ads one

Tuesday, December 17, 2013

Bersuka ria di USS Singapore : Day1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca budiman,


Ini adalah sanbungan story dari entry Tiket Murah ke USS dan kepada sesiapa yang belum membaca boleh refer sana yer.

Tengok ko...tajuk bukan main kan...bersuka ria di Universal Studio Singapore...seperti kanak-kanak ribena pulak sedangkan umur pun dah menjangkun ehem..ehem..ehem..biarlah RAHSIA asalkan hati muda baru nampak muda seperti Rozita Che Wan tu heeeeeeeeee. Tapi tak boleh lah compare JM dengan beliau jauh panggang dari api dari segala segi katanya.

Ok..malas nak celoteh panjang-panjang sebab hampir seminggu JM tak keluarkan entri baru..ada sesiapa tertunggu-tunggu tak nak baca new entry ni...harap maaflah ye..nama blog pun Jari Manis : Travel List haruslah citer pasal travel je..kalau tak ada travel ke mana-mana tak adalah citer nak di kongsi..so duduk je lah diam-diam tak gitu heeee.

Oh yer sebelum terlupa JM nak kongsi kegembiraan di sini kerana semalam pada 16/12/2013 (Isnin) JM terima POSKAD from ISTANBUL you oulsss.....sejak JM bergiat aktif dalam dunia blogging ni (ahaha...aktif lah sangatkan) dan kenal ramai kawan-kawan di alam maya, JM telah menerima beberapa keping poskad dari mereka seperti poskad dari Armsterdam (Ayu Fatarina), daripada TTBoy (poskad dari Borneo) dan terkini daripada Syieda..beliau sedang menjelajah Europe dan tak pasti dah balik Ms'a ke belum. Thanks Syieda coz ingat pada JM..eee..sayang ketat2 sama kamu. Kepada mereka yang tidak kenal siapakah orang nya..boleh skodeng kat SINI. Meh JM kongsi gambar poskad tu..belum dapat jejak kaki ke sana..dapat poskad pun jadi lah kan....

Thanks a lot Syieda..bila lah turn JM pulak nak said Instanbul aku datang
Kisah percutian ke USS ni dah lama sebenarnya iaitu pada bulan November bulan kelahiran JM..konon nya nak sambut besday di sana bersama anak saudara yang lahir pada hari yang sama dengan JM tu. Tapi misi itu tidak kesampaian kerana ibunya baru sahaja lepas bersalin, so burn je lah tiketnya. Jadi kami berempat sahaja yang avalaible iaitu adik bongsu, mak dan sorang rakan travel JM. Ini adalah trip kali ke 2 JM ke sana so tak lah begitu excited sangat.

Bertolak dari LCC Terrminal seawal jam 7.25 pagi dan dijangka tiba di Senai International Airport, Johor Bahru pada jam 8.15 pagi. Penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 45min memang tidak terasa kebosanan nya kerana belum sempat nak habiskan suapan meal yang di order dan dapat isyarat akan landing....ahaha...kelakar...

View sekitar Senai International Airport, Johor Bahru
Ada pelbagai cara sebenarnya nak ke USS Singapore ni, so pilih lah sahaja option yagn ada seperti :

1. Naik bas dari Kuala Lumpur - Stesen Larkin, JB..naik bas dari sana masuk Singapore then stop di stesen MRT, naik tren terus ke USS
2. Drive sendiri dari KL ke USS
3. Naik flight ke Senai Airport JB, naik bas dari Tune Hotel (ni cara yang JM buat)
4. Naik flight ke Singapore, naik train ke USS

Jika ingin info yang lebih detail klik di Panduan ke USS

Keluar sahaja dari arrival hall terus cari kaunter yang menjual tiket teksi ke Tune Hotel dengan harga RM44 sebuah teksi. Jarak perjalanan lebih kurang 30 min bergantung kepada traffic. Semua sedia maklum ye kalau booking tune hotel ni tidak seperti hotel-hotel lain harga sebilik adalah all in, tapi kalau tune hotel harga mengikut apa yang kita nak sebagai contoh kalau bilik berkipas tanpa aircond harga lain dan jika tanpa toiletories harganya lain. So kiranya bayar apa yang kita nak je.

Sampai di hotel jam 10.00 pagi jadinya belum boleh check-in kerana early check-in jam 2.00 petang. Alamak, apa kami nak buat ni almost 4 hours baru leh check in, bila minta check-in je terus perlu bayar RM15..tak kisah lah kan leh lepak dalam bilik, sekali check bilik yang kami booking jenis Quad room belum di kemaskan lagi dengan alasan tak cukup houskeeper..haish ..geram betul.

Tune Hotel, Danga Bay, Johor Bahru
Oleh kerana tiket bas ke USS esok belum dibeli, so keluar dari pintu hotel tu aaa Syarikat Odessey yang terletak betul-betul bersebelahan kedai 7-eleven. JM beli tiket untuk 4 orang pergi dan balik dengan harga RM30 seorang dan jika beli melalui Tune Hotel semasa booking bilik boleh dapat harga RM25.00 seorang. Jadi esok pagi seawal jam 7.30 pagi kami perlu menunggu di pintu masuk hotel kerana bas akan bertolak dari sana.

Kaunter syarikat bas Odyssey tu terletak di bawah tangga tu
Beli tiket bas kat sini. Mereka juga menyediakan tiket untuk ke Legoland. Kalau belum belim tiket ke USS pun boleh beli kat sini tapi agak mahal
Sekiranya risau tiket bas habis kalau nak beli on the spot boleh booking dulu :

ODYSSEY LUXURY LINER
Shuttle Service/Package Universal Studio
From Tune Hotel - USS - Tune Hotel

Alamat :
Tune Hotel Danga BAy
Lot PTB 22819, Jalan Skudai Mukim
Bandar Johor Bahru
80200 Johor Bahru

Person In Charge : Roslina
Phone No : 017 - 718 5022
Email : rosefashionista@gmail.com

Terdapat 2 pilihan masa bas bergerak ke USS samada 7.30 pagi (pergi) - 7.30 mlm (balik) atau 10.30 pagi (pergi) - 10.30 mlm (balik). Sudah semestinya naik baik seawal pagi kan sbb USS pun tutup jam 6.30 petang.

Selesai urusan beli tiket, tanya pada recceptionist di kaunter apa yang menarik di sekitar JB ni kerana belum boleh masuk bilik mahu ronda-ronda kawasan sekitar kemudian beliau menyatakan bahawa tiada tempat yang menarik selain Legoland dan shopping mall. Maybe ada tempat menarik tapi beliau tak tahu..JM pun tak pasti. Bila di tanya berkenaan Dangan Bay, beliau tidak syorkan kerana dalam proses penambakan...tidak berbaloi untuk ke sana.

JM tengok waktu tu masing-masing mata dah kuyu je sebab pagi tadi bangun jam 4.00 pagi dek kerana nak naik flight jam 7.15 pagi. So kami decide nak tidur di surau yang di sediakan di aras 1 sehingga waktu check in.

Jam 2.00 petang check-in dan terus lah lepak dalam bilik sehingga ke malam dan buat aktiviti bebas. Keluar cari makan tengahari dan makan malam je di kedai-kedai yang berdekatan dengan hotel.

Sekiranya korang tak nak menginap di Tune Hotel boleh juga cuba KOZI Hotel yang terletak di kawasan berhampiran. Jika mahu maklumat lanjut boleh rujuk di KOZI Hotel. Selain dari itu terdapat beberapa lagi hotel di kawasan yang sama seperti Hotel Budget di Danga Bay JB. Mohon jasa baik tuan punya blog JM letak link blog beliau di sini.

Kalau korang tak nak menginap di hotel pun boleh, drive dan parking je di kawasan Tune Hotel tu, terus je naik bas ke USS.

End of day 1 tanpa aktiviti menarik yang di lakukan.

Jumpa lagi dalam next entry bila JM ada kelapangan ye..babai!!

No comments:

Post a Comment