ads one

Tuesday, August 13, 2013

Kad Raya from SomeOne?

Asssalamualaikum kengkawan semua,


Dah start kejer ke belum ni atau masih dalam mood beraya. Ahaaa..JM..raya ke 5 dah start keje you oulssssss..Kebanyakan ofismate JM mula kerja on 19 Ogos..lama kan dorang cuti. JM tak boleh cuti raya lama-lama..end of Ogos akan bercuti selama 5 hari so perlu berkorban kat situ.

Meh sini..dekat-dekat sikit JM nak kongsi satu berita gembira nih heeeeee...Apa yang gembira sangat tu..ye lah..kalau korang nak tahu dah bertahun-tahun JM tak hantar atau mengepos kad raya kepada kawan karib dan sahabat handai ni..bukan itu sahaja dah lama tak terima kad raya pun..seingat JM last sekali waktu belajar di Uitm dulu lepas tu semua ucapan di sampaikan melalui khidmat SMS, Facebook, Twitter dan seangkatan dengannya.

Zaman sekarang ni orang lebih suka menggunakan media sosial termasuklah BLOG kan untuk menyampaikan Ucapan Selamat Hari Raya tu..semua di hujung jari je.

Bila dah lama tak terima kad raya ni...baru-baru ni bila bukak je peti surat...taraaaaaaaaaaaa..surprise JM tau..secret admire mana pulak yang hantar nih...JM ada peminat ke...ahahah...perasan..JM..JM..kalau ko tu selalu kuar paper macam blogger kaki berangan tu..baru lah boleh nak berangan kan..heeee

Kad Ucapan Selamat Hari Raya
Mesti korang tertanya-tanya kan..siapakah gerangan yang hantar kad ucapan tu...ehehehe..tengoklah sendiri..ada tertera kat bawah tu..terima kasih beribu lemon kepada yang menghantar yer...Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin jugak kepada blogger dan isteri tersayang yer. Kad ni telah JM gantung di dinding partition kat opis ni haaa.

Terima kasih kepada blogger ituewww
Alahh..JM ni baru dapat satu je kad raya dah nak heboh satu dunia kan.....bukan macam tu..sebenarnya JM amat hargai akan pemberian dari kawan-kawan so JM nak kongsi lah kat sini...betul tak?...Jangan jelessss tau heeeee.

Hari raya tempoh hari sempat jugak JM bergambar bersama beberapa orang adik kesayangan JM tu, adik lelaki tu adik kembar yang no 7, dua orang lagi tu adik perempuan JM yang no 4 dan No 6. So siapa tahu JM ni anak yang ke berapa?...cer teka...cer teka...hihhihi..kalau betul pun tak hadiah tau...just suka-suka je

With my younger sister and brother
Salam sayang from JM...muaachhhh

Selamat Hari Raya Semua....selagi belum habis bulan Syawal..suasana raya masih terasa kan...

No comments:

Post a Comment