ads one

Tuesday, September 17, 2013

AA - 1 Million Free Seat?..R U Sure?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,


1 Million Free Seat katanya
Booking Period : 17 Sptember - 22 September 2013
Seperti tajuk di atas, semua orang heboh dalam FB, Blog, Twitter dan segala macam media sosial berkenaan dengan Air Asia akan offer free seat kepada 1 juta penumpang...Ada sesiapa yang tahu berkenaan sale yang di tawarkan ni. Adakah ini bermakna harga tiket adalah RM0 fare dan hanya perlu bayar TAX dan FUEL Surcharge sahaja. Kalau betul seperti di maksudkan, kenapa seawal jam 7.00 pagi 17 September 2013 tiada lagi harga yang di tawarkan..adakah seramai sejuta orang telah berjaya mendapatkan harga seat RM0 tu dari jam 12.00 pagi sehingga 7.00 pagi...adakah ini propa semata-mata...ahahahah  nada macam frust jer kan. Please correct me if i'm wrong.

Haip!..jangan marah-marah dulu...bukan propa..memang betul boleh dapat RM0 fare tu tapi perlu cepat dan kalau lelambat mana nak cari lagi. Kalau nak naik domestic flight memang masih banyak lagi seperti ke Alor Setar, Langkawi, Sandakan, Sabah (I's means negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak) TETAPI kalau berangan untuk ke ober sea like Hong Kong, Macau, Thailand, Bangkok, Australia, Korea, Indonesia dan negara-negara yang seangkatan dengan nya agak susah untuk mendapatkan harga seperti yang di harapkan.

JM pun tidak lepaskan peluang untuk intai-intai harga tiket tu...akhirnya berjaya untuk mendapatkan 1 tiket pada bulan Feb 2014. Percutian kali ini JM akan ke Thailand, kalau di tanya which part of Thailand...biarlah rahsia dahulu heeeee...saja je kan. ke ada sesiapa yang boleh guess....

Antara lowest fare to Thailand
Korang perasan atau tidak, ke JM sorang je yang perasan jika beli tiket dan bayar menggunakan Debit Langsung, perlu bayar pemprosesan Fee : RM4.10

Perlu bayar Pemprosesan Fee
So, kawan-kawan kesayangan JM sekalian, korang dapat tiket ke mana untuk tahun depan?

Sekian laporan hari ni...jumpa lagi hikssss

Thursday, September 12, 2013

Journey to Gold Coast, QLD : Currumbin Wildlife Sanctuary

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

"Moh ikut JM kita bergurau senda dengan kanggaroo"

Sebelum JM meneruskan celoteh kat sini, JM memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T di atas nikmat kesihatan yang baik sehingga sekarang dan juga mempunyai rakan-rakan travel dan blogger yang baik-baik hati..terharunya....Terdapat beberapa rakan pembaca telah inform mereka dah terima ole-ole dari JM tu..alhamduillah...ole-ole yang tidak seberapa nilainya..yang penting niat JM ikhlas...kalau ada rezeki lebih..In Shaa Allah kalau JM berpeluang jenjalan ke obersea lagi..leh la JM kirim ole-ole yang lain pulak.

Meh ikut JM sambung cerita...sebelum tu sediakan kopi ke, milo or nescafe panas coz entry ni agak panjang....nanti bosan nak baca :-)

Oh yer..terlupa pulak JM nak kongsi sedikit info berkenaan dengan tempat penginapan di Islander Resort Hotel ni. Entry lengkap berkenaan hotel ni boleh di capai di label sebelah kanan blog. Kedudukan hotel ini amat strategik sekali kerana berdekatan dengan Woolworth, Hard Rock Cafe Surfers Paradise, kedai - kedai souviners dan just a few minutes walk to Surfers Paradise. Kiranya keluar sahaja dari entrance hotel tu akan nampak semua bangunan yang JM nyatakan di atas tadi. So memang highly recommend hotel ni tapi kalau rasa nak menginap hotel lain, banyak lagi hotel di area Surfers ni.

Kami mendapat bilik menghadap ke view swimming pool dan hotel cancellor. Bilik agak besar 1 queen bed dan 1 single bed dan kami siap masak lagi dalam bilik.

View hotel dari jalan besar berdekatan bangunan MELBAS
View from our room balcony
Bangun seawal pagi kerana jam 6.00 pagi dah terang benderang kat sini, jam 9.00 malam dah rasa mengantuk nak tido..apa tak nya kalau jam 5.00 petang seperti jam 7.00 mlm di Malaysia. Selesai semua apa yang patut dan sarapan pagi kami mulakan misi hari ini.

Perjalanan di Gold Coast di teruskan lagi pada hari ke dua 25/08/2013 (Ahad) kami akan ke Currumbin Wildlife Sanctuary.

Source : Google
Currumbin Wildlife Sanctuary at Currumbin on the Gold Coast, Queensland in Australia, is world renowned for its feeding of huge flocks of free-flying wild Rainbow Lorikeets, which come to the Sanctuary to feast off the special mixture which the Lorikeets eat.

Sebenarnya JM dah pernah pegang dan sentuh kanggaroo semasa melancong ke Perth pada Mei 2012 dulu di Caversham Wildlife Park, Perth Australia. Oleh kerana rakan travel JM ni first time ke Aussie, so mestilah nak bergambar dengan kanggaroo kan..kat Msia mana ada binatang ni maybe tak sesuai dengan cuasa. alahh..JM ni pun nama je pernah beramas mesra ngan kanggaro dulu..kali ni pun nak jugak..bukan main suka lagi bila dapat jumpa binatang tu mengalahkan budak-budak..nak tahu..jom baca lagi heeee

Semua orang sedia maklum bila sebut je Australia mesti sinonim dengan Kanggaroo dan Koala Bear yang kiut miut tu. Nak temgok tak..jom..

Kalau nak ke Currumbin Wildlife ni tak perlu tunggu bas di depan Apple Park tu tetapi di bus stop bersebelahan dengan bangunan MELBAS. Korang dah tengok kan gambar hotel kat atas tu, so keluar dari hotel tu terus gerak ke arah main road dan akan lalu depan restoran Subway dan Bangunan Melbas. Bus stop betul-betul di T- Junction dan bertentangan dengan kaunter untuk naik Wyndham Cruise. Sampai di bust stop tu tunggu bas no 700. Sebenarnya boleh naik bas no 760, 761 tetapi kami mendapat info dari receptionist better naik bas 700. 

Tunggu bas kat sini..nampak tak dari jauh Vibe Hotel bersebelahan Apple Park, banguna warna hijau tu
Jom kita ke Currumbin BUKAN Clubbing ye heee.aha dari junction..toleh ke kiri..akan nampak Islander Resort Hotel tu
Getting there :
1. Bus No 700 or 760, 761 (mana sampai dulu naik jer but beter bus no 700)
2. Bus akan berhenti di bus stop betul-betul di Currumbin Wlidlife Park tu
3. Korang cross sahaja jalan di mana round obout sebelah kanan jalan
4. Jalan terus ke hadapan melalui pokok-pokok unik seperti gambar di bawah
5. Opening Hour : 08.00 am - 05.00 pm
6. Kami sampai lebih kurang jam 8.40 pagi
7. Tambang : AUD4.18

Bas akan stop berdekatan round about ni
Cross jalan, nampak tak sign Currumbin tu..jalan je terus ke hadapan
Kalau dah nampak sign ni..dah nak sampai le tu
Currumbin Wildlife Sanctuary ni lebih kurang seperti Zoo jugak terdapat banyak binatang yang menjadi tarikan pelancong dan tempat yang amat sesuai untuk kanak-kanak, tapi bukan sahaja bebudak, JM yang dewasa ni pun teruja tau..nak tahu nanti tengok aksi-aksi kami dalam gambar-gambar seterusnya.

Aha..lupa pulak JM nak kabor..nak masuk sini ada entrance fee di mana boleh booking online atau beli di kaunter tiket yang disediakan. Kalau malas nak beratur di kaunter boleh book kat sini : http://www.cws.org.au/getcloser/tickets_and_bookings/general_admission/

Entrance Fee :
Adult : AUD49
Children ages 4 - 14 year : AUD33
Children age below 4 : Free

Kepada sesiapa yang baca entry preparation - tiket online JM sebelum ni boleh tahu yang JM booking secara combo pax dan mendapat harga yang lebih murah. Sila baca entri tersebut untuk mendapatkan info yang lebih lanjut.

Sampai sahaja entrance, perlu ada aksi wajib le..tak tahu ke..heee....alah..buat-buat tak tahu pulak. Sila abaikan gambar JM ber boot bagai tu..ahahaha...nak masuk hutan pun pakai boot ke JM..ni la di katakan nak bergaya tak kena tempat..belasah je...ahahah

Bergambar dulu depan entrance
Masuk sahaja melalui entrance ni akan disambut dengan kedai souviner. Kami buat tak layan dulu, nak balik nanti baru belek-belek apa yang menarik.

Nature Gift Shop
Cafe juga di sediakan
Jom kita ke kaunter tiket dulu, oleh kerana kami beli online so just tunjuk sahaja bukti pembelian di kaunter dan dorang akan cop di lengan tangan untuk mengesahkan kemasukkan.

Lepas dapat cop pengesahan ni baru boleh masuk
Bertabahlah dengan entry yang panjang lebar ni dan kepada Pak Lang Mie, jangan semput ye baca entri ni..kalau tulis entri pendek tu bukan JM lah nama nya. Baru sampai entrance..kul berapa nak sampai di kawasan kanggaroo ni..tak sabar dah ni..heeeeeeeee....sabo..saborr..tak ke mana kanggaroo tu.

Kepada yang datang sini jangan lupa ambik map dan timetable show kat entrance tadi..nanti kang tersesat barat pulak pastu telepas show-show yang menarik tu.

Tempat pertama kami masuk adalah Venomous Snake dan kami hanya sekadar lalu sahaja tak sempat JM ambik gambar ular-ular tu coz kawan JM ni 'penggeli' orang nya belum tengok lagi dah takut. JM pun takut jugak tapi kalau tengok dari jauh masih berani kalau di minta pegang, usap-usap badan ular tu eeeee...lari!!!

Venomous Snake
Kemudian kami gerak ke kawasan Koala's..alahhh..koala bear yang kiut miut tu...Koala ni jenis spesis pemalas, jenis tak banyak gerak...asyik tido je dan yang JM faham koala ni tido 22 jam dan 2 jam je dia terjaga untuk makan sebab tu kalau tengok badan dia bulat je kan..pastu berkepit je di celah-celah dahan-dahan pokok tu. Kat sini di sediakan sesi bergambar dengan Koala tu tapi dek kerana bayaran mahal sangat bagi JM dalam AUD25 per/pieces kalau tak salah, so kami batalkan niat tu. Tengok dan ambil gambar dari jauh je lah.

Koala Research & Conservation
Koala yang kuat tido tapi cute
Aha..nampak tak Koala tu..apa tak nampak...ok..ok..meh JM close up lagi

Aha...dah jelas kan..nampak tak di tak pandang kamera pun sama ada malu atau sombong heeee
Sebenarnya banyak 'animals' kat sini tapi tujuan utama kami nak tengok kanggaro dan koala je yang lain-lain cam malas nak layan la kan. Tak percaya..jom tengok sign ni..banyak..follow je direction yang di beri serta peta di tangan...yang pasti kami nak pergi tengok kanggaloooo.....pastikan juga jika berminat jangan terlepas dengan show yang di sediakan.

Jom kita ke Kanggaroo farm
Kanggarooo...wait for me...wahhh...excited benar..Dalam perjalanan nak ke farm tu terpandang batu ni..ntah apa yang menarik kat batu ni..siapa tahu?

Siput besar berkepala orang
Pastu kami lalu je depan Wild Island ni tak minat nak masuk katanya..semua binatang tu leh tgk kat Malysia
Then sampai lah ke tempat yang di tuju..Kanggaroo ni di tempatkan dalam kawasan berpagar dan di jaga rapi. Kepada pelancong, mereka di benarkan untuk feed kanggaroo tu so kami ambil kesempatan untuk beri makan kepada kanggaroo..wahh..rupanya lapar betul...beriya makan...geli tapak tangan den.....menjerit-jerit JM heeee...

Kepada yang tak pernah lihat - inilah makanan kanggaroo tu
Inilah kanggaroo yang berkeliaran..kelaparan
Meh kita beramas mesra dengan kanggaroo
Dah puas belum tengok kanggaroo..nak lagi...bertabahlah..banyak betul gambar dalam entry ni. Jom tengok aksi kami bersama kanggaroo jantan ni...Yang mana aksi paling superb...tentulah tourist dari Jepun tu kan

Cuba lihat aksi pelancong dari Jepun tu..sama tak macam kanggaro betina ahahaah
Masing-masing teruja dapat pergi tengok kanggaroo
Ini adalah antara staff yang betugas di situ..cuaca sejuk dan nyaman jer
Argghh...dah puas bersama kanggaro..jom kita pegi tengok Australia Sheep Shearing Show jam 11.40 am.

Hai Kambing- dah ready ke nak kena cukur bulu tu...oh tidak..kami ni sekadar model je kat sini...oHHHH
Show ni mengambil masa lebih kurang 1 jam termasuk celoteh dari pengantara tu bermula dengan bagaimana mereka menggunakan anjing yang telah di latih untuk memastikan semua kambing-kambing yang berkeliaran di padang akan berlari masuk ke dalam kandang. Kiranya anjing ni kategori bijak lah membantu tuan nya menjaga kambing-kambing tadi. Kemudian selepas aksi -aksi sendaloka yang boleh membuatkan pelancong terhibur termasuk lah JM sedangkan dah pernah tengok show ni sewaktu di Perth dulu. Malas lah nak story panjang, meh kita tengok acara mencukur bulu kambing biri-biri dari Australia ni.

Show bermula
Selesai sahaja show kami ambil keputusan untuk gerak balik ke Surfers Paradise kerana petang nanti kami akan pergi ke tempat lain pulak. Untuk pengetahuan semua, di dalam sanctuary park ni juga di sediakan train so kepada sesiapa yang malas berjalan aroud the park ni boleh naik train. Kami juga ambil kesempatan untuk naik tren balik semula ke entrance tadi. Meh kita layan gambar-gambar yang berlatar belakang langit yang biru ni.

Biru betul langit ni kan
Sebelum balik singgah dulu beli ole-ole untuk kawan-kawan di Malaysia.

Souviner shop
Bila nak balik nanti korang jangan tunggu bas di bus stop yang mula-mula sampai tadi tetapi di bus stop di arah bertentangan. Kiranya bus stop tu tak perlu cross jalan.

Tunggu bas kat sini dan boleh lihat jadual waktu bas bertolak
Dalam jam 2.10 petang kami naik bas untuk bertolak balik ke Surfers Paradise stop berdekatan Apple Park dengan kadar tambang AUD4.11. Sampai sahaja tak terus balik ke hotel kerana ada agenda lain..ke mana JM selepas ni perlu tunggu entry selanjutnya.

Total expences today :
1. Tambang bas return : AUD8.29
2. Cling Koalas Souviner : AUD18.75
3. FM Wildlife Park : AUD4.95

Total summary : AUD31.99 (RM95.97)

Arghhh..penatnya nak siapkan satu-satu entry rupanya ye...selamat membaca semua...jumpa lagi..bye

Monday, September 9, 2013

Journey to Gold Coast, QLD : Brisbane

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

"Brisbane: perlu ke nak ke sana?"

Terlebih dahulu JM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada follower-follower baru blog ni, sudilah kiranya baca dan komen apa yang patut ye and keep on reading.

Okey berbalik kepada tajuk, hari ni kami akan ke Brisbane. Mesti ramai akan tertanya-tanya..apa yang best kat Brisbane tu, cam tak berapa glamour je nama tempat tu, perlu ke nak ke sana?...okey semua persoalan tu akan terjawab kiranya baca entry ni sampai habis ye. Entry ni agak panjang, kalau rasa bosan nak baca scroll down cepat-cepat tengok gambar je heeee.

Brisbane Map
Story Bridge and Brisbane City
Brisbane adalah sebuah ibu negeri Queensland yang mempunyai penduduk kira-kira 2 juta orang dan menjadikannya bandar ketiga terbesar di Australia.


Walaupun Brisbane pesat membangun dan masyarakat nya mempunyai daya pemikiran ke hadapan, ia mengekalkan semangat muda, suasana yang meriah dan damai. Iklim sepanjang tahun yang menyegarkan, pemandangan indah dan penduduk yang menyenangkan telah menjadi salah satu daya tarikan dan tumpuan pelancong domestik dan antarabangsa, menjadikan Brisbane bandar yang pesat berkembang di Australia. Bak kata pepatah "tak kenal maka tak cinta". Hai! cam promote Brisbane je heeee

How to get in:

1. By Plain (Brisbane Airport- BNE) - Bagi kita penduduk/rakyat Malaysia, jika ingin ke Brisbane perlu menaiki pesawat Malaysia Airline (MAS) kerana Air Asia tidak menyediakan route ke Brisbane, so kita perlu touch down at Gold Coast Airport dan dari sana baru naik train. Bagaimana caranya...nanti JM bagi direction ye.

2. By Train 
- Countrylink perates two daily rail services from Sydney, with connections from Melbourne and Canberra.
- Queensland Rail has services from most centres in Queensland (inilah train yang JM naik untuk ke Brisbane)

Attractive Place :

Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik yang boleh di lawati antaranya :

1. Brisbane City Hall and King George Square, Located between Adelaide and Ann Streets, this is the city's most significant historical landmark. Tours of City Hall have been suspended until 2012 due to restoration work. 

2. Museum of Brisbane, Ground Floor, 157 Ann St. 10AM-5PM daily, free. Features one floor of exhibits about the history of the city, and another floor for exhibitions of local artists.

3. City Botanic Gardens, 10-15 minute walk from the city centre and Central or Roma Street railway stations. Walking and cycling tracks. Exhibits. Open 24 hours. Free. Free guided tours M-Sa 11AM and 1PM, 1 hour. No need to book ahead. These tours are a mix of the history of the gardens and the city whereas the garden tours at Mt Coot-tha are more focused on the wide variety of plants. 

4. Commissariat Store, one of Brisbane's oldest buildings, showing exhibitions about the city's history. 115 William Street. 10AM to 4PM tuesday to sunday, $5 adults, $3 children/concession. 

5. Queensland Cultural Centre, Adjacent to South Bank, the site includes The Queensland Performing Arts Centre, Queensland Museum, Queensland Art Gallery, Gallery of Modern Art (GoMA) and State Library of Queensland - located on Grey St in South Brisbane. The Queensland Conservatorium and the Queensland College of Art are also located on Grey St. The recently opened GoMA regularly hosts exhibitions featuring internationally famous artists (such as Warhol and Picasso) as well as many local contemporary artists. The Cultural Centre has its own busway stop and can be accessed by a large number of different routes. 

6. Alma Park Zoo, About thirty minutes north of the city centre. The Zoo Train can be caught from the city on the Caboolture line. Admission: adults $32, children 3-14 yrs, $22, discounts for students, seniors and families. 

7. Parliament House and Old Government House, two elegant historical buildings from the 1860s. At the border of the City Botanic Gardens. Tours available.

8. Lone Pine Koala Sanctuary, 15 minutes drive from the city on Jesmond Road in Fig Tree Pocket (via the Western Freeway). Catch the hourly 445 or 430 buses from the city or the Mirimar boat cruise from South Bank at 10:20AM. +61 7 3378-1366. World's first and largest koala sanctuary, with over 130 koalas. Cuddle a koala, hand feed kangaroos and see some other Aussie wildlife. Admission $32 adults, $21 children 3-13 yrs, with discounts for families and students. 

9. Manly Boat Harbour, Manly Boat Harbour is the nearest access point from Brisbane city to Moreton Bay. Nestled beside the Manly Harbour Village, it is Brisbane's gateway to the Moreton Bay Marine Park with its pristine waterways and fascinating islands. Manly Harbour Village has a great range of dining and shopping options overlooking the marina. 

10. Maritime Museum, featuring exhibitions on Queensland's maritime history as well as several vessels on the river and a dry dock, the largest being the HMAS Diamantina which was a warship during World War Two. 

11. Mt Coot-tha, Brisbane's tallest mountain. A popular make-out spot with a great view and good but overpriced cafe and restaurant. Also home to one of the Botanical Gardens and a Planetarium. Approximately 6km west of the CBD. Large TV and radio antennas lining some of its broad peak. You can take a scenic drive through the heavily forested Mount Coot-tha Reserve to the peak to see the almost-360° views of Brisbane and the surrounding region. 

12. New Farm Park, This historic park is famous for the long line of jacaranda trees, shady picnic areas and its large rose gardens that contain hundreds of variety of roses, and over 40,000 individual plants.

13. Old Windmill, Brisbane's oldest surviving building (1828). Not open to the public. Wickham Terrace. 

14. Roma Street Parklands, is the world's largest subtropical garden in a city centre and home to 1,800 unique species of plants. Experience the theme gardens such as the topiary maze, rain forest walk, lake, celebration law and amphitheatre with many public artworks to admire. Free admission. 

15. Sir Thomas Brisbane Planetarium, Located in the beautiful subtropical Brisbane Botanic Gardens, Mt Coot-tha Road, Toowong. Open Tu-Su with free admission to astronomy and space displays and a mini theatre. Admission fees (generally $14.10 per adult, with discounts for families) apply to the Cosmic Skydome which features a wide variety of astronomy and space programs.

16. Wheel of Brisbane, (at South Bank), A ferris wheel that allows you to observe the city from 60 m with views across the Brisbane River. The trip is a 15 minute ride in an enclosed, climate controlled gondola. 10AM-10PM daily, $15, $10 children 12 years and under, $2 children aged between one and three.

*All the info are from BrisbaneTravel Guide - Wikitravel

Menarik tak?....ye memang banyak tempat menarik kat Brisbane ni sebenarnya tapi kurang famous di kalangan backpacker kan.

Let's go ikut JM ke Brisbane. Ini adalah story sambungan dari entry yang lepas di mana kami dah sampai di hotel tapi belum boleh check in, so kami ambil keputusan untuk menghabiskan masa di Brisbane. Bagaimana nak ke Brisbane dari Surfers Paradise tu?..Oh tidak perlu bimbang kerana seperti biasa JM akan bagi direction.

Direction to Brisbane City from Surfers Paradise by train :

1. Tunggu bas di stop 14 - Surfers Paradise. Bus stop yang memula sampai tadi. Camna nk ke sana..ikut jalan yang datang tadi cuma rah berlawanan..itu pun nk tanya ke ehehehe
2. Kat bus stop tu ada waktu operasi untuk weekdays, saturday dan sunday dan semua route dan no bas akan di senaraikan. Boleh rujuk dalam gambar dibawah.
3. Untuk ke Brisbane boleh naik train dari Nerang Train Station atau Helensvale Train Station.
4. Jika naik bus No 709, stop at Helensvale Stn
5. Sekiranya bas No 745 atau 740 sampai dahulu, bas ini akan stop di Nerang Staion. So either one nak naik bus yang mana satu coz kedua-dua train station tadi boleh pergi ke Brisbane
6. Sampai sahaja di Nerang Sation, dapatkan dahulu jadual perjalanan bas terakhir bagi memudahkan waktu balik nanti.
7. Beli tiket ke City Central - boleh beli di mesin dengan menggunakan cash atau just touch sahaja Go Card pada entrance gate (either one)
8. Naik ke Platform 2 arah ke Airport/Brisbane City
9. Stop at City Central Station

Tepat jam 12.40pm kami naik bus no 745 untuk ke Nerang Station dan tambang adalah AUD 3.08 . Apa yang boleh JM katakan di sini public transport mereka memang on time, jika dalam timetable tu state bus 745 will arrive on 12.04pm....bus tu akan sampai on time.

Nampak bus route and timetable tu - take note nanti senang nak gerak
Tips sebagai panduan :

1. Bagi memudah dan melancarkan perjalanan, JM nasihatkan agar buat note jadual perjalanan bas, sebagai contoh kalau nak ke Dream World, dapatkan No Bus dan Waktu Perjalanan sebab esoknya korang tak perlu tunggu lama di bus stand. Kata kan bus akan sampai dalam jam 10.15am so adjust time supaya dalam 10.10am korang dah terpacak di bus stand tu.

2. Print out bus route seperti gambar di bawah. Boleh dapatkan PDF file ni dari laman web http://www.surfside.com.au/documents/gagweb16DPS.PDF.

Bus Route Map
Perjalanan ke Nerang Train Station tak jauh coz dalam 12.50pm kami dah siap beli tiket. Kami beli tiket di mesin dengan harga AUD15.90 one way dan kalau malas nak guna mesin dan tak ada Go Card boleh beli di kaunter tiket di Platform 1 dan 2. Jom aaaa..kita tegok gambar dulu.

Kalau nak beli tiket cash nampak tak seorang jejak sedang beli tiket tu, kalau nak guna Go Card, touch sahaja di Entrance Gate tu
Arah beli tiket di kaunter
Train to Bisbane City/ Airport at Platform 2
Inside train
Pada mula nya kami tunggu train di Platform 1, apabila train sampai rupanya salah perlu tunggu di Palfform 2 walhal train ke arah Brisbane City baru sahaja sampai jam 01.04pm so kami terlepas train tu then perlu tunggu next train on 01.29pm. Dalam mana menunggu tu, terpandang lah satu notis mengatakan bahawa bagi sesiapa yang ingin ke City Central perlu stop at Yeerongpilly, pastu naik bas dari stesen tu ke Roma Street. Dari Roma Street Station naik train ke Central Station...wah mencabar tak trip kami kali ni. Sebenarnya train ni memang direct ke Central TETAPI pada 23 dan 24/08/2013 dorang ada buat construction sikit so train tak boleh buat laluan ke sana. Kami tahu berkenaan route ni selepas mendapatkan confirmation dari kaunter tiket tadi. Nasib baik kami tak naik tren yang terlepas tadi..kalau tak..entah apa akan jadi kan, so iktibarnya kita perlu fikir setiap yang berlaku itu mesti ada hikmahnya.

Tepat jam 01.29pm tren sampai dan nampak tak suasana dalam tren tu lengang je...time kami tunggu tadi pun tak ramai orang. Perjalanan ke Yeerongpilly agak membosankan kerana kelajuan tren ni bukan seperti bullet tren tu like KTM jugak nasib baik dalam tren ni ada WIFI free heee. Seperti JM jelaskan sebelum ini walaupun cuaca panas terik tapi udara nyaman dan sejuk je seperti berada dalam aircond. Kalau kat Msia jam 01.00 - 02.00 pm jangan harap nak keluar jalan santai-santai macam ni...bepeluh den.

Hoyyeee dan sampai di Yeerongpilly Station, bergambar sekejap coz perlu bergegas untuk naik bas ke Roma Street. Tak perlu risau bus memang akan menunggu penumpang untuk ke sana.

At Yeerongpilly Station - nko ambik gambar aku...aku ambik gambar ko..ini lah  kekdah nya kalau travel berdua..mesti nak ada gambar kenangan kan.
Ini pulak antara gambar yang sempat di ambil semasa perjalanan ke Roma Street dengan bus, gigih tak kami.

Adakah ini Story Bridge, Birsbane tu
View sekitar Brisbane City
Bus akan stop kat sini - jalan terus ke hadapan untuk nak tren ke Central dari Roma Street Station
Nampak tak notis kat atas tu - waktu balik nanti kami perlu naik bas di platfrom 1 untuk ke Yeerongpilly
Train to Central from Roma Street Station
Kami sampai di Roma Street Station dalam jam 02.50pm dan dari sini kami ke Platform 6 & 7 untuk naik tren ke Central , satu stesen sahaja tak sempat panas bontot dah sampai. Sampai sahaja Central Station jam 3.00pm singgah beli fillet O Fish buat alas perut AUD8.95 kat McD. Oleh kerana masa terhad, so kami decide untuk ke Botanic Garden, Brisbane.

Central Station, Brisbane
Kalau nak ke Brisbane Botanic Garden tu mudah sahaja. Keluar sahaja dari central station, nampak tak Brisbane Bus Line tu, cross sahaja jalan tu  arah ke Adelaide St sehingga jumpa bangunan seperti di bawah sebelah kanan.

Brisbane City Church
Dari bangunan atas ni , cross jalan seperti di bawah untuk ke arah Brisane City Hall. Dari sini jalan sahaja terus ke hadapan sehingga nampak sign untuk ke Botanic Garden tu. Kawasan ni memang meriah dengan pelancong dan terdapat beberapa kedai dan outlet yang menjual dengan potongan harga mencecah 70% tetapi apabila di lihat still mahal. Moh la layan gambar dulu.

Corss jalan ini  dan sebelah kanan nanti adalah Brisbane City Hall..mmg happening kat sini waktu JM sampai
Brisbane City Hall dari pelbagai angle
View sekitar Queen Street Mall
Dah tak jauh, jap lagi sampai di Botanic Garden tu
Botanic Garden
Tak ada yang menarik kat sini sekadar kawasan taman untuk orang bersantai , berbasikal dan berjoging. Dari sini boleh ke Parliment House dan University Of Queensland Technology. Kami berehat sebetar sambil menikmati keindahan tepi laut, melihat kapal-kapal layar berlabuh sambil makan Fillet O Fish.

Langit biru dan mempesonakan
Nampak tak hari dah semakin gelap waktu jam 5.00 petang kami mula gerak balik ke Queen Sreet Mall untuk beli sedikit souviner buat kenangan dan ada beberapa kedai kat sini dan pastikan survey dulu coz ada kedai yang jual dengan harga yang lebih murah. JM sempat rembat sekeping FM untuk diri sendiri AUD4.

View at night
Malam sudah menjelang, dalam jam 6.00 pm kami mula gerak balik ke Gold Coast dan seperti datang tadi, naik tren dari Central turun di Roma St Stn, kemudian naik bus turun di Yeerongpilly. Dari Yeerongpilly naik tren turun di Nerang Station dan kemudian naik bas terus ke Surfers Paradise. Jangan tersilap ye, route ni berlaku kerana pada tarikh kami ke sini ada construction jika tidak boleh naik direct tren dari Nerang ke Central pergi dan balik.

Fee :
1. From Central to Roma Street Station : AUD2.63
2. From Yeerongpilly to Nerang Sation : AUD13.08
3. From Nerang Station to Brisbane : AUD3.08

Sampai sahaja di hotel, terus check in dan bawak semua luggage masuk bilik, bersihkan diri dan sediakan makanan dari bekalan yang di bawa dari Msia. Nasib baik time ni JM 'off' so tak perlu risau kalau tinggal solat..SHhhhhhh heeee.

Total cost summary : AUD50.72
Total cost for day 1 : AUD54.68 + AUD50.72 = AUD105.4 (RM316.20)

End of day one dan separuh hari di Brisbane. Nanti kan ke mana JM pada hari ke 2.