ads one

Friday, September 6, 2013

Journey to Gold Coast, QLD : Arrival

Assamualaikum dan salam sejahtera semua,

"Journey to Gold Coast is START from here"

Sesi memasukkan souviner ke dalam sampul bagi semua pembaca blog JM yang telah emailkan alamat sudah selesai dan telah di hantar kepada pak posmen. Terima kasih kepada semua termasuk silent reader yang sudi menghantar alamat, sebenarnya niat di hati JM adalah untuk merai para pembaca kerana sudi singgah dan baca blog ni. Niat JM ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Mungkin ole2 yang di kirim kecil nilainya, so JM harap semua dapat menerimanya ye. Kepada yang belum mengirim alamat....masih di alu-alukan.

Mari baca kisah perjalanan JM ke Gold Coast.

Selepas setahun penantian akhirnya hari yang di tunggu telah tiba. Semua sedia maklum bahawa JM telah melancong ke Gold Coast dan Sydney mulai 23/08/2013 sehingga 01/09/2013 bagi tempoh 9 hari 8 malam dan semua persiapan berkaitan telah di rancang dengan teliti sekali agar tiada masalah semasa di sana nanti. Semua persiapan boleh di rujuk di blogroll sebelah kanan. Alhamdulillah sepanjang berada di sana semua berjalalan lancar seperti di rancang.

Moh ikut JM kita mengembara di bumi kanggaroo. Maybe story percutian kali ini seperti entri ke China dulu di mana ia mengambil masa hampir 3 bulan untuk lengkapkan semua kisah perjalanan di sana, kemungkinan bulan disember baru selesai. Ye ke?..lamanya..mesti bosan kan..tapi tak pe JM akan cuba siapkan secepat mungkin dan itupun bergantung kepada masa dan keadaan.

Wahh..panjang nya..itu baru intro..sudilah baca penerangan yang panjang lebar ni ye

Tiket penerbangan ke Gold Coast telah di beli pada 20 Sept 2012, cuba korang kira berapa lama tiket ni di beli dan alhamdulillah JM masih sihat dan berpeluang menjejak kan kaki ke sana pada tarikh 23/08/2013.

Detail Flight :
Flight Number : D7206 (Economy Promo)
Departing : Kuala Lumpur (LCC Terminnal), Friday 23 Ogos 2013, 9.25 PM
Arrival : Gold Coast (OOL) Goolongatta Airport, Saturday 24 Ogos 2013 (7.25 AM)
Ticket Price : RM299 include Airport Tax n Fuel Surcharge (one way)

Seperti biasa 2 jam sebelum check in di kaunter Air Asia untuk drop luggage dan dapatkan boarding pass kami dah sampai di airport dan seperti biasa juga trip kali ini JM berdua sahaja dengan travelmate JM, siapa lagi kalau bukan Mrs E. Kepada yang belum kenal nanti JM show her picture ok.

Oleh kerana kami sampai di airport lebih kurang jam 7.00 malam, terus pergi timbang luggage bagi memastikan tak exceed limit kerana berat luggage masing-masing adalah 15 kg. Baru-baru ni JM dapat info dari blog Azra, no more luggage in 15kg, so perlu pandai-pandai adjust nanti. Bila sebut berkenaan berat luggage ni terdapat kisah sedih dan gembira di sebaliknya semasa nak check in di kaunter airport Gold Coast dan Sydney. Apa yang berlaku pada waktu itu, JM akan cerita apabila tiba entri berkaitan nanti....biar suspend dulu.

Kemudian kami terus ke kaunter kerana apa di lihat pada notice board, status check in OPEN dan rupanya kami orang pertama yang ada di kaunter jadi tak perlu beratur panjang. Semua urusan check in berjalan lancar, pergi isi perut dulu pastu baru boarding. Oleh kerana tak ada orang lain, sempat snap gambar ni.

Ready to Check in
Urusan imigresen dan kastam juga berjalan lancar kerana untuk trip kali ini, bekalan makanan yang JM bawa hanya lah :


1. Instant Maggie (yang ni memng wajib bawa kalau ke tempat yang susah nak dpt makanan HALAL dan mahal)
2. Tuna dalam tin
3. Kiub TomYam Maggie
4. Paket sambal ikan bilis keluaran Brahim
5. Sardin dalam tin
6. Rice Cooker small size

Ada hati sebenarnya nak bawa milo 3 in 1 atau Nescafe dan roti tapi risau pulak bila ada baca kes anjing hidu kat airport Gold Coast or Sydney. So JM batalkan sahaja niat tu coz semasa di Perth Airport tahun lepas proses imigresen berjalan lancar tiada kes selongkar beg, dorang just tanya barang makanan yang di bawa dan yang penting declare dalam arrival card. Kalau nak tahu apa yang berlaku di Airport GC, lepas ke tidak makanan yang di bawa..moh ikut JM baca sampai habis heee...suspend lagi

Masa berlepas sudah tiba dan penerbangan ke Gold Coast mengambil masa lebih kurang 6 jam perjalanan dan di jangka tiba di Coolongatta Airport pada jam 7.25 pagi waktu Australia dan lebih kurang jam 4.00 pagi waktu Malaysia. Kenapa jadi begitu, oh ya waktu Australia 2 jam lebih cepat dari waktu Malaysia alah seperti perbezaan waktu antara Semenanjung dan Sabah tu.

Sebaik sahaja berlepas, peramugari Air Asia yang cantik-cantik tu memulakan tugas mereka mengedarkan arrival card kepada semua penumpang untuk dilengkapkan. Masing-masing tekun mengisi maklumat yang di perlukan termasuklah JM. Cuba korang perhatikan arrival card di bawah terdapat banya tanda X kan dan hanya 1 sahaja tanda 'right'. Oh yer kebetulan kawan JM ni bawak panadol so pada kotak medicine tu kami declare ubat yang di bawak masuk. Bagi yang bertanda X tu memang kami tak bawak bahan mentah seperti fruit, vegetables, meat, alchohol...kiranya memang mudah je isi form ni. Bukan bermaksud kita perlu tulis barang apa yang di  bawa tu.

Arrival Card dan view dalam flight
Dalam penerbangan kali ini kami tidak sempat nak buat pre-order meal, maybe salah JM jugak coz less than 24 hour before check in online tu baru JM terhegeh-hegeh nak book pre-meal, sekali tak boleh buat. Rupanya AA ada polisi bagi yang nak buat pre-order meal or add on must be more than 24 hours. Oleh sebab itulah JM dan member dah makan kenyang-kenyang belum naik flight. Lepas isi arrival form terus tidur dan sedar-sedar dah nak sampai.

Tips:
* Kalau nak add on luggage or meal, make sure more than 24 hours before departure. Kalau nak check in online tiada masalah..

Sebaik sahaja mendarat, turunkan semua hand luggage, terus masuk ke arrival hall dan rupanya airport GC ni kecik je lebih kecik dari LCCT dan lebih kurang Airport Guilin, China. Sebelum masuk ke kawasan kaunter immigresen akan lalu kawasan DUTY FREE dan dalam beratur tu sempat jugak kawan JM tu rebat lips gloss kalau tak salah. Terdapat 2 lorong yang mana satu lorong untuk rakyat Australia dan New Zealand dan satu lorong lagi untuk foreigner dan pastikan berada di lorong yang betul.
Banyak 'alcohol' kat sini
Sampai sahaja turn JM di kaunter Immigresen tu, terus hulurkan passport dan arrival card (dalam hati tu berdoa lah jugak supaya tiada masalah walhal dah tahu tak bawak barang terlarang, buat apa nak risau kan). Then pegawai imigresen tu tanya JM, what type of medicine that you have, so JM pun tunjuk lah sepapan panadol...it's for me..pastu pegawai tu P pada arrival card tu. Selesai sudah satu part dan belakang kaunter tadi terus ada corousel untuk ambik luggage dan beratur lagi untuk pemeriksaan kastam.

Semasa beratur tu, seorang pegawai kastam datang kepada setiap orang, maybe nak cepatkan proses pemeriksaan kan, so dia minta arrival card dan tanya ada bawa raw food tak like meat, vegetables, fruit, milk..dan of course lah kami jawab tak bawak kan. Pastu dia tanda sesuatu pada arrival card tu. Kami beratur lagi dan sehingga lah sampai kepada pegawai yang menunggu di lorong yang di tanda 1, 2 dan 3. Sampai sahaja giliran kami, hulurkan arrival card terus dia cakap proceed to lane 1. Pada mulanya kami tercengang jugak, kenapa beberapa orang sebelum kami ada yang masuk lorong 2 dan 3, tiba sahaja giliran kami perlu masuk lorong 1 pastu ada sign EXIT. JM sempat skodeng another two lane, memang ada kaunter untuk selongkar beg dan ada juga anjing kat situ..fuhh..memang kami selamat lah kan.

Kemudian JM cuba toleh ke belakang tak ada pulak yang follow...tak nak pikir panjang kami pun jalan seperti diarahkan. Sekali...taraaaaaaaaa...rupanya itu adalah lorong untuk tourist yang tidak bawak barang terlarang..hooyeeee selamat (terdetik jugak dalam hati, kalau bawak roti, milo, gula, tea, nescafe mesti lepas kan). Keluar sahaja dari kawasan tu kami nampak kaunter ni.

Ingatkan nak beli Go Card kat sini rupanya salah kaunter
Kami bercadang nak beli GoCard (kad yang akan digunakan untuk naik bas menggantikan tunai) di kaunter ni, lepas ditanya rupanya bukan di sini tetapi another kaunter.

Kat mana kaunter yang jual Go Card tu, meh JM bagi direction :

1. Keluar sahaja dari kawasan kastam tu, gerak arah ke kanan
2. Akan lalu hadapan kaunter domestic flight check in seperti gambar di bawah
3. Terus jalan ke hadapan dan akan jumpa kaunter Shuttle di sebelah seperti gambar di bawah
4. Beli GoCard di sini dengan bayaran deposit AUD10 dan kemudian add on value berapa kita nak untuk di gunakan semasa tambang bas nanti.

Nampak tak laluan ni, jalan je terus ke hadapan, sebelah kanan kaunter domestic check in
Kaunter ni ke?..no..no..belum lagi..kaunter yang lagi satu
Inilah kaunter untuk beli Go Card tu..nampak sama seperti yang pertama tadi kan..sama tapi tak serupa heeee

Apabila selesai beli Go Card dengan bayaran deposit AUD10 dan add on value AUD40, kami keluar menuggu bas no 702 dan lebih kurang jam 9.50 bus pun sampai. Angkat semua beg masuk bas, pastu terus gerak sebelum tu sempat ambik gambar (itu perkawa wajib tu heee). Lebih kurang jam 11.50 kami sampai di hotel seperti direction yang JM berikan kat atas tu

Kat mana nak tunggu bas?

1. Bertentengan dengan kaunter tadi ada pintu keluar
2. Keluar ikut pintu tu dan akan ada deretan teksi yang menunggu penumpang
3. Tunggu bersebelahan deretan teksi tadi  dan pasti ada tanda bus stop seperti gambar di bawah.
4. Jika menginap di area Surfers Paradise, pastikan naik bas bernombor 702

Kat sini lah tempat tunggu bus no 702 untuk ke Surfurs Paradise
Setiap bus stop terdapat Bus No dan Time Schedule
Ini lah Go Card
Alright!! Bus already arrive..let's go
Ehh..JM sorang je ke..taklah..4 orang..yang lain ada kat belakang kamera :-)
Kepada sesiapa yang baca entri berkaitan preparation accomodation in CG, mesti dah tahu kami akan menginap di Islander Resort, Surfers Paradise. Lokasi hotel ini amat menarik dan JM highly recommend kepada sesiapa yang ingin menginap di sini. Nak tahu kenapa ia menarik nanti JM cerita.

Direction to Islander Resort, Surfers Paradise from Airport:

1. Take bus No 702
2. Guna Go Card untuk tap pada mesin tambang bas (jgn lupa tap semasa naik dan juga turun)
3. Bas dari dan untuk ke aiport ada kemudahan untuk simpan beg seperti bas A21 dari airport HK (boleh lihat dalam gambar di bawah)
4. Last stop adalah Zone 14 - Surfers Paradise bersebelahan Apple Park, Vibe Hotel dan bertentangan dengan dengan bangunan tinggi Circle on Cavill sebelah kanan. Kalau dah nampak bangunan tu, so boleh turun kat stop ni. Sebelah kiri adalah Apple Park, ada air laut.
5. Dari stop ni, cross jalan ke arah bangunan Circle On Cavill
6. Berjalan terus ke arah kanan sehingga sampai bus stop sebelum traffic ligt
6. Dari persimpangan traffic ligt ni, belok ke kiri, jalan terus ke hadapan akan nampak Islander Resort Hotel

Sepanjang perjalanan dari airport ke Surfers Paradise akan melalui jalan highway tapi ia seperti jalan biasa di Msia dan JM sempat lihat had laju bas adalah 60-70km/jam dan beberapa kali berhenti di bus stop dan juga traffic light. Oleh sebab itu, tempoh masa perjalanan lebih kurang 1 jam untuk ke hotel. Apa yang JM boleh gambarkan di sini adalah udara dan cuaca di GC sangat bersih, langit biru dan walaupun matahari tarik tetapi seperti berada dalam aircond. Ini kerana travel on winter time dan udara akan bertambah sejuk menjelang jam 6.00 petang. Kalau di Msia jam 5.00 petang masih terang benderang kan tetapi tidak di Australia kerana jam 5.00 petang seperti jam 7.00 malan di Msia dan kebanyakan kedai tutup seawal jam 5,6 dan 7 mlm kecuali pasaraya Woolworth kalau tak salah JM jam 10 mlm.

Dari airport, pastikan stop kat sini -Surfers Paradise, sebelah kanan bangunan Circle on Cavill
Inilah adalah bangunan Circle on Cavill sebelah kanan bus top
Ini adalah Apple Park sebelah kiri bus stop
Follow sahaja direction yang JM bagi tu, akan jumpa Islander Resort Hotel
Sampai di hotel lebih kurang jam 11.50 pagi, so pihak hotel tidak benarkan untuk check in kerana polisi semua hotel di Aussie, check in jam 2.00pm dan check out jam 10.00am. So we leave our luggage kat bilik stor hotel tu sebab tak nak buang masa coz petang ni kami pelan nak ke Brisbane. Apa yang best kat sana..nak tahu perlu tunggu next entry ye.

Rasa macam dah banyak tulis, kalau lagi panjang tulis lagi bosan nak baca pastu scroll tengok gambar je heee. Kalau tak baca keseluruhan entry ni memang rugi coz banyak info kat sini terutama kepada traveller yang baru berjinak-jinak nak travel secara backpacker.

Total cost :
1. Go Card (Deposit AUD10 & Add Value AUD40) = AUD50
2. Tambang dari Airport ke Surfers Paradise stop 14- Green Zone = AUD4.68

Nanti JM sambung story perjalanan ke Brisbane.

No comments:

Post a Comment