Ohh yeayy....yeayy...dah masuk bulan Oktober tapi story bercanda di Gold Coast belum sampai ke penghujung dan banyak lagi ingin di kongsi, kepada reader di luar sana jangan bosan untuk terus bersama menemani JM yer..Macam mana JM nak tahu korang terus setia dengan blog JM ni...oh yerr..sudah semestinya melalui komen-komen yang ditinggalkan. Sayang semua..muaahhhhh!!!
Okeehh...let's start...Pada hari ke 4, 27/08/2013 (Selasa) seawal pagi kami jalan-jalan di sekitar Surfers Paradise Beach tu, so pagi ni berseluar tracksuit dan berkasut selipar yang baru di beli, bersantai di tepi pantai sambil berjalan tanpa kasut untuk merasai kehalusan pasir pantai yang putih bersih tu. Semalam dah datang tapi masih belum puas so continue hari ni. Sebelum ni asyik baca dari blog-blog kawan-kawan yang lain dan sekarang giliran JM pulak jejak kaki ke sini Alhamdulillah.
Suasana di Surfers Paradise
![]() |
Menikmati angin laut dan pasir yang halus |
![]() |
JM jatuh hati dengan pantai dan langit yang cantik tu |
![]() |
Mari kita skodeng..siapa mereka ni |
![]() |
Aha..ada sesiapa kenal ke..siapa mereka ni... |
![]() |
Hoyee..we are here..nampak tak kasut baru beli ..made form China tapi ada tulisan Australia |
![]() |
Dah puas menikmati keindahan di tepi pantai..jom balik mandi kita ke Sea World pulak |
Selesai aktiviti di tepi pantai, balik sediakan sarapan dan bakinya kami bawak sebagai bekalan di Sea World nanti. Let's go kita ke Sea World Theme Park. Seperti biasa kalau nak ke sana perlu tunggu bas di depan Apple Park seperti mana nak ke Dream dan Movie World. Korang boleh follow direction ni kalau menginap di hotel sekitar Surfers Paradise lah ye. Pastikan naik Bus No 750 dan tambang bas adalah AUD3.08.
![]() |
Kalau nak ke Dream World Bus No TX2 |
![]() |
Sea World Bus No 750 |
![]() |
Yeay..dah sampai |
![]() |
Dari kejauhan dah nampak pintu masuk utama |
![]() |
Dah sampai haruslah tinggalkan jejak..kalau tak cam ada yang tak kena je hikss..nampak tak paper bag tu..penuh dengan bekalan |
![]() |
Ticket counter |
Opening Hours : 09.30am - 5.30pm
General Admission : AUD84.99
Sea World Attractions : U can click HERE for more info
Animal :
1. Seal Harbour
2. Dinosour Island
3. Dolphin Cove
4. Penguin Encounter
5. Shark Bay
6. Polar Bear Shores
7. Penguin Point
8. Ray Reef
9. Seabird Rehab
Rides :
1. Storm Coaster
2. Castaway Bay
3. Jet Rescue
4. Sea Viper
5. Viking Revenge Flum
6. Beach Break Bay
7. Sea World Monorail
8. Sea World Resort Waterpark
9. Sky High Skyway
Kan betul..banyak aktiviti menarik kat sini dan rugi kalau datang Gold Coast pastu skip tak nak pergi Sea World terutama kepada parent yang bawak anak-anak tu. Cakap banyak pun tak best jugak..moh ikut JM kita explore kawasan sekeliling. Kami sampai dalam jam 11.30am dan show pertama adalah Spongebob ParadePants jam 12.15pm so sebelum show bermula kita jalan-jalan dulu.
Penguin Encounter - Get lost in your very own slice of Antarctica in this beautiful frozen exhibit, home to the second largest species of Penguin in the world, the King Penguin as well as the lively Gentoo penguins. Encounter these incredible birds up close in their icy wonderland as they dive in and out of the crystal clear water. You’ll see their playful nature on the snow through the topside viewing area, and their elegant underwater flight through the stunning underwater viewing window.
![]() |
Comei betul..cam nak bawak balik buat bantal peluk |
Tapi tak naik pun sebab dah biasa naik kat Msia kan..takkan datang jejauh nak naik tu hehehe..kelakar pulak. JM memang puji betul dengan pihak pengurusan theme park ni kerana kepada Muslim Tourist tak perlu risau berkenaan tempat solat kerana kat bawah stesen monorel tu ada SURAU seperti gambar kat bawah.
![]() |
Kat bawah stesen ni sebelah kiri ada SURAU |
![]() |
Inilah Monorail System tu |
![]() |
Surau |
![]() |
Jalan menyeberangi jambatan ini untuk ke Dinosour Island |
![]() |
Budak-budak suka lah tempat ni..kami just cuci2 mata je |
![]() |
Dinosaur Discovery Centre |
Jalan terus ke hadapan akan nampak - Dolphin Cove is a large natural sandy bottom lagoon system for dolphins and features the stunning show pool, as well as two other large lagoons. This wonderful area is home to our delightful Offshore Bottlenose Dolphins, and often houses baby dolphins in the nursery area. The 8m deep show pool is where the amazing ‘Imagine’ dolphin show takes place daily, and after the morning show, guests can take a walk through Dolphin Cove and discover the inquisitive and friendly nature of our beautiful dolphins.
![]() |
Dolphin Bay |
![]() |
Suka tengok aksi-aksi Dolphin ni |
Selepas dah tengok ikan Dolphin tu kami terus ke pentas utama untuk melihat SpongeBob ParadePants jam 12.15pm yang terletak betul-betul di pintu masuk utama theme park tu. Kalau korang nak tahu, bersebelahan kedai makan dan souviner sebelum ke tandas di sediakan locker untuk simpan barang.
![]() |
Suka tgk kanak-kanak dari Australia ni |
![]() |
Patah balik untuk ke pentas utama |
![]() |
Locker yang disediakan |
![]() |
Persembahan ni biasa-biasa je dan amat sesuai untuk kanak-kanak |
Persembahan lebih kurang 30minit tu lebih kepada perarakan kereta comel dan aksi kejar mengejar antara spongebob dan Patrick, bagi JM persembahan ni biasa-biasa je kalau tak tengok pun tak rugi tapi kepada yang bawak anak-anak memang amat sesuai untuk mereka. Selesai persembahan kami bercadang untuk naik RIDES yang sediakan antaranya JetRescue...sampai je ....patah hati..nak tahu sebabnya :
![]() |
Jet Rescue entrance |
Semua rides close for today..frust jugak..kalau tak boleh menjerit kat atas tu heee. Bertabahlan kerana entry kali banyak gambar. Tiada cerita menarik untuk di kongsi. Let's ikut JM kita ke Polar Bear Shores is the only exhibit in Australia where you can see the world's largest land carnivore up close, and one that provides a unique educational experience that assists, through a wider public awareness, the conservation effort of this perfectly adapted marine mammal.
![]() |
Polar Bear Shores |
Selepas tengok Pola Bear yang malas nak gerak tu..asyik tido je, kami ambil keputusan untuk tengok persembahan Jet Stunt Exreme jam 1.30pm. Dari Pola Bear Shores ni terus gerak ke Sky High Skyway untuk turun ke pentas persembahan utama..malas nak jalan kaki turun kerbawah yang terletak bersebelahan Spongbob 3D entrance. Kami malas nak tengok 3D ni coz dah biasa lagipun lagi beberap minit show dah nak bermula..so let's go..
![]() |
Spongebob 3D |
![]() |
Sky High Skyway |
Oleh kerana belum sempat sampai ke pentas utama, persembahan telah bermula so kami dapat lihat dari dari Skyway. Show ni memang menarik dan rugi kalau tak tengok.
![]() |
Jet Stunt Extreme Show |
Dalam jam 2.00 petang kami ambil keputusan untuk balik ke Suerfers Paradise, dah malas nak jalan -jalan lagi tapi sebelum tu singgah sekejap di Souviner shop di pintu keluar..kat sini JM habis AUD60 beli T-Shirt dan Sweater Sea World sebagai kenangan.
![]() |
Souviner Shop Sea World |
Sampai di Surfers Paradise jam 3.15 petang, so kami jalan-jalan kawasan sekitar untuk shopping termasuk lah souviner dan banyak kedai TAPI perlu survey dulu kerana harga setiap kedai adalah berbeza. Antara kedai yang kami masuk adalah Suprem kedai pakaian untuk wanita..memang sale time tu..murah betul..banyak pasang jugak JM borog dan habiskan AUD40 kat sini.
![]() |
Kedai ni kami tak masuk |
Balik hotel selepas maghrib keluar lagi mencari souviner untuk kawan-kawan di Msia. Nasihat JM kalau korang ke Gold Coast pastu dari sini akan ke Sydney, tak perlu beli FM yang tulis Australia banyak-banyak kat sini sebab boleh dapat lagi murah di Paddy's Market Sydney.
Info : Jika sekiranya baki Go Card berkurang boleh Top Up/Add Value di kedai 7 Eleven
Cost for today :
1. Bus ticket return : AUD6.16
2. Souviner : AUD10
3. T-Shit & blouse : AUD106.65
Total cost : AUD122.81
End of day 4
No comments:
Post a Comment