ads one

Thursday, August 15, 2013

Preparation 1 : Permohonan ETA Australia

Assalamualaikum dan Salam Syawal,


Di awal bulan Syawal, kemeriahan hari raya masih terasa dan aktiviti kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi sudah menjadi tradisi masyarakatt melayu. Salam bersalaman di hari raya memohon keampunan atas segala kesilapan secara sengaja dan tidak sengaja sudah menjadi adat.

Penghujung bulan Syawal pula akan ada aktiviti rumah terbuka atau 'Open House"..part ni yang JM paling suka, pantang ada jemputan mesti takkan lepaskan peluang...boleh makan free katanya..di samping itu dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Ish..ish...Ish..dasyat ye ko JM..hari-hari keluar entry baru khenn..ahaaa..biasalah nok ..kalau ada benda nak di kongsi..kalau tak ada tu...sunyi je lah blog ni ahakssssssssss.

"Perlu ETA untuk memasuki Negara Australia"

Australian Country - source from google
Setiap kali Air Asia buat sale atau promo tiket murah, antara country yang menjadi kegilaan pelancong adalah Melbourne, Sydney, Gold Coast, Brisbane dan Perth dan terbaru Air Asia ada buat route ke Adelaide. JM jarang dapat info dari kaki travel yang pergi ke Darwin dan Hobart maybe AA tiada route ke sana.

Bila sebut sahaja Australian country, all visitors perlu ada ETA yang telah di luluskan sebelum masuk ke negara mereka. Ramai yang email kepada JM bagaimana nak dapatkan ETA tu..tak perlu risau meh JM kongsi info kat sini.

Electronic Travel Authority (ETA)
1. Imigresen Australia telah menetapkan bahawa ia merupakan salah satu syarat Wajib sebelum memasuki negara Australia
2. Malaysian passport holders are eligible to apply online for an ETA to visit Australia
3.  The short validity tourist and business entrant ETAs are each valid for 1 year or until the date of expiry of the passport (whichever is sooner). 
4. ETAs are valid for 12 months from the date of grant
5. Antara negara yang perlu apply ETA (visitors) secara online melalui laman web imigresen Australia adalah : Brunei, Hong Kong, Canada, Japan, Malaysia, Republic of Korea, Singapore, Taiwan dan United States. 
6. Permohonan secara online melalui immigresen Australia di kenakan service fee AUD20 di https://www.eta.immi.gov.au/ETA/etas.jsp

Mahal kan kalau nak apply secara online melalui imigresen Australia tu. Ok..kalau macam tu mesti korang nak harga yang lebih murah..betul tak?..so tak perlu risau ada 2 option kat sini. Jadi pilih yang mana menjadi pilihan hati ok.

Option 1 : Info ini JM dapat daripada blog DATT (Don't Afraid to Eat)

Dear, mohon kebenaran untuk di kongsi kat sini coz rakan opis JM dah apply melalui cara ni..satu hari dah siap. Bayaran yang di kenakan adalah RM20 per ETA. Person yang menguruskan dan memproses permohonan ini adalah Cik Intan Azlynna dari Travel Tours dan tak pasti sekarang masih Cik atau dah bergelar Puan :-)

Caranya :
1.Scan atau buat potocopy passport yang terpapar maklumat diri tu
2. Sediakan flight detail itirenary
2. Kemudian email dan kepilkan scanning passport, flight itirenary, Alamat kediaman, No Telefon dan Alamat Email kepada Cik Intan di alamat eta.australia@yahoo.com
3. Selepas di proses, ETA akan di hantar melaui email
4. Buat bayaran ke akaun (no akaun akan di beri selepas ETA siap)
5. Cetak ETA dan kepilkan di dalam passport untuk di bawa bersama ke Australia nanti.

Option 2 : Info yang JM terima dari salah seorang rakan travel

Sebenarnya semua travel agen boleh menyediakan ETA ni tapi jumlah bayaran adalah berbeza. JM pernah tanya di Dinar Holidays Sdn Bhd dan charge yang dikenakan adalah RM50 per ETA. Jadi option ke dua adalah permohonan di Poto Travel & Tours Sdn Bhd dan charge yang dikenakan adalah RM30 sahaja per ETA. Poto Travel juga merupakan sebuah agensi yang agak femes juga bagi mereka yang ingin travel secara berkumpulan. Pelbagai pakej menarik di tawarkan dan kalau nak tahu lebih lanjut sila layari http://www.pototravel.com.my/.

Pejabat HQ adalah di Taman Shamelin Perkasa Kuala Lumpur dan beberapa cawangan di Putrajaya, Segamat dan Johor Bahru. Tapi tak perlu risau nak buat ETA tidak perlu pergi ke pejabat berkenaan tetapi boleh buat melalui email sahaja.

Caranya :
1. Scan atau photocopy passport
2. Sediakan flight detail itirenary (pergi sahaja)
3. Payment receipt (bukti pembayaran) RM30 kepada akaun poto travel
4. Email semua dokumen tadi (passport, flight itirenary dan payment receipt) termasuk contact detail kepada ticketing@pototravel.com.my
5. After 1 hours pototravel akan call maklumkan ETA dan siap dan mereka akan email ETA tadi
6. Cetak ETA dan kepilkan dalam passport. Mudah bukan.

Kalau keberatan, sebelum buat permohonan boleh telefon dahulu pejabat berkenaan dan maklumkan bahawa ingin membuat ETA. No akaun dan no telefon boleh rujuk di bawah dan pastikan tranfer bayaran ke no akaun yag betul. Jika permhohonan di buat di Cawangan Putrajaya...jangan pulak tranfer bayaran ke akaun di Cawangan Segamat.

Pejabat HQ :
68-3-1, Aras 1, Dataran Shamelin,
No 68 Jalan 4/91,
Taman Shamelin Perkasa,
Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur.
Tel No : +603-9200 6640
Email : info@pototravel.com.my
RHB Bank : 264 179 0000 5069
Maybank : 5144 0480 2849

Cawangan Putrajaya :
No 64B, Tingkat 2,
Jalan Diplomatik,
Putrajaya Diplomatik, Presint 15,
62050 Putrajaya.
Tel No : +603-8888 8640
Email : putrajaya@pototravel.com.my
Maybank Akaun : 5144 0462 2776
Public Bank : 398 768 2903

Cawangan Segamat :
No 16 Tingkat 1, 
Jalan Susur Utama,
Taman Utama,
85000 Segamat, Johor
Tel No : +607-9326 640
Email : segamat@pototravel.com.my
Maybank : 50105782 2308

Cawangan Johor : 
No 38 Jalan setia Tropika 1/1,
Taman Setia Tropika, 
81200 Johor Bahru, Johor.
Tel No : +607-2346 640
Email : jb@pototravel.com.my
Maybank : 5010 5782 2308

Bagaimana rupa ETA tu...tadaaaaaaaaaaaa :

ETA yang dah siap - ready to fly
Kenapa tiba-tiba JM keluarkan entry ni..Yeee haaaaaaaaa..hujung Ogos nanti JM akan ke Australia..ETA dah Approved...In Sha Allah. Kaki dah mula gatal-gatal nak berjalan ni. Hamboi ko JM...suka betul...orang lain semua dah sampai sana..nko baru nk jejak kaki...tak per lah..setiap orang akan alami pengalaman yang berbeza kan...mana lah tahu untung sabut jumpa 'kekasih hati' kat sana ahahahaha.

Kalau nak baca prepation yang lain boleh baca on next entry hokeyyy.

Preparation 2 : Accomodation - Done
Preparation 3 : Buy Ticket Online - Done
Preparation 4 : Itirenary (Gold Coast & Sydney) - Done

Sekian dulu...byeeeee!!!

No comments:

Post a Comment