Target Cold Coast tu..merah pun merah lah...dari jauh dah nampak kelibat JM kan..arghh..pedulik semua tu heee....

Receptionist counter Breakfree On George
Sebenarnya terdapat 2 entrance ke hotel ni tau..kalau keluar ikut entrance pertama seperti gambar di bawah tu....belok ke kanan jalan terus je ke hadapan untuk laluan ke Central Station. Jika belok ke kiri untuk ke bus top ke Circular Quay...memang JM suka lokasi hotel ni amat strategik.

Entrance pertama - keluar ikut tangga tu
Jika keluar ikut entrance kedua seperti gambar di bawah...bersebelahan Market City dan China Town....kiranya keluar je dari entrance tu terus nampak bangunan Market City tu..dekat yak amat you oulsss..memang enjoy..TAPI biasalah..kalau lokasi menarik tengah-tengah bandar ni harga bilik pun agak mahal lah kan.

Breakfree On George Entrance ke -2 , View pada waktu malam
Okey...hari ni kami nak ke Circular Quay tapi sebelum tu perlu beli dulu MyMulti3 pass seperti kad touch n go tu yang akan digunakan untuk naik public transport kat Sydney termasuk bus, ferry dan train tapi tidak termasuk Airport Train dan Free Shuttle Bus hokey. Kenapa perlu MyMulti3 ni?..kat mana nak beli?..berapa harganya? selain pass tu ada yang lain ke tak?..mesti semua ada tertanya-tanya kan..Okeh..meh sini JM tolong explain. Tapi sebelum tu nak tengok tak rupa MyMulti3 ni...

MyMulti3 weekly pass
MyMulti - One ticket can cover all your travel requirements in and around Sydney.
Features:-
• Unlimited travel on public and private buses and Sydney Ferries services
• Unlimited travel in the relevant CityRail zone
• Options include Central Coast, Blue Mountains, the Hunter and the Illawarra regions
• No limit on how many times you may change modes
• Caps your weekly travel costs

Terdapat beberapa jenis MyMulti ticket pass...so boleh pilih yang mana bersesuaian dan kami memilih MyMulti3 dengan harga AUD61 valid for one week. Kiranya boleh guna sebanyak yang mungkin dan memang berbaloi.

List of MyMuti type
MyMulti tiket boleh di beli di Airport, Train Station atau kedai serbaneka seperti 7-eleven camtu. Pagi tu kami keluar ikut entrance yang pertama, belok arah ke kanan dan jalan terus ke hadapan, betul-betul di T - Junction ada kedai serbaneka dan kami beli MyMulti3 kat sana. Dari T- Junction tu akan nampak Market City sebelah kanan..wahh...menarik ni..tak sabar nak sopping menyoping kat sana nanti.

Inilah Market City dari T - Junction tu..nampak warna hijau tu..rupanya..kat situ Paady's Market
Kita tinggalkan dulu cerita berkenaan Market City tu sebab pagi ni kami akan ke Sydney Opera House so bagaimana nak ke sana dari George Street ni..aha..tak perlu risau meh JM bagi direction kerana kalau nak ke sana boleh naik bas atau train. Kalau nak nak train boleh follow direction ni.

Train to Circular Quay from Central Station :
1. Kalau menginap di Breakfree on George, senang sahaja..keluar dari entrance 1 hotel gerak arah ke kanan jalan terus ke hadapan melintasi beberapa kedai. Tak jauh jalan nya dalam 5 -10 min je bergantung kepada kadar lenggangan.
2. Jika menginap area Geroge Street, pastikan cari sign hotel seperti di bawah
3. Jalan sehingga jumpa Backpacker 790 On George sebelah kiri, terus cross jalan
4. Kemudian jalan terus ke hadapan melalui Sydney Central YHA
5. Jalan terus lagi sehingga jumpa Central Station.
6. Naik train dari Central Station and stop at Circular Quay Station..pastikan masuk platform yang betul sbb Cental Station ni besar dan luas. Boleh guna MyMulti tiket tu

Boleh lihat gambar dibawah untuk lebih jelas.

Sebelah kiri jalan akan nampak hotel ni..so cross arah ke hotel ni
Kemudian jalan terus ke hadapan melalui Sydney Central YHA
Jalan terus lagi..dari jauh akan nampak Clock Tower ni
Aha...kat sini lah Central Station tu
TAPI kami tak naik train sebab dari Breakfree On George Hotel berdekatan dengan bus stop..so kami decide nak naik bas je..balik nanti baru naik train. Ayuh..kalau nak naik bas pulak :

1. Keluar dari entrance 1 hotel tadi..belok arah ke kiri
2. Jalan terus ke hadapan dalam beberapa meter dah sampai bus stop
3. Naik bus no 423 - Circular Quay, berapa tambang mmg JM tak tahu coz just slot in je MyMulti pass ke  dalam mesin..terus gerak
4. Bus akan final stop di Circular Quay..so tak perlu risau

Mari kita layan dulu aksi-aksi wajib kami tu....

View sekitar Cicular Quay Railway Station
Circular Quay Station
Kalau di lihat dalam gambar kat atas tu..nampak tak arrow ferry...aha..kat sini terdapat beberapa Wharf dari 2 - 6 dan ke destinasi berbeza..so tak perlu risau..setiap Wharf terdapat information yang detail..so pilih je mana-mana destinasi yang hendak dituju.

Wharf 2 - The Manly Esplanade, Taronga Zoo
Wharf 3 - The Manly Esplanade
Wharf 4 - Kirribilli, North Sydney, Neutral Bay,Kurraba Point (line Merah)
Wharf 5 - Luna Park, Darling Harbour          

Jalan je depan Wharf ni untuk ke Sydney Opera House...seperti sign dalam gambar di bawah
Antara kapal-kapal yang berlabuh di Circular Quay
Cuaca pada hari ini amat cantik sekali...nyaman..udara sejuk...langit cerah....wah bahagia betul. Jangan tak tahu dek kerana cuaca nyaman walaupun jam 12.00 tengahari dan ramai sekali orang-orang berjogging..kalau kat msia..waktu macam tu nak berjogging mesti orang akan anggap tidak siuman kan.

Follow je sign ni
Dari jauh dah nampak Harbour Bridge
Yeay..dah sampai di MERCU tanda Sydney tuuuuu
Kami memang kagum dengan architect dan design Sydney Opera House..memang cantik dan unik...Sebelum ni asyik baca blog kawan-kawan yang pernah jejak kaki ke sini....so sekarang giliran JM pulak....alhamdulillah....kepada kawan-kawan di luar sana yang belum pernah sampai ke sini..sila..sila...memang best. Jangan bosan ye..coz byk betul gambar nak di kongsi kat sini.

View sekitar Syney Opera House dan Harbour Bridge
TIBA-TIBA JM terpandang gelagat salah seorang pakcik kat sini...agak-agak korang apa yang dia sedang buat tu...

Nampak tak..gigih benar dia kan...
Nak tahu apa yang buat...rupanya dia sedang membersihkan tahi-tahi burung kat situ..nampak tak warna-warna putih yang melekat tu...Inilah rupa burung tu..

Nakal tau burung ni...syuh..syuhh...epg berak jauh-jauh..kesian pak cik tu
Dari sini kami terus ke Royal Botanic Garden...apa yang menarik kat sana perlu tunggu next entry ye..rasa dah panjang sangat entry kali..walaupun penuh dengan gambar je sebenarnya...

Royal Botanic Garden
Apa yang menarik kat sini..TO BE COntinueeeeeeeeee

Tuesday, October 15, 2013

From GC to Sydney, NSW : Arrival

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan pembaca semua,

"Sydney ..here we come"

Lately...JM agak sibuk dan tidak berkesempatan untuk berkongsi cerita dan pengalaman bercuti ke Luar Negara tetapi hari ini JM ambil peluang yang ada untuk sambung story percutian ke Sydney. Siapa ingat lagi last entry JM stop kat mana...sila angkat tangan heeee.

TAPI sebelum tu JM nak kongsi sedikit info berkenaan Australia ni. 

Australia is divided into 6 states: New South Wales, Victoria, Queensland, South Australia, Western Australia and Tasmania and 2 territories; the Australian Capital Territory and the Northern Territory.

Map of Australia : Google
                                Cities                                    States / Territories
                                Canberra                                    Australian Capital Territory
                                Sydney                                       New South Wales
                                Darwin                                       Northern Territory
                                Brisbane/Gold Coast                 Queensland
                                Adelaide                                    South Australia
                                Hobart                                       Tasmania
                                Melbourne                                 Victoria
                                Perth                                          Western Australia

Nampak tak  route JM terbang dari GC ke Sydney..apa tak nampak..tak pe..tak pe..JM pun tak nampak
Aha...yang ini lebih jelas
Kita tinggalkan dulu citer pasal peta Australia ni..meh ikut JM pegalaman hari pertama di Sydney. Dari Gold Cost Airport kami menaiki pesawat Tiger Airway dan di jangka tiba di Sydney Airport pada jam 9.00 malam.

Bandar Sydney dari udara sebelum mendarat
Apabila pesawat mendarat sahaja terdapat shuttle bas yang sedang menunggu untuk di bawa ke bangunan Domestic Terminal. Sampai sahaja di terminal airport tidak perlu melalui pemeriksaan kastam bagai..terus je claim luggage pastu cari transport untuk ke hotel.

Bas yang akan bawak penumpang ke bangunan terminal
Nampak tak..masing-masing dengan beg yang dah beranak-anak
Sebenarnya kalau nak ke Sydney City dari aiport boleh naik Sydney's Airport Train, tambang AUD16 dan train akan berhenti di Central Station tetapi oleh kerana kami malas nak tarik beg yang berat ni, so ambil keputusan naik mini van dengan kadar tambang AUD32 return dan dorang akan hantar terus ke hotel tempat kita menginap. So tak perlu risau nak cari lokasi hotel lagi malam-malam buta tu kan..pastu time nak balik ke Airport nanti maklumkan tarikh dan masa untuk dorang pick up dari hotel.

Sydney's Airport Train
Ini lah kaunter unutk beli tiket mini van tu..tak susah nak cari kerana berada di arrival hall je
Satu je yang JM tak suka dengan servis mini van ni, lama betul kami mengunggu untuk bertolak ke hotel pada malam tu lebih kurang 30 minit menunggu tapi tak gerak-gerak lagi, so nak kill time sambil layan Candy Crush dan Facebook kerana dapat internet free di airport. Tapi sewaktu nak balik ke airport boleh pulak datang jemput on time..geram betul..kawan JM dah maki-maki kat dalam van tu..sabar je lah.

Kami menginap di Breakfree On George yang terletak di George Street, lokasi sangattttttttttttttt DEbommmm dan menarik kerana keluar je entrance hotel dan nampak Market City iaitu terletaknya Paddy's Market, bersebelahan China Town dan dalam beberapa minit sahaja jalan kaki untuk ke Darling Harbour. Kepada mereka yang ingin ke Sydney dan masih mencari-cari hotel yang Terbaeekkk..JM memang syorkan hotel ni. Jika nak tahu lebih lanjut berkenaan hotel ini boleh refer entry JM kat Accomodation

Sampai sahaja hotel, terus check in, masuk bilik..walllah wehh...bilik besar...yang penting ada tempat masak lagi..di sediakan pencuci pinggan, senduk, sudip, sudu, garpu, pinggan mangkuk dan oven. Wah..apa lagi memang tak rugi kami bawak rice cooker yang berat tu. Boleh save budget untuk makan macam ni.

Bilik besar dan bersih..ada balkoni
Bilik air pun besar
Ini lah kitchen tu
Dah masuk bilik..buat apa yang patut..pastu tidooooooooo...ZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzz...bila dah tidur habis lah story untuk hari ni...nanti JM sambung lagi story lepas bangun tido tu ek...oleh kerana entry kali ni pendek je..so tak bosan lah nak baca kan...

Nantikan sambungan Day 1 di Sydney..ke mana kami..Tunggu!!!

Kalau nak baca citer Sydney versi lain boleh terjah blog DJ dan Sharleez yer..

Selamat hari raya Qurban...byeee