ads one

Monday, November 11, 2013

From GC to Sydney, NSW : Blue Mountain - Three Sisters

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


"Berbunga-bunga hati JM bila lihat bilangan follower makin bertambah...terima kasih kepada kalian semua..jutaan terima kasih kepada yang sudi baca dan komen kat blog JM ni..."


Kalau ke Sydney tapi tak pergi tempat ni seperti mamak makan nasi tampa kari...ehh..betul ke pepatah ni..Ke mana lagi kalau tak ke "Blue Mountain"

Okey...let's read my story...ikuti kisah percutian di Sydney untuk hari ke -3 pulak. Semua orang tahu banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi selain dari Sydney Opera House,  Bondi Beach, Darling Harbour, Royal Botanic Garden, Paddy's Market, Hyde Park, Victoria Building, Fish Market dan banyak lagi lah...

Rakan blogger JM..siapa lagi kalau bukan DJ dan Syarleez, mereka juga telah keluarkan entry berkenaan Blue Moutain ni dan kalau nak baca entry versi dorang just click pada senarai blog yang JM follow disebelah kanan tu ye. Kalau berminat nak baca versi JM...sila scroll sehingga ke bawah :-).

Seperti biasa tidak perlu di ceritakan lagi.. mestilah keluar seawal pagi....tak boleh buang masa rugi maaa...Alright..let's go..siapa nak tahu direction ke Blue Mountain ni..angkat tangan...kalau tak ada orang angkat pun..JM tetap nak kongsi info ni dengan korang heeee.

Direction to Blue Mountain :

1. Tak kira kat mana pun korang menginap perlu naik train di Central Station
2. Sampai sahaja di Central Station perlu naik CityRail (Blue Mountain Line)
3. CityRail Blue Mountain Line is one of intercity train. Perlu semak dulu timetable before boarding
4. Pastikan pegi ke InterCity Platform (Platform 4 -25) to Katoomba Station. Kiranya any train with the destination to "lithgow", "Katoomba", or "Mount Victoria" will get you there
5. Single ticket fee to Katoomba Station AUD8.20 and AUD16.40 return ticket. Jika ada myMulti3 just tocuh je kat ticket entrance
6. The train from Central Station to Lithgow start at 8.24am and arriving at Katoomba Station around 10.19am which is recommended trains. This train is an express and slightly faster than the others which stop at all stations once into the Blue Mountain
7. Sampai sahaja di Katoomba Station, cross jalan pastu gerak ke kiri sikit end of building, then belok ke kanan jalan sehingga nampak Carrington Hotel di sebelah kanan.
8. Tunggu bas di bus stand yang terletak betul-betul di hadapan Carrington Hotel dan ada juga bus timetable
9. Naik bus bernombor 686 yang akan stop di Chocolate Factory, Echo Point dan Scenic World. So kalau nak ke Blue Mountain, stop at Echo Point. Kekerapan bas adalah setiap 30 minit.
10. Sampai sahaja di Echo Point, apa lagi...bergambar lah..takk nak tengok je view yang cantik tu heeee.

Ishh..susah lah JM, kalau sekadar baca direction je kurang faham..ok tak pe..meh JM kongsi gambar pulak untuk gambaran yang lebih jelas kan...

View sekitar George Street ..on the way ke Central Station
Nampak tak JM bawak beg bekalan makanan untuk seharian kami di sana
Sila follow direction ni...Platform 1 -15 Country and Intercity trains
Pastikan naik train Blue Mountain Line Platform No 4
Tunggu train di Platform 4 - pastikan semak dahulu timetable ada kemungkinan platform akan sentiasa berubah
Pastikan juga tunggu di platform yang betul ye
Sambil tunggu train tu nampak pulak mamat hensem...curi-curi ambik gambar...jahat kan heee
Hoyee..train dah sampai..let's go..kita naik train
Masuk je dalam train terus snap gambar gadis-gadis cantik ni...ishhh..JM....JM..pantang nampak benda-benda cantik ni...teruja tau...

Nampak tak gadis berbaju hitam tu...seperti patung
View sepanjang perjalanan ke Katoomba Station
Selepas beberapa jam dan selepas train berhenti di beberapa station akhirnya pada jam 10.19am kami sampai di Katoomba Statio. Tidak perlu risau kerana terdapat announcement setiap kali train akan berhenti di perhentian dan pastikan be carefull jangan tertido pulak dalam train tu....karang ntah ke mana-mana perginya. Let's go..katoomba....katombaa..katoomba...dah macam tarian di Hawai kan heeee.

Katoomba Station
Sampai sahaja di Katoombaa Station, pilih way out ke Katoomba Street
Cross jalan ke arah trolley shop tu..seperti pak cik bertongkat tu..pastu ke kiri
Keluar sahaja dari Katoomba station, cross jalan arah ke trolley shoppe seperti Pak Cik bertongkat tu, then ke kiri jalan je menyusuri kedai-kedai tu sehiggalah nampak Carington Hotel sebelah kanan jalan. Betul-betul depan hotel tu ada bus stand untuk ke Blue Mountain.

Tunggu bas kat sini
Ini lah view bandar katoomba
Tak perlu risau kerana terdapat jadual perjalanan bas di bus stand tadi
Bus ke Blue Mountain
Dalam jam 11.15 am bus no 686 - Scenic World/echo point/blue mountain pun dah sampai dan dalam 10min perjalanan je dah sampai ke Echo Point di mana terletaknya Three Sisters. Apa yang menarik sangat Three Sisters ni....Laa...rupanya BATU berkembar je like 3 adik beradik..nak tahu tak bagaimana leh dapat nama Three Sisters not Three Brothers nih...

THREE SISTERS

The Three Sisters is the Blue Mountains’ most spectacular landmark. Located at Echo Point Katoomba, around 2.5 kilometres from the Great Western Highway, this iconic visitor attraction is experienced by millions of people each year. 

The Three Sisters is essentially an unusual rock formation representing three sisters who according to Aboriginal legend were turned to stone.

Three sisters, Meenhi, Wimlah and Gunnedoo had a father who was a witch doctor. His name was Tyawan.

Kisah lagenda three sisters ni memang menarik untuk di baca...so kalau rajin refer kat SINI

Sampai sahaja di Echo Point...bergambar dulu...ini aksi wajib...

Eco Point Look Out - Dari sini boleh nampak Three Sisters tu
Ini lah Three Sisters tu...yang menjadi tarikan pelancong
Tapi jangan tanya JM yang mana satu adik..dan yang mana satu kakak..heee
Meh..JM zoom dekat sikit
Kemudian di sini terdapat touris information yang menjual soviner dan harga agak mahal, so boleh kalau nak beli sekeping buat diri sendiri sebagai kenangan. Selain three sisters boleh jugak kalau nak ke  Three Sister Walk, Prince Henry Cliff Walk, Giant Stairways dan Federal Pass.

Information Centre - ada jual souviner
Follow je direction ni
Camna leh bergambar berdua ni....BERDUA lebih baik kan
See...bagaimana kami boleh gambar berdua ni..aha...sedang kami pose maut sorang-sorang kat sini ada lah seorang pak cik ni dari India kalau tak salah offer diri nak tolong ambilkan gambar kami berdua...mesti dia simpati dengan kami...thank you SIR..kalau dia muda remaja seperti kami (mudalah sangat kan)...JM orang pertama akan minta dia bergambar dengan JM...ahahaha...DASArrr....Let's go..kita teruskan perjalanan..

Let's go..kita ke Three Sistes Track
Setiba je ke Three Sisters Track, kawan JM tak nak turun, so ambil gambar dari jauh je Three Sisters dari bahagian tepi.

View Three Sisters from the other side
Kemudian kami pun bergerak balik ke Echo point tadi dan menunggu bas yang sama untuk ke mana pulak ye?....oh ya..kalau nak tahu perlu tunggu next entry...dah panjang sangat entri ni..penuh ngan gambar jer..

Yang pasti bukan bas yang ini ye...
Jadi kepada rakan pembaca semua semoga sabar menuggu yer...babai...Assalamualaikum :-)

No comments:

Post a Comment