ads one

Monday, September 23, 2013

Journey to Gold Coast, QLD : Wyndham Cruises Sightseeing

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat dan rakan pembaca semua,


Apa khabar semua kawan-kawan JM di luar sana, semoga sihat semua hendaknya yer..kalau tak sihat nanti dah ada mood nak baca celoteh JM kat blog ni heee....Sehingga hari ini baru JM tahu rupanya ramai betul silent reader blog ni..terima kasih kepada semua, JM amat hargai...dengan ini semakin bersemangat nak kongsi cerita dan pengalaman menjelajah negara orang. Maybe kekerapan nak update blog agak berkurang di samping tugas-tugas harian so sabar ye menunggu entry baru.

Sebelum JM meneruskan story hari ini, salah seorang rakan blogger (Zura Lee) minta iklan kan berkenaan voucher ticket ke Fraser's Hill 2D1N yang beliau beli melalui MyDeal.co.my tetapi tak dapat pergi kerana suami bekerja pada hujung minggu, so terpaksa korban kan voucher ni. Kepada sesiapa yang berhasrat untuk ke sana boleh dapatkan voucher ni daripada Zura, maybe dapat discout coz dari harga RM170.00 beliau bagi harga RM150.00. Jika berminat boleh berhubung melalui blog link kat atas tu. Kalau JM ada partner leh je rembat voucher ni.....tapi dek kerana sorang...so JM bagi peluang kepada kawan-kawan yang lain.

Fraser's Hill Voucher
Details :
- Harga RM150 (weekend rate)
- Puncak Inn Apartment (Studio Suite)
- Valid from Now until 30 November 2013 ( Not Valid for Public Holiday)
- Kepada yang berminat boleh berhubung dengan Zura dan bank-in ke Akaun Maybank : 166 010 243 560 ATAU CIMB : 144 200 739 23 526 (Zuraini binti Ghani)

*JM tolong war-warkan sahaja kepada sesiapa yang berminat boleh berhubung terus dengan Zura ye



Seperti biasa setiap agak panjang..kalau rasa bosan..tengok gambar je lah ye...

Meh sambung story percutian ke Gold Coast...masih pada hari ke dua. Siapa ingat lagi last entry adalah perjalanan JM ke Currumbin Wildlife Sanctuary sehingga jam 2.00 petang lebih kurang..pastu dari sana kami tak terus balik hotel kerana kami akan naik Cruise pada jam 3.00 petang. Okey..mesti semua orang tertanya-tanya kat mana tempat untuk naik Cruise tu..ahaaa..tak perlu risau kerana lokasi jeti adalah berdekatan Apple Park. Jalan sahaja menyusuri Apple Park akan jumpa Wyndham Cruise Jetty Point.

Seperti yang JM kaborkan sebelum ni..lokasi Islander resort amat strategik sekali berdekatan Surfers Paradise, bas stop, gift shop, Hard Rock Cafe, Woolworth supermarket dan juga kaunter tiket untuk naik Cruise tu.

Lokasi Wyndham Cruises Ticket Counter :
1. Kalau dari Islander Resort Hotel - jalan ke main road terletak bertentangan dengan bus stop untuk ke Currumbin Wildlife Santuary tu...mudah bukan
2. Oleh kerana kami turun di hadapan Apple Park, just jalan terus sahaja ke hadapan arah balik ke hotel akan jumpa kaunter tiket di tepi jalan dan entrance seperti gambar dibawah.

Sightseeing Cruise Ticket Counter
Camna kami boleh gambar berdua ni..aha kalau nak tahu org Australia ni baik-baik..siap offer diri utk ambik gambar kitaorang
Kalau nak naik Superduck Adventure boleh beli tiket di kaunter bersebelahan
Untuk pengetahuan rakan pembaca semua, JM telah beli tiket untuk naik cruise ni secara pakej bersama tiket masuk ke Currumbin Wildlife Sanctuary tu..kiranya harga tiket untuk 2 tempat ni AUD49.95. Kalau beli secara berasingan entrance fee untuk Currumbin AUD49 dan Cruise ticket AUD35 total AUD84..rugi kan..bagaimana nak beli secara pakej tu boleh rujuk kat  SINI.

Tiket yang telah di beli secara online boleh di sahkan di kaunter tiket dan di beri Boarding Pass sebagai pengesahan sebelum naik Cruise tu.

Cruise Ticket Counter
Cruise Ticket Price - ada pelbagai type..boleh pilih
Wyndham Cruises Boarding Pass
Mesti timbul pertanyaan di kotak fikiran kan...wahh ayat...heee..perlu ke naik Cruise tu..seronok ke..berbaloi ker....pada pendapat JM adalah berbaloi kalau beli tiket secara pakej tetapi kalau beli tiket semata-mata nak naik cruise dengan harga AUD35 tu tak perlu la kot. Sightseeing tu merangkumi Surfers Paradise Skyline, Home of the rich and famous, Marina Mirage, Palazzo Versace & Sea World. Kami telah memilih untuk naik Afternoon Cruise Savoury depart from Surfers Paradise jam 3.00pm dan return jam 4.30pm dan di dalam Cruise nanti akan di sediakan minum petang air coffee or nescafe, biskut dan buah anggur.

Sementara menunggu jam 3.00 petang, haruslah bergambar dahulu di sekitar tu sebelum naik Cruise. Jom layan scenary kawasan sekitar.

View sekitar Wyndham Point
Aha..kawan-kawan dah ready ke nak tour dengan cruise bersama JM ni..let's go...

View dalam Cruise - ada deck atas untuk lihat view dari luar
View pertama yang kami nampak adalah perumahan orang-orang kaya di CG....kalau kita kat Malaysia..nampak orang parking kereta BMW ke..Mercedes ker..boleh di kategori kan sebagai orang kaya lah kan..kiranya jutawan lah..TAPI di sini...mereka parking boat berharga jutaan ringgit..korang mampu heeee.... moh tengok...

Parking boat bersepah kat depan rumah
Bila dah bayak duit..petang-petang boleh santai-santai atas bot macam ni...korang mampu heeee
Kemudian kami menikmati keindahan kawasan sekeliling dengan udara yang nyaman, langit yang membiru....argghhh..syurga dunia..pastu feeling-feeling seperti naik Titanic....ahahahah.....berangan...tak percaya....cer tengok gambar nih

Merenung jauh sambil mensyukuri nikmat ciptaan Allah
View Surfers Paradise dari kejauhan - kalau waktu malam view lagi cantik
Surfers Paradise
View sekitar Marina Mirage
Cruise ini juga akan melalui taman tema Sea World
Seperti yang JM maklumkan sebelum ini minum petang juga disediakan

Minum petang - JM cuma makan biskut dan buah anggur
Yeayyy...we are here
Selama 1 jam 30 min berada di atas Cruise tu..setelah puas menikmati keindahan ciptaan Allah dan puas bergambar dalam pelbagai posisi, tiba lah masa nya untuk pulang ke daratan. 

View sekitar jam 4.30 petang
Nampak tak..korang jalan terus sahaja je hadapan cross main road akan jumpa Islander Resort Hotel
Dari sini kami singgah dulu pasaraya Woolworths untuk beli barang-barang dapur untuk masak malam ni dan singgah sebentar di Hard Rock Cafe Surfers Paradise. Lokasi pasaraya ni dalam beberapa meter je dari hotel..kiranya keluar dari entrance tu akan nampak pasaraya ni...

Pasaraya Woolworths
Korang nampak tak iklan This week's Specials tu...di kawasan sekitar paradise banyak papan iklan seperti ini 2 Adults AUD20..so kami curious jugak..pesal murah sangat tiket masuk ke taman tema ni kan..so kami pun tanya lah..rupanya harga ni di tawarkan kepada residense from New Zealand dan Australia sahaja..untunglah dorang kan.

Jom tengok apa yang kami beli kat sini, beli sayur, seafood, telur, air mineral, strawberry, beras dan roti. Puas JM makan strawberry kat sini 3 peket...bekas plastik warna putih tu yang biasa kita beli RM7.00++ (sepeket) kan tapi kat sini AUD3.99 je..memang puas lah makan.

Bershopping barang makan di obersea
Hasilnya...taraaaaaaaaaaaa

Penuh troli you oulsssss
Dah habis shopping, keluar dari Woolworths tu singgah sebentar di Hard Rock Cafe, kawan JM masuk usah-usah tapi tak ada yang berkenan di hati, bergambar sekejap buat kenangan terus balik hotel.

Tak beli T-Shirt dapat bergambar depan Hard Rock Cafe pun jadi lah heee
Ini adalah menu kami pada malam tu....beras Australia ni seperti beras Korea..siapa pernah makan boleh bayangkan rasanya
Total cost this evening beli barang dapur :  AUD13.63

Selesai sudah misi hari ke dua di Gold Coast. Nak tahu ke mana kami pada hari ke tiga..tunggu entry seterusnya..

Enjoy reading yer....byeeeeeeeeeee!!!!

No comments:

Post a Comment