ads one

Tuesday, October 15, 2013

From GC to Sydney, NSW : Arrival

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan pembaca semua,

"Sydney ..here we come"

Lately...JM agak sibuk dan tidak berkesempatan untuk berkongsi cerita dan pengalaman bercuti ke Luar Negara tetapi hari ini JM ambil peluang yang ada untuk sambung story percutian ke Sydney. Siapa ingat lagi last entry JM stop kat mana...sila angkat tangan heeee.

TAPI sebelum tu JM nak kongsi sedikit info berkenaan Australia ni. 

Australia is divided into 6 states: New South Wales, Victoria, Queensland, South Australia, Western Australia and Tasmania and 2 territories; the Australian Capital Territory and the Northern Territory.

Map of Australia : Google
                                Cities                                    States / Territories
                                Canberra                                    Australian Capital Territory
                                Sydney                                       New South Wales
                                Darwin                                       Northern Territory
                                Brisbane/Gold Coast                 Queensland
                                Adelaide                                    South Australia
                                Hobart                                       Tasmania
                                Melbourne                                 Victoria
                                Perth                                          Western Australia

Nampak tak  route JM terbang dari GC ke Sydney..apa tak nampak..tak pe..tak pe..JM pun tak nampak
Aha...yang ini lebih jelas
Kita tinggalkan dulu citer pasal peta Australia ni..meh ikut JM pegalaman hari pertama di Sydney. Dari Gold Cost Airport kami menaiki pesawat Tiger Airway dan di jangka tiba di Sydney Airport pada jam 9.00 malam.

Bandar Sydney dari udara sebelum mendarat
Apabila pesawat mendarat sahaja terdapat shuttle bas yang sedang menunggu untuk di bawa ke bangunan Domestic Terminal. Sampai sahaja di terminal airport tidak perlu melalui pemeriksaan kastam bagai..terus je claim luggage pastu cari transport untuk ke hotel.

Bas yang akan bawak penumpang ke bangunan terminal
Nampak tak..masing-masing dengan beg yang dah beranak-anak
Sebenarnya kalau nak ke Sydney City dari aiport boleh naik Sydney's Airport Train, tambang AUD16 dan train akan berhenti di Central Station tetapi oleh kerana kami malas nak tarik beg yang berat ni, so ambil keputusan naik mini van dengan kadar tambang AUD32 return dan dorang akan hantar terus ke hotel tempat kita menginap. So tak perlu risau nak cari lokasi hotel lagi malam-malam buta tu kan..pastu time nak balik ke Airport nanti maklumkan tarikh dan masa untuk dorang pick up dari hotel.

Sydney's Airport Train
Ini lah kaunter unutk beli tiket mini van tu..tak susah nak cari kerana berada di arrival hall je
Satu je yang JM tak suka dengan servis mini van ni, lama betul kami mengunggu untuk bertolak ke hotel pada malam tu lebih kurang 30 minit menunggu tapi tak gerak-gerak lagi, so nak kill time sambil layan Candy Crush dan Facebook kerana dapat internet free di airport. Tapi sewaktu nak balik ke airport boleh pulak datang jemput on time..geram betul..kawan JM dah maki-maki kat dalam van tu..sabar je lah.

Kami menginap di Breakfree On George yang terletak di George Street, lokasi sangattttttttttttttt DEbommmm dan menarik kerana keluar je entrance hotel dan nampak Market City iaitu terletaknya Paddy's Market, bersebelahan China Town dan dalam beberapa minit sahaja jalan kaki untuk ke Darling Harbour. Kepada mereka yang ingin ke Sydney dan masih mencari-cari hotel yang Terbaeekkk..JM memang syorkan hotel ni. Jika nak tahu lebih lanjut berkenaan hotel ini boleh refer entry JM kat Accomodation

Sampai sahaja hotel, terus check in, masuk bilik..walllah wehh...bilik besar...yang penting ada tempat masak lagi..di sediakan pencuci pinggan, senduk, sudip, sudu, garpu, pinggan mangkuk dan oven. Wah..apa lagi memang tak rugi kami bawak rice cooker yang berat tu. Boleh save budget untuk makan macam ni.

Bilik besar dan bersih..ada balkoni
Bilik air pun besar
Ini lah kitchen tu
Dah masuk bilik..buat apa yang patut..pastu tidooooooooo...ZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzz...bila dah tidur habis lah story untuk hari ni...nanti JM sambung lagi story lepas bangun tido tu ek...oleh kerana entry kali ni pendek je..so tak bosan lah nak baca kan...

Nantikan sambungan Day 1 di Sydney..ke mana kami..Tunggu!!!

Kalau nak baca citer Sydney versi lain boleh terjah blog DJ dan Sharleez yer..

Selamat hari raya Qurban...byeee

No comments:

Post a Comment