ads one

Thursday, August 1, 2013

Holiday : Hong Kong Again

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


" Hong Kong Again -  City Gate Outlets and TST area"


Hari ini 2 Ogos 2013 bersamaan 24 Ramadhan 1434H dan beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Masing-masing dah sibuk membuat pelbagai persiapan termasuklah membeli dan menyediakan juadah hari raya, baju dan kasut raya untuk diri sendiri dan keluarga, menghias rumah dan seumpamanya. Ke ada yang dah ambil cuti untuk pulang ke kampung halaman. 

Kita tinggal dulu story berkenaan persiapan raya ni, meh JM nak sambung citer percutian ke Hong Kong untuk kali ke 2. Last entry JM story berkenaan perjalanan dari Shenzhen ke Hong Kong, so hari ni JM nak kongsi percutian pendek kami di HK pulak. Kenapa percutian pendek..ye lah..Hari kedua di HK adalah 05/04/2013 dan 07/04/2013 kami dah nak balik Kuala Lumpur. Kami spend masa di sini 3hari 2malam je. Kalau di lihat pada tarikh tu..rupanya dah lama percutian ni tapi belum habis lagi ceritanya..so JM akan cuba habiskan sebelum cuti hari raya ok...Apa agenda kami hari ni..jom..ikut JM

Hari kedua di HK kami dah plan untuk bersuka ria di Ocean Park, Hong Kong coz last trip tak sempat nak ke sana. Bangun seawal pagi menyiapkan diri dan selepas sarapan terus turun ke Lobi Hotel. AlamaaaaaaaaaaaaaaKKK...nasib kami tak baik hari ni you oulss.....huhuhuh..ce tengok picture kat bawah.


View seawal jam 10.00 pagi
Lepas korang tengok picture tu apa reaksi nya...hujan you oulssssss..selebat-lebatnya...bukan renyai-renyai lagi dah..habislah program kami hari ni. Seawal jam 8.00 pagi hujan, dengan langit yang mendung seperti jam 7.00 malam. Frust betul coz kami tak lama di HK bila hujan pergerakan menjadi terhad...huhuhuh...

Dek kerana hujan, melepak je di lobi hotel sambil melayan internet dan perasaan. Dalam hati asyik berdoa je semoga Allah permudahkan urusan kami hari ni dan hujan cepat reda. Tunggu punya tunggu akhirnya lebih kurang jam 10.00 pagi langit mula cerah dan hujan semakin reda..Jom kita gerak pantas..tak boleh buang masa lagi. Sebelum tu meh laya gambar sepanjang perjalanan dari hotel ke East Tsim Sha Tsui Station...sebagai pandian kepada sesiapa yang ingin menginap kat hotel ni.

View on the way ke Regal Kowloon Hotel
Oleh kerana hari ni cuaca kurang menarik, amat tidak sesuai jika ingin meneruskan hasrat untuk berjimba di Ocean Park, so we ouls decide ke City Gate Outlet, Mid Level Escalator dan melayan perasaan di Sympony Of Light, Avenue Of Star. Misi pertama adalah ke City Gate Outlet. Kepada yang belum pernah ke sana mesti nak tahu bagaimana nak ke sana kan....meh JM bagi direction.

Direction to City Gate Outlet from East Tsim Sha Tsui Station :
1. Dari ETST station seperti gambar di atas, jalan terusu untuk ke Tsim Sha Tsui tren station
2. Naik tren dari Tsim Sha Tsui Station arah ke Tseun Wan (line merah) stop at Lai King Station
3. From Lai King Station interchange  tren to Tung Chung Station (line oren) and stop at there

View sekitar City Gate Outlet
The first outlet mall in Hong Kong, Citygate Outlets is home to more than 80 international brands offering yearly discount of at least 30% to 70% on designer fashion, sports, beauty, accessories, children’s wear, and home items. There’s also a spa, multi-screen cinema, cool restaurants, and Asia’s largest outdoor kinetic fountain. Located approximately 10 minutes from the Hong Kong International Airport, Citygate Outlets is a great choice upon your first arrival or even for last-minute shopping! (info from citygateoutlet.com)

Ini adalah kali 2 kami ke City Gate Outlet tapi kali pertama buat kawan JM yang sorang lagi tu coz beliau pertama kali jejak kaki ke Hong Kong. Pusing-pusing masuk kedai keluar kedai tiada apa yang menarik . Waktu JM datang last year ada Summer Sale..memang sale gila-gila sampai semua barang nak borong tapi kali ni kurang menarik..sale pun tak ada. Kawan JM yang lain pun sama...tiada apa yang nak di beli. Just window shopping and kill the time. Kepada sesiapa yang nak pergi ke Ngong Ping Village and Cable Car Ride, just keluar dari City Gate dan jalan cross ke hadapan sikit.

Destinasi seterusnya kami akan ke Mid Level Escalator.

Central Mid-Level's Escalator
Starting from Queen's Road Central's Central Market is the Central Mid-Level's Escalator. The Escalator is 800m long, but it actually consists of many sub-sections of small escalators. Along the way, you can see the local shops to the mid-levels where the rich reside (No wonder the Government built this Escalator to solve the traffic problem for the rich?).

Hong Kong Travel Info:
  • The Escalator only operates one way, either Up or Down
  • Operating Hours: 06:00 to 10:00, downwards; 10:00 to 22:00, upwards
  • Transportation: MTR Central Exit D2, turn right on Queen's Road Central and head towards Central Market
Sumber : Hong-Kong travel.org

View sekitar Mid Level Escalator
Cuba tengok couple kat belakang - kemesraan di luahkan tidak kira tempat :-)
Selepas jalan-kalan kawasan sekitar, jam tangan menunjukkna pukul 7.30 mlm so kami bergegas balik ke Tsim Sha Tsui dengan tujuan untuk melihat Sympony Of  Light di Avenue Of Star yang bermula jam 8.00 malam. Persembahan pancaran lampu ini akan diadakan setiap malam pada waktu yang sama. Kami excited lah nak pegi tengok...meriah sangat ke coz sesiapa sahaja yang datang HK memang tak missed tengok show ni. Sebelum jam 8.00 mlm kami sampai dan orang dah ramai menunggu, so pandai-pandai lah mencari ruang untuk mencelah.

Akhirnya masa yang di tungu-tunggu pun tiba,  keluar lah pancaran lampu laser dari bangunan -bangunan sekitar dan di pancar ke langit dengan irama lagi tapi sayang...oleh kerana cuaca yang tidak elok hari ni coz hujan di pagi hari...langit berkabus jer...hasilnya memang tidak memuaskan hati. Tak percaya?..meh JM tunjuk gambar.
Symphony Of Light, Avenue Of  Star

Sebelum balik ke hotel kami singgah dulu makan malam di area Chungkin Mansion, banyak kedai makan halal dan kebanyakan dari timur tengah dan harga jangan sekali-kali convert kepada ringgit malaysia..boleh fengsan you oulsss...

Habis sudah cerita hari ke dua di sini. Kepada blogger Orga, sebenarnya tiada apa yang menarik nak di story..JM datang lagi ke HK just nak ke Ocean Park coz tak sempat nak terjah last year. Story at Ocean Park on next entry ok.....tunggguuuuuuu

No comments:

Post a Comment