ads one

Tuesday, December 17, 2013

Bersuka ria di USS Singapore : Day1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca budiman,


Ini adalah sanbungan story dari entry Tiket Murah ke USS dan kepada sesiapa yang belum membaca boleh refer sana yer.

Tengok ko...tajuk bukan main kan...bersuka ria di Universal Studio Singapore...seperti kanak-kanak ribena pulak sedangkan umur pun dah menjangkun ehem..ehem..ehem..biarlah RAHSIA asalkan hati muda baru nampak muda seperti Rozita Che Wan tu heeeeeeeeee. Tapi tak boleh lah compare JM dengan beliau jauh panggang dari api dari segala segi katanya.

Ok..malas nak celoteh panjang-panjang sebab hampir seminggu JM tak keluarkan entri baru..ada sesiapa tertunggu-tunggu tak nak baca new entry ni...harap maaflah ye..nama blog pun Jari Manis : Travel List haruslah citer pasal travel je..kalau tak ada travel ke mana-mana tak adalah citer nak di kongsi..so duduk je lah diam-diam tak gitu heeee.

Oh yer sebelum terlupa JM nak kongsi kegembiraan di sini kerana semalam pada 16/12/2013 (Isnin) JM terima POSKAD from ISTANBUL you oulsss.....sejak JM bergiat aktif dalam dunia blogging ni (ahaha...aktif lah sangatkan) dan kenal ramai kawan-kawan di alam maya, JM telah menerima beberapa keping poskad dari mereka seperti poskad dari Armsterdam (Ayu Fatarina), daripada TTBoy (poskad dari Borneo) dan terkini daripada Syieda..beliau sedang menjelajah Europe dan tak pasti dah balik Ms'a ke belum. Thanks Syieda coz ingat pada JM..eee..sayang ketat2 sama kamu. Kepada mereka yang tidak kenal siapakah orang nya..boleh skodeng kat SINI. Meh JM kongsi gambar poskad tu..belum dapat jejak kaki ke sana..dapat poskad pun jadi lah kan....

Thanks a lot Syieda..bila lah turn JM pulak nak said Instanbul aku datang
Kisah percutian ke USS ni dah lama sebenarnya iaitu pada bulan November bulan kelahiran JM..konon nya nak sambut besday di sana bersama anak saudara yang lahir pada hari yang sama dengan JM tu. Tapi misi itu tidak kesampaian kerana ibunya baru sahaja lepas bersalin, so burn je lah tiketnya. Jadi kami berempat sahaja yang avalaible iaitu adik bongsu, mak dan sorang rakan travel JM. Ini adalah trip kali ke 2 JM ke sana so tak lah begitu excited sangat.

Bertolak dari LCC Terrminal seawal jam 7.25 pagi dan dijangka tiba di Senai International Airport, Johor Bahru pada jam 8.15 pagi. Penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 45min memang tidak terasa kebosanan nya kerana belum sempat nak habiskan suapan meal yang di order dan dapat isyarat akan landing....ahaha...kelakar...

View sekitar Senai International Airport, Johor Bahru
Ada pelbagai cara sebenarnya nak ke USS Singapore ni, so pilih lah sahaja option yagn ada seperti :

1. Naik bas dari Kuala Lumpur - Stesen Larkin, JB..naik bas dari sana masuk Singapore then stop di stesen MRT, naik tren terus ke USS
2. Drive sendiri dari KL ke USS
3. Naik flight ke Senai Airport JB, naik bas dari Tune Hotel (ni cara yang JM buat)
4. Naik flight ke Singapore, naik train ke USS

Jika ingin info yang lebih detail klik di Panduan ke USS

Keluar sahaja dari arrival hall terus cari kaunter yang menjual tiket teksi ke Tune Hotel dengan harga RM44 sebuah teksi. Jarak perjalanan lebih kurang 30 min bergantung kepada traffic. Semua sedia maklum ye kalau booking tune hotel ni tidak seperti hotel-hotel lain harga sebilik adalah all in, tapi kalau tune hotel harga mengikut apa yang kita nak sebagai contoh kalau bilik berkipas tanpa aircond harga lain dan jika tanpa toiletories harganya lain. So kiranya bayar apa yang kita nak je.

Sampai di hotel jam 10.00 pagi jadinya belum boleh check-in kerana early check-in jam 2.00 petang. Alamak, apa kami nak buat ni almost 4 hours baru leh check in, bila minta check-in je terus perlu bayar RM15..tak kisah lah kan leh lepak dalam bilik, sekali check bilik yang kami booking jenis Quad room belum di kemaskan lagi dengan alasan tak cukup houskeeper..haish ..geram betul.

Tune Hotel, Danga Bay, Johor Bahru
Oleh kerana tiket bas ke USS esok belum dibeli, so keluar dari pintu hotel tu aaa Syarikat Odessey yang terletak betul-betul bersebelahan kedai 7-eleven. JM beli tiket untuk 4 orang pergi dan balik dengan harga RM30 seorang dan jika beli melalui Tune Hotel semasa booking bilik boleh dapat harga RM25.00 seorang. Jadi esok pagi seawal jam 7.30 pagi kami perlu menunggu di pintu masuk hotel kerana bas akan bertolak dari sana.

Kaunter syarikat bas Odyssey tu terletak di bawah tangga tu
Beli tiket bas kat sini. Mereka juga menyediakan tiket untuk ke Legoland. Kalau belum belim tiket ke USS pun boleh beli kat sini tapi agak mahal
Sekiranya risau tiket bas habis kalau nak beli on the spot boleh booking dulu :

ODYSSEY LUXURY LINER
Shuttle Service/Package Universal Studio
From Tune Hotel - USS - Tune Hotel

Alamat :
Tune Hotel Danga BAy
Lot PTB 22819, Jalan Skudai Mukim
Bandar Johor Bahru
80200 Johor Bahru

Person In Charge : Roslina
Phone No : 017 - 718 5022
Email : rosefashionista@gmail.com

Terdapat 2 pilihan masa bas bergerak ke USS samada 7.30 pagi (pergi) - 7.30 mlm (balik) atau 10.30 pagi (pergi) - 10.30 mlm (balik). Sudah semestinya naik baik seawal pagi kan sbb USS pun tutup jam 6.30 petang.

Selesai urusan beli tiket, tanya pada recceptionist di kaunter apa yang menarik di sekitar JB ni kerana belum boleh masuk bilik mahu ronda-ronda kawasan sekitar kemudian beliau menyatakan bahawa tiada tempat yang menarik selain Legoland dan shopping mall. Maybe ada tempat menarik tapi beliau tak tahu..JM pun tak pasti. Bila di tanya berkenaan Dangan Bay, beliau tidak syorkan kerana dalam proses penambakan...tidak berbaloi untuk ke sana.

JM tengok waktu tu masing-masing mata dah kuyu je sebab pagi tadi bangun jam 4.00 pagi dek kerana nak naik flight jam 7.15 pagi. So kami decide nak tidur di surau yang di sediakan di aras 1 sehingga waktu check in.

Jam 2.00 petang check-in dan terus lah lepak dalam bilik sehingga ke malam dan buat aktiviti bebas. Keluar cari makan tengahari dan makan malam je di kedai-kedai yang berdekatan dengan hotel.

Sekiranya korang tak nak menginap di Tune Hotel boleh juga cuba KOZI Hotel yang terletak di kawasan berhampiran. Jika mahu maklumat lanjut boleh rujuk di KOZI Hotel. Selain dari itu terdapat beberapa lagi hotel di kawasan yang sama seperti Hotel Budget di Danga Bay JB. Mohon jasa baik tuan punya blog JM letak link blog beliau di sini.

Kalau korang tak nak menginap di hotel pun boleh, drive dan parking je di kawasan Tune Hotel tu, terus je naik bas ke USS.

End of day 1 tanpa aktiviti menarik yang di lakukan.

Jumpa lagi dalam next entry bila JM ada kelapangan ye..babai!!

Monday, December 9, 2013

JM terima sobiner lagik!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Entry kali ini tiada kaitan dengan travel tetapi berkenaan barang yang JM terima dari rakan yang travel.

Terlebih dahulu JM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi follow, baca dan komen blog JM ni...terima kasih tidak terhingga juga kerana sudi meluangkan masa membaca celoteh dan bebelan JM ni...sayang kamu semua...

JM nak kongsi sedikit perasaan gembira dan senang nya dalam hati bila balik rumah, tengok dalam peti sejuk surat ada benda ni...TERUJA sangat you oulssss...JM dapat something from someone...ehh..secret admire ke...ahaks...perasan lah tu kan..

Poskad!!!...korang mesti dah tahu daripada siapa kan?
Siapa lagi kalau bukan dari TT Boy yang travel seorang diri ke kepulauan Borneo tu...alahh..agak frust kat situ ..ingatkan ada secret admire ahahaah...jangan marah ye TTBoy....gurau jek
Terharunya dapat poskad..jauh datang nya tu..terima kasih TT Boy..
Thank you very much TT Boy...i'm really appreciate it. 

Belum habis di situ kerana nampak pulak sampul berwarna putih yang tebal..ehh..apa pulak ni...tengok-tengok..jeng..jeng....ada lagiiiiiiiiiiiiiiii.....

Kepada Jejari Manis katanya..ahaks...jari je yang manis....
Daripada siapa yer...korang kenal tak?

Yer..dari Emy Takeshi..salah sorang rakan blogger JM ni...thanks dear :-)
Nak tahu apa yang ada dalam sampul tu..sudah tentulah fridge magnet kan...suka..suka..suka...terima kasih Emy kerana ingat pada JM...bukan sekeping tapi berkeping-keping, hampir penuh peti sejuk kat umah yang comei itu.

FM dari Hong Kong, Penang, Macau dan Cambodia
Terima kasih Emy...I'm realy like it..

Ada sambungan lagi...semalam tarikh yang paling cantik 11.12.13 (Rabu) JM terima lagi surat you oulsss.....dah mula senyum lebar..nak tahu dari siapa tak?


Sampul surat daripada kak Ita
Kak Ita...siapa tak kenal kak Rozita penulis blog http://kasihrozita.blogspot.com boleh baca kat blog ni...banyak cerita travel menarik yang di kongsi. Apa yang JM dapat..sudah tentu lah Fridge Magnet kan....terima kasih Kak Ita ...sayang sama kamu XOXO heeeee.


Fridge Magnet from Melbourne
Belum dapat pergi Melbourne..dapat FM pun dah syukur...Alhamdulillah..ingat jugak akak pada JM..... :-)

Nak tahu citer ke USS best ke tidak..Tungggggggggguuu!!!

Wednesday, December 4, 2013

Tiket MURAH ke Universal Studio Singapore!! Betul ke?

Assalamualaikum dan salam sayang semua!!!!


Siapa ingat lagi entry ni : Last Trip in 2013 : Pergi tak jauh


Tiket flight Air Asia telah di beli pada 15 Jan 2013 dengan harga RM38 return ( RM0 fare dan cuma bayar airport tax dan fuel surcharge) dari KL - Johor Bahru. Semasa beli tiket tu tak pikir apa yang menarik kat JB tu selain dari LegoLand kan. Travel sebenar pada 17/11/2013 - 19/11/2013.

Apabila di pikir-pikir semula, pergi Universal Studio Singapore je lah....oleh itu bermula lah misi mencari tiket masuk ke USS tu. JM mendapat info dari sebuah blog INI terima kasih kepada tuan blog kerana kongsi info ni.

Cara untuk  membeli tiket masuk ke Universal Studio Singapore (USS)

1. Beli secara  ONLINE melalui website Resort World Sentosa

Harga tiket Online
Ticket Type :
One Day Pass : SGD74 (~RM193 - Adult (Age 13 to 59)
                       : SGD54 (~RM140 - Child (Age 4 to 12)

Korang rasa MURAH ke MAHAL harga tiket tu....tapi kalau beli time promosi maybe lebih murah kan sebab harga tiket mengikut musim sama ada peak season atau low season.

PERCAYA atau TIDAK....JM dapat harga tiket RM150 untuk dewasa dan RM115 untuk kanak-kanak...bagaimana caranya..ahaaa...begini..

2. Cara kedua adalah beli melalui Agent

Rosmanizah Abdul Rahman
ARISSA Trading (001958108-k)

Hp No : 012-394 9154 (Viber, Whatapps, Tango, Lime)
Tel No : 03-8925 9852

Facebook: Rosmanizah Abdul Rahman

Account No :
CIMB - 12370003839200 Rosmanizah Abdul Rahman
Maybank - 562021611134 Rosmanizah Abdul Rahman
Maybank - 112026898614 Rosmanizah Abdul Rahman

Apa yang JM buat adalah :

i. Mula-mula JM call Puan Rosmanizah melalui no talian yang disertakan dan memaklumkan berkenaan pembelian tiket ke USS
ii. Kemudian beliau minta hantar maklumat detail berkenaan tarikh masuk ke USS dan bilangan tiket yang ingin di beli (bilangan dewasa dan bilangan kanak-kanak), email kepada lan_ieza@yahoo.com
iii. Beliau akan email kembali berapa harga tiket seorang dan buat bayaran ke akaun seperti yang di nyatakan di atas.
iv. Selepas bayaran dibuat, beliau akan hantar attachment ticket melalui email 2 hari sebelum tarikh ke USS
v. Cetak ticket yang telah di email menggunakan kerta A4 dan tiket itu nanti akan di scan di pintu masuk USS

Ticket USS for Adult
Ticket USS for Child
Senang, mudah dan murah bukan....kalau ada peluang lagi ke USS, JM akan booking terus ticket melalui beliau dan Highly Recommended!!!

So tunggu apa lagi...kalau sesiapa yang ada keinginan untuk ke USS dan masih mencari-cari harga tiket yang murah sila ikut cara JM ni...

Nak tahu kisah JM bercuti ke USS...tunggu next entry ye...

Thursday, November 28, 2013

Total Expences : Trip to Gold Coast & Sydney

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Story mory travel JM ke Gold Goast dan Sydney selama 10 hari 9 malam sudah berakhir dan kira nya JM ingin berkongsi kos secara keseluruhan yang telah di peruntukkan untuk trip kali ini.

Money..money...money..kalau banyak duit best kan
Summary of total expences :


Tiket Flight :

Kuala Lumpur - Cold Coast ( Air Asia) - 23/08/2013
(Flight Ticket +  Airport Tax + Fuel Surcharge) = RM299
( Luggage 15 kg + Meal ) = RM35
Total = RM334

Gold Coast - Sydney (Tiger Airways) - 28/08/2013
(Fare + GST Australia + Services Fee + 15kg Luggage)  = RM177.37 

Sydney - Kuala Lumpur (Air Asia) - 01/09/2013
(Flight Ticket +  Airport Tax + Fuel Surcharge) = RM537
( Luggage 15 kg + Meal ) = RM35
Total = RM572

Accomodation :

Islander Resort Hotel, Gold coast (4 night) = RM636.26

Breakfree On George Hotel, Sydney (4 night) = RM463.50

Total = RM1099.76

Entrance Free :

Theme Park Ticket (WB Movie World, Sea World, Wet n Wild Water World) : AUD 89.99 ( RM277.28) - depends on AUD rate
Currumbin Wildlife Sanctuary & Cruise Sightseeing : AUD49.95 (RM149.52) - depends on AUD rate

Total = RM426.80

Other Expences : spend duit pocket RM2023.40 = AUD670

Total keseluruhan percutian 10 hari 9 mlm for 2 city (Sydney & Cold Coast) ~ RM4,632.00

Berbaloi ke tak sebenarnya...rate hotel tu agak mahal..kalau leh tdo kat Malaysian Hall, Apartment atau Hostel bugdet must below than that.

Adiossssssssss....

Sunday, November 24, 2013

Form GC to Sydney, NSW : Queen Victoria Building & Hyde Park

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all my readers,


Ok...to all my dear friends dan blogger...ini adalah entry terakhir kisah percutian JM ke two City (Gold Coast dan Sydney) bagi tempoh 10 hari 9 mlm. Mesti ada yang dah bosan kan...tak habis-habis lagi citer ni orang lain travel ke Jepun pun dah balik, pastu ada lagi 2 org kawan kita tu nak Jepun jugak on this Winter dan sorang lagi maybe balik kampung di Korea. Bagi JM...bulan 12 nanti rehat dulu pastu baru sambung semula bulan Jan 2014. Ada lagi ke travel?....ingatkan rehat panjang...ahahah..ini lah kalau jenis suka berjalan....mana boleh duduk diam kan...tangan dah gatal ni..betul tak DJ

Hari ni Air Asia ada buat sale...FREE SEAT..ada sesiapa yang dapat beli ke..dengar khabar dari blogger Nanatron..cam frust je coz tiket nak ke Maldives MAHAL....JM dapat jugak 1 trip on Autumn next year..ke mana dan dengan siapa....biarlah RAHSIA dulu..sebab trip kali ni bersama partner baru....

Hari terkakhir bersamaan 01/09/2013 (Isnin) kami akan bertolak balik ke Kuala Lumpur pada jam 9.25 malam. Jadi masih ada banyak masa lagi dan hari ini kami akan ke Queen Victoria Building dan Hyde Park. Pada malam tu JM dah ready packing semua barang kerana esok pagi selepas sarapan dalam jam 9.30 pagi kami akan terus check-out dan tinggalkan luggage di bilik berkunci di lobi.

Untuk ke QVB dan Hyde Park serta tempat-tempat menarik di sekitarnya boleh menaiki train atau bas. Catch a train to Town Hall Station or a bus to Town Hall on George Street for the starting point. Kami menaiki train dari Central Station dan stop at Town Hall Station.

Queen Victoria Building
Queen Victoria Building in the City Centre is a renowned, beautifully maintained, 19th century sandstone building, home to over 400 stores. The stores in the building are laid out in a hierarchical style- literally. The basement level has cheap, casual-fashion stores with a food court, the street level mid-range brand-name chains and level 3 is where various Australian designers, some European labels and Italian shoe stores are located. It is one of Sydney's more photogenic pieces of architecture. Located on George St adjacent to Town Hall and Pitt St Mall.

The majestic Queen Victoria Building occupies the next block. Cross George St. and walk through the QVB, admiring the restored Victorian architecture (now occupied with yet more shops). Take the stairs or antique lifts to the upper levels for historical displays and a close-up view of the giant animated clock, as well as sweeping interior architectural views. 

Tak nak cerita panjang, meh la kita lihat bangunan ni dari bahagian luar dahulu, architechure dan design memang cantik itu belum lihat di bahagian dalam lagi.

Ini adalah senibina Queen Victoria Building dari bahagian luar
Ada jugak minah ni entertain kat sini..harus lah kannn
Jom kita lihat senibina di bahagian dalam bangunan pulak...terpegun JM pada mula nya like orang kaya pulak bila masuk sini...

Pintu masuk ke QVB
Ini adalah pintu lift
Ada free WIFI lagi
Oleh kerana terdapat FREE WIFI kami menghabiskan masa hampir 1 jam di sini, seperti biasalah bila dapat line internet free ni sibuklah update blog, FB, instagram dan twitter kan..macamlah ramai peminat...ahaksss.

Puas sudah jalan-jalan sambil ambil gambar kami keluar dari bangunan ni dan decide untuk ke Hyde Park pulak. Tak perlu rushing kerana hari ni memang santai je nak menghabiskan masa yang ada. Sambil jalan-jalan menikmati pemandangan yang cantik ni dari jauh nampak Sydney Tower.

Sydney Tower
The immense Sydney Tower soars overhead. You can enter the tower by entering the Center point shops and going up to Podium level. Tickets for the lookout at the top of the tower are moderately expensive, but provide stunning views on a fine day. Views are not so good if the pollution is bad.

Kami tidak berhasrat untuk naik Sydney Tower kerana view pada waktu siang kurang menarik jadi sekadar ambil gambar dari bawah je.

View sekitar Sydney City Centre
Jom kit jalan ke depan lagi...sehingga jumpa ST James Station
ST James Station 
Hyde Park terletak bersebelahan ST James Station dan juga Museum Station. Kepada mereka yang berhasrat ke Hype Park, boleh menaiki train dan stop di kedua-dua station ini dan begitu juga jika sekiranya naik Free Shuttle Bus CDD, just stop di tempat yang sama.

Hyde Park is Australia’s oldest park. It’s also one of the most well-known. With just over 16 hectares of wide open space in the heart of central Sydney, there is no shortage of lush grass if you want to claim a small piece of land for an impromptu picnic, or simply have a seat and take a breather. You’ll always be able to spot sunbathers clustered around in twos and threes, lazily soaking up the sun’s rays. There are also plenty of benches in the park if you want to put your feet up without ruining your Sunday best!

Welcome to Hyde Park
Tak ada aktviti yang kami lakukan di sini sekadar mengambil gambar dan melihat karenah orang-orang yang sedang bersantai di atas padang rumput yang menghijau walaupun cuaca panas tetapi sejuk. Kalau datang ke sini bersama pasangan bahagia memang menarik kerana boleh lepak-lepak, baca buku..arghh..romantik!!

Nampak..ramai kan orang lepas kat sini walaupun cuaca panas tetapi sejukkkkkkkkkkkk
Ok..turn JM lak berposing sakan hahha...sila hangan bosan kerana tuan tanah suka bergambar...

Nampak tak langit yang biru itewww..memukau pandangan
St Andrew's Cathedral is the cathedral church of the Anglican Diocese of Sydney in the Anglican Church of Australia. The cathedral is the seat of the Anglican Archbishop of Sydney and Metropolitan of New South Wales, the Most Reverend Glenn Davies, elected August 2013. The Dean of Sydney since 2003 is the Very Reverend Phillip Jensen.

Located in central Sydney, the cathedral is one of the city's finest examples of Gothic Revival architecture. Designed by Edmund Blacket, it was ready for services and consecrated in 1868, making it the oldest cathedral in Australia. Joan Kerr described St Andrew's as "....a perfect example of the colonial desire to reproduce England in Australia in the mid nineteenth century".

View di bahagian luar bangunan St Andrew Catheral
Dari sini jalan lagi ke kawasan park untuk ke ANZAC Memorial.

The ANZAC Memorial - There is a small museum to the right and ahead is a statue of a dead soldier being carried by the grieving women left behind in his life. Read the explanatory plaque and head upstairs to the main chamber where the eternal flame burns. Exit via the main doors and walk around the reflecting pool. On your right across College Street is the Australian Museum which is worth a visit in its own right if you have more time in Sydney.

Jalan menyusuri laluan ini untuk ke Unzac War Memorial
Ada City Map - tak perlu risau kalau seaat
Lokasi ANZAC War Memorial
Dalam perjalanan ke ANZAC War memorial ni terdapat beberapa pandangan yang tidak sesuai di pandang oleh mereka di bawah umur hanya mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja yang boleh lihat gambar-gambar ni.

Tugu peringatan Captain Cook
Mula - mula begini...kemudian
Kemudian begini..ha kan dah cakap....
Ada lagi...nak tengok tak...
Ini lah Anzac War Memorial Hall tu
Best kan santai-santai macam ni..haa..tak terbeliak ke mata korang...mana nak jumpa kat Msia kan
Puas sudah menjamu mata kat sini...aduhai dah kurang pahala JM bila lalu kawasan ni...ahaha..itulah tak boleh nak alihkan pandangan kalau nampak benda-benda cantik ni kan..setuju tak?

Terdapat Cafe di sediakan di area Hyde Park tetapi kepada orang Muslim tak boleh makan kat sini yer
Tengok jam dah hampir 4.30 petang so kami decide untuk balik ke hotel dan naik train di Museum Station yang terletak bersebelahan Hyde Park Cafe. Ini kerana dalam jam 5.30 petang nanti akan gerak ke airport dengan menaiki kenderaan yang telah di tempah pada hari pertama sampai di airport Sydney.

Museum Station
Cantik pulak view dalam Museum Train Station ni
Train 2 tingkat pun sampai - terus gerak ke Central Station
Menunggu kenderaan ke Airport di ruang lobi
Tepat jam 5.30 petang kenderaan yang akan bawa kami ke airport pun sampai dan lebih kurang jam 6.30 petang sampai di airport terus check-in. Airpot Sydney agak besar dan luas dan perlu berjalan agk jauh sedikit untuk ke kaunter check in. Timbul kerisauan di hati JM kerana luggage yang di tempat adalah 15kg sedangkan barang yang di beli melebihi dari itu. Jadi semua jaket JM pakai di badan beberapa lapis untuk mengurangkan berat tetapi still overweight. 

Oleh kerana tahap kerisauan agak tinggi semasa beratur untuk chek-in dengan muka yang tebal tanya pada pasagan suami isteri jika mereka masih lagi ada luggage yang kurang tetapi jawapan nya menghampakan..hah sudah..berapa pulak perlu tambah duit luggage ni..sambil beratur sambil berpeluh dan hanya mampu berdoa je dalam hati. Kemudian ada member kepada kawan travel JM ni mereka dah check-in kemudian mereka nasihatkan supaya pergi ke kaunter seorang uncle tu..orang nya agak baik compre to other counter yang strict sedikit katanya..apa lagi terus tukar line beratur di kaunter uncle tu.

Ya Allah..bantulah hamba mu ini..itulah ko JM..waktu nak shopping tak ingat dunia kan...ahahaah..dah jadi macam ni baru gelabah..itulah..pada mulanya ingat 15kg tu cukup..yer lah ada hand luggage lagi...rupanya andaian itu salah.

Akhirnya sampai giliran JM dan member ni kemudian tunjukkan boarding pass..then uncle tu cakap your luggage is 20kg for each person right?..JM pun tercengang dan cuba nak cakap pada uncle tu yang JM punya 15kg jer kemudian kawan JM ni cepat-cepat senggol minta diam jangan cakap apa-apa...Ya Allah tuhan sahaja yang tahu perasaaan JM waktu tu bersyukur sangat.

Rupa-rupanya mulai Sept 2013 Air Asia tidak menyediakan lagi kemudahan luggage 15kg tetapi minimum adalah 20kg jadi kepada sesiapa yang beli luggage 15kg automatik dapat 20kg..Alhamdulillah..rezeki tu..

Selesai sudah urusan check-in, solat sekejap dan habiskan bekalan yang tertinggal dan sayang kalau di buang. 

Beratur untuk departure
Suasana dalam flight - seperti biasa pantang nampak mamat hensem mesti nak ambik gambo
Good bye Sydney - maybe kita jumpa lagi dalam beberapa tahun akan datang
Akhirnya kami mendarat di LCCT dengan selamatnya pada jam 5.00 pagi. Done..selesai sudah kisah percutian di Sydney. Maybe lepas ni ke Melbourne pulak...who knows? sbb jeles tengok gambar-gambar di blog Kaki Berangan dan DJ tu....

Kepada yang berhasrat ke Sydney tetapi masih buntu untuk menyediakan itirenary boleh refer kat sini One Week in Sydney