ads one

Thursday, October 10, 2013

Journey to Gold Coast, QLD : Last Day

Assalamualaikum dan selamat sejahtera to all my dear reader,


You oulsssssssss...hari ni hari ke -5 dan hari terakhir kami di Gold Coast, Queensland...nak tahu ke mana JM last day ni..yeayy..kami nak pergi shopping...shopping lah sangat kan...

Nak habiskan cepat-cepat entry Gold Coast ni....lelama sangat bosan jugak..

TAPI sebelum tu JM cuma ingin menyuarakan perasaan sedih kepada rakan pembaca semua dan juga kecewa dengan pak POSMEN kerana JM telah mengepos sebanyak 60 keping pucuk surat yang mengandungi ole-ole dari Australia kepada semua rakan pembaca setia dan hanya sebahagian sahaja yang memaklumkan mereka telah menerima bungkusan tersebut.

Apa yang menjadi kemusykilan adalah kandungan berbeza dari segi FM dan Koala sahaja..ke mana pergi nya sebahagian yang lain..huhuhu..sedih bila dengar ada rakan-rakan yang belum terima tu. Maybe tiada rezeki korang lah yer....Kepada mereka harap-harap jangan merajuk ngan JM tau...

Yang dah terima : Kak Cho Zila, MS Smile, Janggel. Wak gelas, Eiada, DJ, Halina, Kharuddin Lim, Yong ASP, Cik Viva, Irfa, TT Boy, Linda Yusof, Hulubalang, Kaki Berangan, Azura, Heidi Hana, Emy TK, Syeida, Zila, Sukri Mat, Lieya, Norhidayah, Azra, Hani, Orga, Nur Syaiza, Farel, Dzuli, Zette, Yaya Rahman, BibiEr, Kak Anash, SR, Dila Bangi, Kak MP, Dekdaa dan Zura Lee, Azamiah, Pak Lang Mie.

Yang belum terima : DATT, White Moon Rider, Azie Kusnin, Fadzlina, Norjimah, Jea, Syarifah, Nor Hafizah Ayu, Semieona, Nur Izyan, Izza, Diana Teo, Liza Razak, Hadrawillin, Nor Zila, Tasnim, Mariam, Norfazilah, Siti Samsuri, Nurul Ain, Wan Mastura, Norhashimah, Noryatimah, Ayu Fatarina, Irene ling, Nur Amalina, Kak Rozita, Intan Lavender.

Kepada mereka yang belum terima ole-ole tu, jikalau baca entry ni , JM mohon maaf ye kerana dah lama pos dengan setem RM0.80 tapi still tak sampai....sedih lah pulak

Okey, hari terakhir di Gold Coast, kami akan ke Harbour Town yang terletak lebih kurang 20 minit perjalanan dari Surfers Paradise. Pada jam 8.30 pagi kami check-out dan tinggalkan luggage di bilik khas yang terdapat di lobi hotel.

Harbour Town Gold Coast (Branded Outlet) - There's Is No Like it (Dahsyat tak bila dengar)

The very first Harbour Town began an outlet shopping revolution. Opened in December 1999 at Biggera Waters, Gold Coast, it was the first and largest purpose-built, brand direct outlet shopping centre in Australia. In fact, Harbour Town Gold Coast remains the nation’s largest outlet shopping centre.

Opening Hour : 09.00 am - 05.30 pm

Car Information
 - Harbour Town Gold Coast is located at 147-189 Brisbane Road, Biggera Waters

- Travelling north from Surfers Paradise follow Highway No. 2 Gold Coast Highway (Brisbane Road to locals) to Biggera Waters.

- Travelling south from Brisbane or north from Coolangatta on the Pacific Motorway take Exit 62 then travel for approximately 7kms (7 sets of traffic lights).

Bus Information
Bus 5 – Runaway Bay to Harbour Town
Bus 16 – Gaven Heights to Harbour Town
Bus 703 - Burleigh Heads to Harbour Town.
Bus 709 - Helensvale Train Station to Harbour Town.
Bus 715 – Sea World via Southport to Harbour Town.
Bus 738 – Broadbeach to Harbour Town
Bus 760 - Coolangatta to Broadbeach then transfer to Bus 709 to Harbour Town.

Jika menginap di Islander Resort, untuk ke Harbour Town perlu tunggu bas di depan Apple Park bas bernombor 703 tambang AUD3.08 dan akan berhenti betul-betul di bus stop Harbour Town seperti gambar di bawah. Selain Harbour Town terdapat banyak lagi shopping mall seperti Pacific Fair, Westfiled, Australian Fair, Runaway Bay, Oasis, Robina Town dan The Pines.

Harbour Town - 703
Pacific Fair - 709
Harbour Town bukan shopping mall bertingkat seperti Mid Valley, KLCC, City Gate Outlet tu tapi merupakan beberapa shop lot seperti gambar di bawah. Terdapat pelbagai barang yang di jual terdiri daripada Outlet Store, Retail Store and Services dan Dining & Entertaiment. Kepada pengunjung yang beragama Islam tidak perlu risau kerana terdapat beberapa Restoran HALAL dan SURAU turut di sediakan seperti Kofte Burger, ISPA Kebab Cafe dan Nando's.

Harbour Town Map
Ini lah Harbour Town
Dah sampai, tak sah kalau tak tinggalkan jejak heee
Sambil jalan-jalan masuk kedai, keluar kedai tanpa hala tuju dan belum jumpa barang yang berkenan di hati tetiba ternampak satu kedai ni @Target Oultet. Terus kami terjah dan melompat-lompat keriangan kerana kat sini ada sale termasuk Winter Coat murah you oulsss...Kat sini lah JM rembat winter coat warna merah yang akan di pakai di Sydney nanti dengan harga AUD16 (RM48)..mana nak dapat kak Msia harga tu kan. Itu je yang tinggal sepasang warna merah..kalau hati dah berkenan..merah pun merah lah.

Target Oulet
Ini adalah antara kedai-kedai yang terdapat di sana
Tak banyak gambar yang JM ambil kat sini kerana sibuk men'nyopping' kan.YE..kalau nak makan tengahari tak perlu risau kerana terdapat restoran HALAL seperti di nyatakan tadi. Kepada mereka yang nak solat boleh pergi ke SURAU seperti sign di bawah tapi berkunci, perlu dapatkan kunci di Tourism Lounge Customer Servie dan pulangkan kunci semula. Tak perlu risau kerana surau lelaki dan wanita berasingan.

Nak kenal surau kat sana perlu lihat pada sign gambar tangan tu..ha kat sini lah SURAU
Ambil kunci surau kat Tourism Lounge ni
Keluasan surau hanya boleh muat 5 orang sekali solat dan kain telekung juga di sediakan. Memang bersih maybe kurang orang guna heee.

Arah Kiblat
Kain telekung yang disediakan
Tempat berwuduk
Hampir 4 jam kami kat sini lebih kurang jam 2.30 petang mula bergerak balik ke hotel kerana jam 7.30 malam kami akan fly ke Sydney. Dari Harbour Town ke SF boleh naik bas no 709 atau 703 dan kadar tambang adalah AUD3.65. Sampai di hotel pada jam 3.15 petang, masukkan hasil shopping dalam beg dan terus ke bus stop yang terletak bersebelahan bangunan MELBAS untuk ke Airport. Barang di ingat ye..jangan naik bas di depan Aple Park tu. Pada jam 3.52 petang kami naik bas no 702 - Gold Coast Airport dan tambang AUD2.54

Luggage yagn beranak pinak..tak termasuk backpack lagi tu
Sampai sahaja di Airport, ke kaunter Go Card Shuttle untuk pulangkan Go Card dan mereka akan return value dalam kad serta deposit kad. Hari tu semasa JM pulangkan dapat AUD22.50, hoyee..boleh guna untuk shopping di Sydney nanti.

Pulangkan Go Card di kaunter ni
Bye-bye Go Card..bila kita nak jumpa lagi eh
Jam 6.00 petang check in dengan Tiger Air dan jam 9.00 malam dah mendarat di Sydney. Ingin diingatkan juga di sini pastikan luggage tidak melebihi berat yang di beli kerana setiap lebihan 1 kg di kenakan AUD20 dan jumlah hand luggage yang di benarkan adalah 10kg setiap seorang

Ready fly to Sydney
Total Cost for today : AUD57.27

Bye-bye Gold Coast Queensland..kalau ada rezeki akan datang lagi tapi bersama 'pasangan' pulak heee..

Nak tahu cerita menarik di Sydney tak?...tunggguuu...

No comments:

Post a Comment