ads one

Sunday, August 11, 2013

Holiday : Ocean Park Hong Kong Part 2 & Last Day

Assalamualaikum dan Salam Aidil Fitri kawan-kawan,


Bagaimana raya tahun ni lebih meriah dari tahun lepas atau sama sahaja seperti tahun lepas. Kepada yang bujang kemudian waktu beraya sudah berkeluarga mesti akan terasa perbezaanya kan. Bagi JM raya tahun ni seperti raya tahun lepas jugak meriah seperti biasa kerana adik beradik ramai riuh rendah penuh rumah.

Hari ke 5 raya masih ramai lagi bercuti kan tetapi JM dah mula kerja dan suasana di ofis ni sunyi sepi je. Oleh kerana masih dalam mood raya, mood untuk update blog juga berkurang namun kuatkan jugak semangat kerana nak habiskan juga entry travel selama 10 hari 9 mlm bermula dari Guilin - Longsheng - Guangzhou - Shenzhen - Hong Kong bemula dari 23/03/2013 - 07/04/2013. Cuba korang bayang berapa bulan dah tapi entri ni belum berkesudahan. Jadi JM ambil peluang untuk habiskan cerita travel ni, tutup buku lama dan buka buku baru pulak. 

Ini adalah sambungan daripada entri lepas Ocean Park Hong Kong Part 1

Ingat tak dalam entri lepas JM ada kaborkan kami nak ride game yang lebih thrill. Turun sahaja dari Cable terus mengorak langkah mencari game yang menarik di hati. Kawasan tanah tinggi ni terdapat Polar Adventure, Thrill Mountain, Marine World, Rainforest dan Adventure Land.

Lokasi pertama kami ke Ocean Theatre untuk melihat pertunjukkan daripada ikan dolphin dan anjing laut. Sudah semesti perlu beratur panjang dan berasak dengan ramai orang tapi tak perlu risau tempat duduk banyak. Show time every one hour. Citer sahaja tak best kalau tak ada gambar kan.

Entrance ke Ocean Theatre
Nampak tak...penuh
Main Sage
Aksi-aksi dari Ikan Dolphin dan Anjing Laut
Persembahan lebih kurang 1 jam dan JM begitu teruja dan tertarik dengan kebijaksanaan ikan dolphin dan anjing laut yang pandai menerima arahan. Kita yang dewasa pun terpegun dengan persembahan tu..budak-budak bertambah lagi lah kan...selesai sudah show ni..jom kita Rainforest untuk ride The Rapids. 

Rainforest Entrance
Matahari mula menyinari...so dah kurang sejuk
The Rapids
Inilah rupa the Rapids Ride tue
Naik benda alah ni tak mencabar sangat..just ride tu akan berpusing dan mengikut arus air, pada masa yang sama akan ada orang sembur air dari atas..memang basah kalau naik bendar ni..so get ready ngan baju hujan. Kami belasah jer..basah..pun basah lah...kejap lagi kering lah kan....tapi enjoy jugak lah naik ni.

Bersebelahan dengan The Rapids adalah Hair Raiser..hahahha..dengar nama pun dah gerun kan...kalau yang tak bertudung tu..memang rambut akan terpacak dan bergebang lah jadinya..kalau yg betudung pulak mahu leh tercabut tudung tu hehehe. Kami bergambar je kat depan entrance coa malas nak beratur panjang. Kalau tak percaya seperti yang JM kaborkan tadi..cer tengok gambar kat bawah.

Cer tengok kalau tak percaya heee
Wokehh..let's go to the next stop is Whirly Birds, Rev Booster, Bumper Blaster, Artic Blast, Clown Corner, The Flash, Summit Station (to the waterfront) and Polar Adventure. Tak nak cerita panjang..meh la layan gambar lagi best.

Clown Corner and Whirly Bird
The Flash
Polar Adventure
Artic Blast...memang best naik ni..tapi perlu sabar beratur kerana ramai orang
Summit Station
Rev Booter
Aha..betul tak cakap JM..banyak betul games kat sini..memang berbaloi kalau datang jauh-jauh dan try semua game yang ada..tapi make sure jangan datang hujung minggu...ramai orang....itu belum habis lagi tau..ada lagi ni ha...jom JM sambung lagi..Dari Pola Adventure kami terus gerak ke Adventure Land san Marine Land. Hoyeee..belum puas lagi kiranya kan...Apa yang ada di Adventure Land nih...aha...Space Wheel, Raging River, Mine Train, Escalator terpanjang, Pacific Pier dan Ocean Park Tower. Seperti biasa JM tak pernah missed untuk ambil gambar setiap sudut yang nampak menarik di hati dan seperti biasa juga hasil kurang memuaskan. Perlu try semua ride yang ada ni..kalau tak memang rugi heee.

Space Wheel- Nampak tak JM kat dalam ride tu..best naik ni..tapi bila turun rasa pening sikit
Ride ni pun best jugak - Raging River....asyik menjerit je bila nak..eheheh
Inilah escalator terpanjang tu
Tinggalkan jejak di Pacific Pier
Ocean Park Tower
Selesai sudah di Adventure Land, terus gerak ke Marine World yang terdapat The Abyss, Crazy Galleon, The Dragon, Ferris Wheel dan Flying Swing. Ahaaa...kan dah cakap satu hari baru cukup untuk spent masa kat sini. Hishh..JM ni tak penat ker ko pusing semua tempat kat dalam ni..penat tu penat jugak tapi enjoy nyer pasal..hilang rasa penat tu. Sabar ye kawan-kawan sebab banyak sangat gambar yang nak di kongsi..layan je lah yer.

The Abyss
The Dragon
Ferris Wheel
Selesai sudah satu hari bertawaf di ocean park dan jam di tangan sudah pukul 5 petang, tunggu apa lagi jom naik cable car untuk turun ke tanah rata. Kemudian naik semula bas untuk balik ke Admiralty Station dan dari sana naik tren ke Tsim Tsha Tsui. Singgah beli makan malam, balik hotel berehat dan tido selepas kepenatan satu hari di OP.

Di pendekkan cerita, esok dam 9.00 pagi kami meraya-rayau di sekitar TST mencari sobiner dan perfume..kalau datang HK tak beli perfume memang rugi coz harga yagn murah..pure lagi. Lebih kurang jam 12.00 tgh check out hotel, naik bas A21 untuk bergerak ke Terminal 2 Hong Kong Airport balik ke Malaysia. Bagaimana nak ke aiport, JM dah kongsi info tu dalam entry JM ke HK untuk kali pertama..so jangan malas..boleh refer kat sana ye.

Dah sampai Airport Hong Kong - Ready to check in

Surau - tak perlu risau kerana surau di sediakan bersebelahan 7 eleven
Dalam waiting room - tiba2 nampak Qantas Airways - Spirit Of Australia..rasa macam nak ke sana pulak hehehee

Habis sudah entry 10h9m menjelajah beberapa negara dan hampir 3 bulan baru khatam entri ni. Terima kasih kepada semua pembaca kerana tidak jemu-jemu sudi membaca setiap entri yang di keluarkan walaupun agak bosan kan..Belasah je.

Ke mana pulak JM lepas ni..aha...ada beberapa rakan blogger dah tahu ke mana JM kan...hihihih...ia bukanlah rahsia lagi.

Sekian...byeeeeee

No comments:

Post a Comment