ads one

Monday, August 5, 2013

Salam Syawal 1434H dari JM

Assalamualaikum dan Salam Syawal semua,


Kepada semua pembaca blog JM dan juga rakan blogger sekalian,

Sumber : google - tak sempat nak create sendiri

Di kesempatan ini, JM ingin mengucapkan Salam Syawal, Salam Lebaran dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma tidak berapa hari lagi. Kemeriahan sudah terasa di sana-sini dan lagu-lagu raya mula berkumandang di corong-corong radio termasuklah di dalam blog JM ni heeeee

Kepada rakan pembaca dan pengkomen dan follower setia yang tak jemu-jemu baca dan komen blog JM ni..dengan hati yang tulus Ikhlas ingin memohon maaf dari segala kekhilafan, kata-kata yang menyinggung perasaan korang semua samada JM sedar atau tidak. Seperti semua sedia maklum kita hanya manusia biasa dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Walaupun perkenalan hanya melalui alam maya, tetapi kemesraan jelas terasa. JM amat terharu kerana mendapat sokongan daripada semua..

Meh JM senaraikan beberapa nama yang JM ingat antaranya Ayu Fatarina, Henry Fox aka John, Janggel, Kak Anash, Orga, En Mie, Shidah Ramli (SR), Dila Bangi, Zila, Yong ASP, Pencerita Maya, Aza (White Moon Riders), Zette, Lieya Von Jay, DJ, Dekdaa, Linda Yusoff, Mrs. Smile, Azra, Time Traveller, Syieda, Norh, DATT, Kak Haneem, Nina Hamdan, Farel, Kak MP, Kak Cho Zila, Kak Ita, Putri Maryam, BibiEr Karim, Emy tak kecik, Zaraab, Hang Dhanim, Zura Lee, Gadis Bunga, Supermeng, Irfa, Cik Viva, Wak Gelas, Fatt, Kak Nori, Intan Lavender, Zilla, Cik Da, Kak Kiah, Ciku, Ako, Dzuchan, Liza, Liz, Faricika, Myra Elmira, Hani, Bunda, Maya Dhira, Hafizah Ayu, Dedemoxx, Maya Dhira, TravellogAku, BlogMalas, Zura Ahmad, Syaral, Beb dan ramai lagi...kalau nama tak tersenarai kat sini JM mohon maaf dan kaborkan yer

Kepada silent reader di luar sana terima kasih sudi singgah dan baca blog yang tidak seberapa ini dari segi penyampaian dan olahan bahasanya..apa-apa pun JM harap korang semua enjoy dengan blog ni ye.

Kepada yang pulang ke kampung, hati-hati semasa memandu dan jangan lupa mulakan perjalanan dengan doa menaiki kenderaan semoga Allah pelihara sehingga sampai ke destinasi.

Akhirnya kalam..JM love you oulssss dan Selamat Hari Raya Aildil Fitri.

Jumpa lagi..bila tuan blog cuti..so tiada entri baru maybe sehingga raya ke -4 nanti. Kalau ada rakan pembaca dan blogger ada buat open house, sudi-sudilah jemput JM yer..hihihih...buat muka tebal nih

Wasalam.

No comments:

Post a Comment