"Moh ikut JM kita bergurau senda dengan kanggaroo"
Sebelum JM meneruskan celoteh kat sini, JM memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T di atas nikmat kesihatan yang baik sehingga sekarang dan juga mempunyai rakan-rakan travel dan blogger yang baik-baik hati..terharunya....Terdapat beberapa rakan pembaca telah inform mereka dah terima ole-ole dari JM tu..alhamduillah...ole-ole yang tidak seberapa nilainya..yang penting niat JM ikhlas...kalau ada rezeki lebih..In Shaa Allah kalau JM berpeluang jenjalan ke obersea lagi..leh la JM kirim ole-ole yang lain pulak.
Meh ikut JM sambung cerita...sebelum tu sediakan kopi ke, milo or nescafe panas coz entry ni agak panjang....nanti bosan nak baca :-)
Oh yer..terlupa pulak JM nak kongsi sedikit info berkenaan dengan tempat penginapan di Islander Resort Hotel ni. Entry lengkap berkenaan hotel ni boleh di capai di label sebelah kanan blog. Kedudukan hotel ini amat strategik sekali kerana berdekatan dengan Woolworth, Hard Rock Cafe Surfers Paradise, kedai - kedai souviners dan just a few minutes walk to Surfers Paradise. Kiranya keluar sahaja dari entrance hotel tu akan nampak semua bangunan yang JM nyatakan di atas tadi. So memang highly recommend hotel ni tapi kalau rasa nak menginap hotel lain, banyak lagi hotel di area Surfers ni.
Kami mendapat bilik menghadap ke view swimming pool dan hotel cancellor. Bilik agak besar 1 queen bed dan 1 single bed dan kami siap masak lagi dalam bilik.
![]() |
View hotel dari jalan besar berdekatan bangunan MELBAS |
![]() |
View from our room balcony |
Bangun seawal pagi kerana jam 6.00 pagi dah terang benderang kat sini, jam 9.00 malam dah rasa mengantuk nak tido..apa tak nya kalau jam 5.00 petang seperti jam 7.00 mlm di Malaysia. Selesai semua apa yang patut dan sarapan pagi kami mulakan misi hari ini.
Perjalanan di Gold Coast di teruskan lagi pada hari ke dua 25/08/2013 (Ahad) kami akan ke Currumbin Wildlife Sanctuary.
Source : Google |
Currumbin Wildlife Sanctuary at Currumbin on the Gold Coast, Queensland in Australia, is world renowned for its feeding of huge flocks of free-flying wild Rainbow Lorikeets, which come to the Sanctuary to feast off the special mixture which the Lorikeets eat.
Sebenarnya JM dah pernah pegang dan sentuh kanggaroo semasa melancong ke Perth pada Mei 2012 dulu di Caversham Wildlife Park, Perth Australia. Oleh kerana rakan travel JM ni first time ke Aussie, so mestilah nak bergambar dengan kanggaroo kan..kat Msia mana ada binatang ni maybe tak sesuai dengan cuasa. alahh..JM ni pun nama je pernah beramas mesra ngan kanggaro dulu..kali ni pun nak jugak..bukan main suka lagi bila dapat jumpa binatang tu mengalahkan budak-budak..nak tahu..jom baca lagi heeee
Semua orang sedia maklum bila sebut je Australia mesti sinonim dengan Kanggaroo dan Koala Bear yang kiut miut tu. Nak temgok tak..jom..
Kalau nak ke Currumbin Wildlife ni tak perlu tunggu bas di depan Apple Park tu tetapi di bus stop bersebelahan dengan bangunan MELBAS. Korang dah tengok kan gambar hotel kat atas tu, so keluar dari hotel tu terus gerak ke arah main road dan akan lalu depan restoran Subway dan Bangunan Melbas. Bus stop betul-betul di T- Junction dan bertentangan dengan kaunter untuk naik Wyndham Cruise. Sampai di bust stop tu tunggu bas no 700. Sebenarnya boleh naik bas no 760, 761 tetapi kami mendapat info dari receptionist better naik bas 700.
![]() |
Tunggu bas kat sini..nampak tak dari jauh Vibe Hotel bersebelahan Apple Park, banguna warna hijau tu |
![]() |
Jom kita ke Currumbin BUKAN Clubbing ye heee.aha dari junction..toleh ke kiri..akan nampak Islander Resort Hotel tu |
Getting there :
1. Bus No 700 or 760, 761 (mana sampai dulu naik jer but beter bus no 700)
2. Bus akan berhenti di bus stop betul-betul di Currumbin Wlidlife Park tu
3. Korang cross sahaja jalan di mana round obout sebelah kanan jalan
4. Jalan terus ke hadapan melalui pokok-pokok unik seperti gambar di bawah
5. Opening Hour : 08.00 am - 05.00 pm
6. Kami sampai lebih kurang jam 8.40 pagi
7. Tambang : AUD4.18
![]() |
Bas akan stop berdekatan round about ni |
![]() |
Cross jalan, nampak tak sign Currumbin tu..jalan je terus ke hadapan |
![]() |
Kalau dah nampak sign ni..dah nak sampai le tu |
Currumbin Wildlife Sanctuary ni lebih kurang seperti Zoo jugak terdapat banyak binatang yang menjadi tarikan pelancong dan tempat yang amat sesuai untuk kanak-kanak, tapi bukan sahaja bebudak, JM yang dewasa ni pun teruja tau..nak tahu nanti tengok aksi-aksi kami dalam gambar-gambar seterusnya.
Aha..lupa pulak JM nak kabor..nak masuk sini ada entrance fee di mana boleh booking online atau beli di kaunter tiket yang disediakan. Kalau malas nak beratur di kaunter boleh book kat sini : http://www.cws.org.au/getcloser/tickets_and_bookings/general_admission/
Entrance Fee :
Adult : AUD49
Children ages 4 - 14 year : AUD33
Children age below 4 : Free
Kepada sesiapa yang baca entry preparation - tiket online JM sebelum ni boleh tahu yang JM booking secara combo pax dan mendapat harga yang lebih murah. Sila baca entri tersebut untuk mendapatkan info yang lebih lanjut.
Sampai sahaja entrance, perlu ada aksi wajib le..tak tahu ke..heee....alah..buat-buat tak tahu pulak. Sila abaikan gambar JM ber boot bagai tu..ahahaha...nak masuk hutan pun pakai boot ke JM..ni la di katakan nak bergaya tak kena tempat..belasah je...ahahah
![]() |
Bergambar dulu depan entrance |
Masuk sahaja melalui entrance ni akan disambut dengan kedai souviner. Kami buat tak layan dulu, nak balik nanti baru belek-belek apa yang menarik.
![]() |
Nature Gift Shop |
![]() |
Cafe juga di sediakan |
Jom kita ke kaunter tiket dulu, oleh kerana kami beli online so just tunjuk sahaja bukti pembelian di kaunter dan dorang akan cop di lengan tangan untuk mengesahkan kemasukkan.
![]() |
Lepas dapat cop pengesahan ni baru boleh masuk |
Bertabahlah dengan entry yang panjang lebar ni dan kepada Pak Lang Mie, jangan semput ye baca entri ni..kalau tulis entri pendek tu bukan JM lah nama nya. Baru sampai entrance..kul berapa nak sampai di kawasan kanggaroo ni..tak sabar dah ni..heeeeeeeee....sabo..saborr..tak ke mana kanggaroo tu.
Kepada yang datang sini jangan lupa ambik map dan timetable show kat entrance tadi..nanti kang tersesat barat pulak pastu telepas show-show yang menarik tu.
Tempat pertama kami masuk adalah Venomous Snake dan kami hanya sekadar lalu sahaja tak sempat JM ambik gambar ular-ular tu coz kawan JM ni 'penggeli' orang nya belum tengok lagi dah takut. JM pun takut jugak tapi kalau tengok dari jauh masih berani kalau di minta pegang, usap-usap badan ular tu eeeee...lari!!!
![]() |
Venomous Snake |
Kemudian kami gerak ke kawasan Koala's..alahhh..koala bear yang kiut miut tu...Koala ni jenis spesis pemalas, jenis tak banyak gerak...asyik tido je dan yang JM faham koala ni tido 22 jam dan 2 jam je dia terjaga untuk makan sebab tu kalau tengok badan dia bulat je kan..pastu berkepit je di celah-celah dahan-dahan pokok tu. Kat sini di sediakan sesi bergambar dengan Koala tu tapi dek kerana bayaran mahal sangat bagi JM dalam AUD25 per/pieces kalau tak salah, so kami batalkan niat tu. Tengok dan ambil gambar dari jauh je lah.
![]() |
Koala Research & Conservation |
![]() |
Koala yang kuat tido tapi cute |
Aha..nampak tak Koala tu..apa tak nampak...ok..ok..meh JM close up lagi
![]() |
Aha...dah jelas kan..nampak tak di tak pandang kamera pun sama ada malu atau sombong heeee |
Sebenarnya banyak 'animals' kat sini tapi tujuan utama kami nak tengok kanggaro dan koala je yang lain-lain cam malas nak layan la kan. Tak percaya..jom tengok sign ni..banyak..follow je direction yang di beri serta peta di tangan...yang pasti kami nak pergi tengok kanggaloooo.....pastikan juga jika berminat jangan terlepas dengan show yang di sediakan.
![]() |
Jom kita ke Kanggaroo farm |
Kanggarooo...wait for me...wahhh...excited benar..Dalam perjalanan nak ke farm tu terpandang batu ni..ntah apa yang menarik kat batu ni..siapa tahu?
![]() |
Siput besar berkepala orang |
![]() |
Pastu kami lalu je depan Wild Island ni tak minat nak masuk katanya..semua binatang tu leh tgk kat Malysia |
Then sampai lah ke tempat yang di tuju..Kanggaroo ni di tempatkan dalam kawasan berpagar dan di jaga rapi. Kepada pelancong, mereka di benarkan untuk feed kanggaroo tu so kami ambil kesempatan untuk beri makan kepada kanggaroo..wahh..rupanya lapar betul...beriya makan...geli tapak tangan den.....menjerit-jerit JM heeee...
![]() |
Kepada yang tak pernah lihat - inilah makanan kanggaroo tu |
![]() |
Inilah kanggaroo yang berkeliaran..kelaparan |
![]() |
Meh kita beramas mesra dengan kanggaroo |
Dah puas belum tengok kanggaroo..nak lagi...bertabahlah..banyak betul gambar dalam entry ni. Jom tengok aksi kami bersama kanggaroo jantan ni...Yang mana aksi paling superb...tentulah tourist dari Jepun tu kan
![]() |
Cuba lihat aksi pelancong dari Jepun tu..sama tak macam kanggaro betina ahahaah |
![]() |
Masing-masing teruja dapat pergi tengok kanggaroo |
![]() |
Ini adalah antara staff yang betugas di situ..cuaca sejuk dan nyaman jer |
Argghh...dah puas bersama kanggaro..jom kita pegi tengok Australia Sheep Shearing Show jam 11.40 am.
![]() |
Hai Kambing- dah ready ke nak kena cukur bulu tu...oh tidak..kami ni sekadar model je kat sini...oHHHH |
Show ni mengambil masa lebih kurang 1 jam termasuk celoteh dari pengantara tu bermula dengan bagaimana mereka menggunakan anjing yang telah di latih untuk memastikan semua kambing-kambing yang berkeliaran di padang akan berlari masuk ke dalam kandang. Kiranya anjing ni kategori bijak lah membantu tuan nya menjaga kambing-kambing tadi. Kemudian selepas aksi -aksi sendaloka yang boleh membuatkan pelancong terhibur termasuk lah JM sedangkan dah pernah tengok show ni sewaktu di Perth dulu. Malas lah nak story panjang, meh kita tengok acara mencukur bulu kambing biri-biri dari Australia ni.
![]() |
Show bermula |
Selesai sahaja show kami ambil keputusan untuk gerak balik ke Surfers Paradise kerana petang nanti kami akan pergi ke tempat lain pulak. Untuk pengetahuan semua, di dalam sanctuary park ni juga di sediakan train so kepada sesiapa yang malas berjalan aroud the park ni boleh naik train. Kami juga ambil kesempatan untuk naik tren balik semula ke entrance tadi. Meh kita layan gambar-gambar yang berlatar belakang langit yang biru ni.
![]() |
Biru betul langit ni kan |
Sebelum balik singgah dulu beli ole-ole untuk kawan-kawan di Malaysia.
![]() |
Souviner shop |
Bila nak balik nanti korang jangan tunggu bas di bus stop yang mula-mula sampai tadi tetapi di bus stop di arah bertentangan. Kiranya bus stop tu tak perlu cross jalan.
![]() |
Tunggu bas kat sini dan boleh lihat jadual waktu bas bertolak |
Dalam jam 2.10 petang kami naik bas untuk bertolak balik ke Surfers Paradise stop berdekatan Apple Park dengan kadar tambang AUD4.11. Sampai sahaja tak terus balik ke hotel kerana ada agenda lain..ke mana JM selepas ni perlu tunggu entry selanjutnya.
Total expences today :
1. Tambang bas return : AUD8.29
2. Cling Koalas Souviner : AUD18.75
3. FM Wildlife Park : AUD4.95
Total summary : AUD31.99 (RM95.97)
Arghhh..penatnya nak siapkan satu-satu entry rupanya ye...selamat membaca semua...jumpa lagi..bye
No comments:
Post a Comment